MINUM AIR MATI???

PENGENALAN

“Dan apakah orang-orang kafir tidak mengetahui bahawa langit dan bumi keduanya dahulu menyatu, kemudian Kami pisahkan antara keduanya; dan Kami jadikan segala sesuatu yang hidup berasal daripada air; maka mengapa mereka tidak beriman?” (AlAnbiya:30)

KAJIAN

Mengikut kajian, kira-kira 60% daripada keseluruhan cecair dalam badan manusia adalah air. Air yang hidup dengan mudah dapat menembusi sel-sel untuk kesemua fungsinya. Sebaliknya, jika air itu mati, ia harus dibentuk dan diuja semula oleh badan sebelum ianya boleh dimanfaatkan sepenuhnya. Para doktor dan pengkaji telah mengenal pasti bahawa meminum “air hidup” sememangnya dapat meningkatkan lagi tahap kesihatan serta kepanjangan usia manakala meminum air mati pula akan menyebabkan sel-sel ternyahhidrat. Jika kita mahukan segala kebaikan yang air mampu berikan , kita memerlukan air yang:- – Bersih dan tulen – Melimpah dengan tenaga – Dijanakan dengan oksigen – Kaya berkhasiat dengan galian-galian ionik – Imbangan pH yang bersesuaian dengan bendalir badan – Molekul air terstruktur dalam kelompok heksagon yang kecil

Inilah molekul air terstruktur dalam kelompok heksagon yang kecil. Air yang hidup dan bertenaga, kristalnya bercahaya dan mempunyai bentuk yang sangat cantik.

AIR BOLEH MATI

Kebanyakan aktiviti yang dilakukan oleh manusia terhadap air telah memusnahkan atau menyusutkan keupayaannya. Kita telah mencemarkan hampir kesemua sumber air semula jadi di muka bumi dengan bahan-bahan pencemaran, bahan sisa toksik dan
pembuangan beratus-ribu jenis bahan kimia. Seawal tahun 1960-an, lebih daripada 2,500 jenis bahan kimia ditemui di dalam air paip. Hari ini, dunia menggunakan 120,000 jenis bahan kimia, dengan penambahan 1,000 jenis yang baru setiap tahun.

AIR PAIP

Loji-loji rawatan air menggunakan sistem penapisan asas dan klorin untuk menyingkirkan mikroorganisma dan bahan pencemar daripada sumber air yang tercemar. Proses ini menjadikan air “selamat” untuk diminum, tetapi dalam masa yang sama turut memusnahkan ciri-ciri yang menghidupkan air itu. Klorin merosakkan air kerana ia mengandungi tarikan ionik yang kuat untuk memesongkan struktur hablur kristal air yang berkhasiat dengan mudah. Klorin juga memudaratkan tubuh badan manusia. Klorin telah dikaitkan dengan masalah jantung, barah dan arteriosklerosis. Mendidih atau memasak air tidak dapat memusnahkan klorin – malah ini akan menukarkan klorin kepada sejenis bahan karsinogenik yang dipanggil trihalomethane (THMs). Di samping itu, air paip lazimnya mempunyai tahap pH yang tidak seimbang (serendah 5.5 hingga setinggi 10). Ini akan mengganggu keasidan/ kealkalian semula jadi badan, iaitu pH 7.3.

AIR TAPISAN, SULINGAN ATAU OSMOSIS SONGSANG (RO)

Penapis karbon teraktif yang bermutu tinggi mungkin dapat menyingkirkan klorin dan logam berat dengan berkesan, tetapi pelbagai bahan pencemaran lain masih wujud. Peranti penyulingan dan Osmosis Songsang pula dapat menyingkirkan bahan-bahan merbahaya dengan lebih berkesan berbanding penapisan biasa, tetapi pada waktu yang sama proses ini juga menyingkirkan kesemua unsur-unsur air – termasuklah galian-galian yang memanfaatkan kesihatan untuk kepanjangan usia yang optima.

SEKARANG, APA YANG PERLU DIBUAT?

41.“Dan ingatlah akan hamba Kami Ayyub ketika dia menyeru Tuhannya, “Sesungguhnya aku diganggu syaitan dengan penderitaan dan bencana.” 42.“(Allah berfirman), “Hentakkanlah kakimu; inilah air yang sejuk untuk mandi dan untuk minum.” (Sod:41-42) Ketika Nabi Ayyub a.s diuji dengan sejenis penyakit kulit yang sangat dahsyat, beliau telah berdoa dan mengadu pada Allah s.w.t. Lalu Allah s.w.t telah mengurniakan air yang terpancar keluar dari tanah setelah dihentak oleh kaki Nabi Ayyub a.s. Air tersebut disifatkan sebagai air yang sejuk dan sesuai untuk minum dan mandi.

Air yang keluar daripada tanah bermaksud air yang keluar daripada perut bumi seperti air mata air sama ada sejuk atau panas, dan air yang keluar dari celah-celah bukit dan gunung seperti air terjun. Terdapat tujuh tempat di bumi yang dikurniakan oleh Allah s.w.t yang mengeluarkan air yang disebutkan sebagai ‘air penawar’ kerana sifatnya yang dapat menyembuhkan segala penyakit dengan izin Allah dan salah satunya ialah air zam-zam.

Jadi, minumlah air mineral semulajadi bukannya air paip sebagaimana yang disebut di atas. Jika susah untuk mendapat air tersebut, sekurangkurangnya minumlah air yang telah ditapis contohnya air yang ditapis di rumah atau yang dibotolkan bukannya air paip yang dididih sahaja. Perlu diingat air yang telah mati walaupun dibacakan bacaaan Yaasin sekalipun tidak dapat mengubah apa-apa. Amalkanlah membaca basmalah dan beberapa potong doa sebelum minum air yang hidup supaya air yang kita minum penuh bertenaga dan dapat memberi manfaat kepada tubuh badan kita sekaligus menjadi penyembuh kepada penyakit yang ada dalam tubuh kita atau penyakit yang sedang berkembang dalam badan.Air yang baik ialah air mineral semulajadi yang sejuk (bukan sejuk seperti ais) dan yang dibacakan ayat-ayat Allah s.w.t kerana:

“Dan Kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman.sedangkan bagi orang yang zalim (Al-Quran itu) hanya akan menambah kerugian.” (Al-Isra’:82)

HAFIZAH BINTI HARIS

[Al-Azhar Faculty of Medicine for Girls]

 

Muat turun PDF Risalah Kesihatan siri 16

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *