KETAHUI 5 PERKARA INI SEBELUM TERLAMBAT…

1-APAKAH BARAH PAYUDARA? a) Merupakan bentuk barah kedua yang mengakibatkan kematian tertinggi bagi wanita. b) Telah menyerang sekitar 10% wanita pada semua peringkat umur di dunia Barat. c) Sekitar 20% wanita dengan barah payudara akan meninggal disebabkan penyakit tersebut d) Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia , kira-kira 94% kes yang dirawat di hospital kerajaan ditahap paling kritikal, sukar dipulihkan dan kemungkinannya membawa maut.

2-RISIKO PESAKIT BARAH INI? a) Risiko mendapat penyakit barah meningkat melalui usia. b) Wanita yang hidup sehingga usia 90 tahun kemungkinan mendapat barah payudara sepanjang usianya iaitu sekitar 12.5% atau 1 dari 8 orang. c) Lelaki turut diserang barah payudara, walaupun risiko mereka kurang daripada 1/1000 . d) Dalam sesetengah keluarga, terdapat risiko keturunan barah payudara. e) Sesetengah kaum lebih berisiko tinggi mendapat penyakit barah payudara terutama wanita keturunan Eropah dan Afrika; lebih cenderung berbanding wanita Asia. f) Alkohol merupakan satu lagi faktor risiko barah payudara yang lain. Wanita yang minum separuh gelas wain setiap hari meningkatkan risiko barah sehingga 6% sementara wanita yang minum dua atau lebih setiap hari meningkatkan risiko mendapat barah payudara sehingga 37% . g) Antara lain-lain faktor risiko adalah tidak mempunyai anak, anak pertama lambat, tidak menyusukan anak, haid pertama awal, menopause lewat dan pengambilan rawatan penggantian hormon (hormone replacement therapy).

4-JENIS BARAH YANG PERNAH DIKESAN? a) Terdapat sejenis barah payudara yang amat agresif dan kerap berlaku dikalangan wanita usia muda iaitu keradangan (inflammation). Awalnya berlaku pada Tahap III atau IV (Stage IIIb or Stage IV). Ia juga unik kerana tidak membentuk ketulan, dengan itu tidak dikesan melalui mammografi atau ultrasonografi perubatan. b) Dua gen, BRCA1 dan BRCA2 telah dikaitkan kepada bentuk biasa barah ini. Wanita dalam keluarga yang memiliki mutasi gen ini mempunyai risiko lebih tinggi. c) Beserta sindrom Li-Fraumeni (mutasi p53), kelainan gen tersebut membentuk sekitar 5% daripada kes barah payudara. Kaunseling genetik dan ujian genetik patut dipertimbangkan bagi keluarga yang mungkin mempunyai sejarah ‘barah warisan’. 5-BAGAIMANAKAH RAWATAN TERBAIK? a) Rawatan utama barah payudara adalah pembedahan,
berkemungkinan diikuti dengan kimoterapi atau radioterapi. b) Bergantung kepada tahap dan jenis tumor, hanya lumpektomi (pembuangan ketulan) sahaja diperlukan. c) Pembuangan tisu payudara yang lebih besar mungkin diperlukan apabila bahagian yang terlibat lebih besar. Pembedahan membuang keseluruhan payudara dikenali sebagai mastektomi. 6-CARA MENGESAN PENYAKIT INI? a) Antara kaedah untuk mengesan penyakit ini lebih awal (penyaringan) yang dicadangkan adalah pemeriksaan payudara diri (breast self-examination) dan mammografi. b) Mammografi terbukti mengurangkan kematian akibat barah payudara. Wanita berusia digalakkan menggunakan kaedah ini sebagai kaedah penyaringan bagi pengesanan awal. c) Kaedah pengimejan lain seperti ultrasound, pengimbas MRI dan pengimbas CT kurang berkesan disebabkan resolusi ruang(spatial) yang lebih rendah. Meskipun pengimbas MRI memberikan kualiti lebih baik berbanding pengimbas CT, kos yang diperlukan lebih tinggi. d) Kebanyakan wanita hanya melakukan pemeriksaan selepas mereka mengesan ketulan ataupun mengalami simptom penyakit metastatik ini. e) Satu-satunya cara mengelakkan penyakit ini adalah dengan melakukan pemeriksaan secara berkala supaya tindakan lebih awal dapat dilakukan.

 

Nurhafizah Nordin

Kuliah Perubatan Tahun 2, Cairo University

 

Muat turunĀ PDF Risalah Kesihatan siri 9

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *