HABBATUS SAUDA

Habbatussauda’adalah sejenis tumbuhan dalam bentuk rumput kecil ,mempunyai batang yang tinggi lebih kurang setengah hasta, mengeluarkan bunga yang berwarna biru yang terdapat di dalamnya bijih abbatussauda’. Tumbuhannya banyak didapati di kawasan Mediterranean dan di kawasan beriklimgurun.

Habbatussauda’mengandungi lebih daripada 67 kandungan bahan aktif. Ia digunakan secara tradisional untuk menghasilkan kulit muka yang cerah, membantu merawat batuk dan asma, kencing manis, selsema, keguguran rambut, tekanan darah tinggi, masalah untuk tidur, sakit-sakit otot dan sendi, rasa loya dan muntah, mengurangkan kolesterol, merawat batu karang dan sebagainya.

Tujuh -ciri-ciri nilai pemakanan utama HabbatusSauda’:

1)Nilai pemakanan

Habbatussauda kaya dengan monosakarida glukosa, xylosa. Polisakarida asid lemak yang tidak tepu (unsaturated essential fatty acid, EFA). EFA tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, oleh itu sumber utamanya ialah daripada pengambilan asid amino yang membentuk protein karotenaia itu sumber vitamin A kalsium, zat besi dan sebagainya.

2)SistemImunisasi

Kajian yang dilakukan di Arab Saudi mendapati, habbatussauda’berupaya meningkatkan system imunisasi badan (daya melawan penyakit).Oleh itu, ia penting dalam pengawasan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit berkaitan yang lain.

3)Anti-histamin

Histamin ialah bahan yang dikeluarkan oleh mast cell di dalam badan yang menyebabkan kesankesan allergi (alahan). Selain itu, mengandungi bahan yang menghalang protein kinase C ,sejenis bahan yang mencetus penghasilan histamin.

4)Anti-Tumor

Kajian in-vitro mendapati habbatussauda’berupaya menghalang pembentukan sel-sel tumor. Ia baik untuk Membantu dan menghalang penyakit kanser.

5) Anti –Bakteria

Berupaya mengawal bakteria seperti E.coli, V.cholera dan sepsis Shigella. Ia juga baik untuk merawat cirit-birit dan masalah perut.

6)Anti-Radang (anti-inflammation)

Habbatussauda mampu mengurangkan radang (bengkak) .Oleh itu. Ia baik untuk pesakit asma (mengurangkan radang dalam paru-paru)eczema (alahan yang menyebabkan gatal dan kulit merah) dan arthritis (bengkaksendi).

7)Menggalakkan pengeluaran susu

Kombinasi lemak dan hormon yang terdapat didalam habbatussauda’ meningkatkan pengeluaran susu ibu.

Nabi Muhammad SAW bersabda dalam hadis baginda yang dipetik daripada kitab As-Shahihain “Gunakanlah Habbatus Sauda kerana didalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis penyakit kecuali AsSam(maut)” (HR.Bukhari,Muslim)

Jannatul Raudhah

Kuliah Ulum Islamiyah

Muat turun PDF Risalah Kesihatan siri 27

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *