BAHAYA DI SEKELILING.. PLASTIK..

BOTOLSUSU PLASTIK BERACUN.. Sekumpulan pakar Amerika syarikat mendakwa sejenis bahan kimia yang digunakan dalam pembuatan produk plastik termasuk botol susu mungkin memberi kesan terhadap janin dan kanak-kanak. Mesyuarat panel pakar anjur Pusat Program Toksikologi Nasional bagi Penilaian Risiko terhadap Reproduksi Manusia (NTP) Amerika yang diadakan baru-baru ini menyuarakan kebimbangan terhadap kesan penggunaan bahan kimia bisfenol A, yang didakwa boleh sebabkan kecatatan janin, bayi dan banyak digunakan dalam botol plastik polikarbonat telus.Malah bagi wanita hamil yang menggunakan botol minuman plastik mengandungi bahan kimia itu juga berisiko menyebabkan janinnya mengalami masalah pada saraf dan sikapnya.

Inilah antara isu yang dibangkitkan sekarang dan menunjukkan betapa bahaya berada di sekeliling anda. Pekalah pada maklumat kesihatan dan penjagaan serta pengawasan yang berterusan. Elakkan dari menjadi mangsa.


CAKNA PADA MAKLUMAT..

JENIS PERTAMA

Nombor 1 di tengahnya serta perkataan PETE atau PET (Polyethylene Terephthalate) di bawah segitiga. Biasa digunakan untuk botol plastik, berwarna jernih/lut sinar seperti botol air mineral, botol jus, dan hampir semua botol minuman. Hanya boleh digunakan sekali sahaja. Jika terdapat air panas di dalamnya, ianya akanmengakibatkan lapisan polimer pada botol tersebut meleleh dan mengeluarkan karsinogenik yang boleh menyebabkan kanser.

JENIS KEDUA

Nombor 2 di tengahnya, serta perkataan HDPE (High Density Polyethylene) di bawah segitiga. Biasa dipakai untuk botol susu yang berwarna putih susu, tupperware, serta bekas air minuman. HDPE memiliki sifat bahan yang lebih kuat, keras dan lebih tahan terhadap suhu tinggi. HDPE merupakan salah satu bahan plastik yang selamat untuk digunakan kerana kemampuannya mencegah reaksi kimia antara plastik berbahan HDPE dengan makanan/minuman. Sesuai di pakai sekali sahaja.

JENIS KETIGA

Nombor 4 serta perkataan PVC bermaksud Polyvinyl Chloride. Plastik ini biasanya terdapat pada plastik pembungkus (cling wrap) dan botol-botol. Reaksi yang terjadi antara PVC dengan makanan berpotensi berbahaya untuk ginjal, hati dan berat badan. Sebaiknya kita harus mencari alternatif pembungkus makanan lain (bukan bertanda 3 dan V) seperti plastik yang diperbuat dari polietilena atau bahan alam seperti daun pisang.

JENIS KEEMPAT

Nombor 4 di tengahnya serta perkataan LDPE (Low Density Polyethylene) ialah plastik coklat (thermoplastic/diperbuat dari minyak bumi), biasa di gunakan sebagai tempat makanan, bekas plastik, dan botol-botol yang lembik. Barang berbahan LDPE ini sukar dihancurkan namun tetap baik untuk tempat makanan.

JENIS KELIMA

Nombor 5 di tengahnya serta PP (Polypropylene) adalah botol lutsinar biasa yang tidak jernih. Polipropilen lebih kuat dan ringan dengan daya tembus wap yang rendah,ketahanan yang baik terhadap lemak, stabil terhadap suhu tinggi dan cukup mengkilap. Jenis ini adalah pilihan bahan plastik terbaik, terutama untuk tempat makanan dan minuman serta yang terpenting botol minum untuk bayi.

JENIS KEENAM

Nombor 6 di tengahnya serta PS (Polystyrene) biasa digunakan sebagai tempat makan styrofoam, tempat minum sekali pakai dan lain-lain. PS merupakan polimer aromatik yang dapat mengeluarkan bahan styrene ke dalam makanan ketika bersentuhan dengan bahan tersebut. Selain tempat makanan, styrene juga terdapat dari asap rokok, asap kenderaan dan bahan konstruksi gedung. Bahan ini harus dihindari, kerana selain berbahaya untuk kesihatan otak ia juga mengganggu hormon estrogen pada wanita yang mengakibatkan masalah reproduksi, pertumbuhan dan sistem saraf. Ketika dibakar, bahan ini akan mengeluarkan api berwarna kuning jingga dan meninggalkan jelaga.

JENIS KETUJUH

Nombor 7 di tengahnya serta perkataan OTHER. Untuk jenis plastik 7 Other ini ada 4 jenis iaitu: 1. SAN – styrene acrylonitrile 2. ABS – acrylonitrile butadience styrene 3. PC – polycarbonate 4. Nylon Boleh didapati pada tempat makanan dan minuman seperti botol minum olahraga, komputer, alat-alat elektronik. Barangan plastik SAN dan ABS bertindak tinggi terhadap reaksi kimia dan suhu, kekuatan dan tingkat kekerasan yang telah ditingkatkan. Biasanya terdapat pada mangkuk mixer, pembungkus thermos, piring, alat makan, penapis kopi dan berus gigi. ABS biasanya digunakan sebagai bahan mainan Lego. Plastik jenis ketujuh ini merupakan salah satu bahan plastik yang sangat baik untuk digunakan dalam barangan makanan ataupun minuman. Walaubagaimanapun, harus diingat kadang-kala penggunaan barangan plastik yang tidak betul juga memberikan kesan yang amat buruk seperti menggunakan barang plastik di dalam mikrowave yang tidak tertera pada barang plastik tersebut ‘microwave save’.

Konklusinya, elakkan menggunakan bahan yang bernombor 3, 6 dan 7(PC). Namun, bahan yang bernombor 7 hanya yang tertulis (SAN atau ABS) selamat digunakan. Nombor 1, 2, 4, dan 5 boleh digunakan sebagai alternatif dan penggunaan kaca atau gelas dan barangan keluli juga amat digalakan.

NOOR HAZWANI MOHAMED

[Faculty Of Medicine, Al-Azhar University]

 

Muat turunĀ PDF Risalah Kesihatan siri 13

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *