MUSIM SEJUK??JOM KEKALKAN KESIHATAN!!

Kesihatan manusia banyak dipengaruhi oleh faktor-faktor luaran seperti kebersihan, makanan serta perubahan suhu persekitaran. Perubahan suhu atau musim memainkan peranan penting dalam mempengaruhi pelbagai perubahan fizikal badan kita. Secara umumnya, badan kita berfungsi dengan baik pada suhu tertentu (36.5-37.2 darjah celcius) .
Sebarang perubahan suhu persekitaran akan mengakibatkan adaptasi badan kita terhadap perubahan tersebut malah mengganggu sistem imuniti badan terutamanya jika perubahan mendadak. Kesannya, kita terdedah kepada pelbagai jangkitan kuman dan virus akibat imuniti yang lemah. Kanak -kanak dan orang tua lebih cenderung untuk mendapat jangkitan pada musim ini.
Batuk, selesema, demam, sakit tekak, sakit badan atau sengal badan adalah keadaan atau penyakit biasa ketika musim sejuk. Sesak nafas dan frostbite (sel beku dan pengecutan salur darah yang melampau) pula berlaku akibat persekitaran yang terlalu sejuk. Jika keadaan-keadaan ini berlanjutan, sila dapatkan rawatan doktor.

Antara tips penjagaan kesihatan pada musim sejuk ialah :
1. Lazimi minuman panas atau suam seperti teh herba dan Anise (yansoon atau jintan manis). Makan makanan yang mampu memanaskan badan seperti madu, coklat (bukan gula-gula), halia, lada dan bawang putih.

2. Mandi menggunakan air suam serta elak daripada mandi berulang kali sehari terutamanya pada waktu malam.

3. Pastikan tubuh dilap sehingga kering sebelum keluar daripada bilik air.

4. Elak keluar rumah sejurus selepas mandi. Rehat seketika ( 15-30 minit) sebelum keluar rumah untuk mengelakkan badan terkesan daripada perubahan suhu persekitaran secara mendadak.

5. Pakai pakaian yang tebal dan selesa (panas) apabila berada di luar rumah. Elak memakai pakaian nipis terutamanya bahagian dada.

6. Lazimi amalan membasuh tangan untuk mengelakkan jangkitan kuman.

7. Makan makanan berkhasiat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran hijau untuk memastikan badan mendapat vitamin-vitamin yang membantu menguatkan imuniti badan. Pengambilan supplement seperti Vitacid atau pil habbatussauda juga digalakkan.

8. Tingkatkan pengambilan makanan yang mengandungi protein yang tinggi (telur, ikan dan daging) dan karbohidrat (nasi dan kentang). Kurangkan pengambilan lemak berlebihan.

9. Tingkatkan pengambilan air (sebaik-baiknya air suam) untuk membantu merembeskan toksin dalam badan serta mengekalkan suhu badan.

10. JAUHI TABIAT MEROKOK. Meningkatkan kecenderungan untuk mendapat jangkitan sistem pernafasan. Asap rokok mampu memberi kesan buruk bukan sahaja kepada penghisap (smoker) tetapi juga orang berhampiran (passive smokers).

11. Jika terlalu sejuk, pastikan kain atau mafla anda melindungi rongga seperti telinga, mulut dan hidung untuk mengurangkan kehilangan haba badan.

12. Lazimi senaman ringkas untuk meningkatkan suhu badan.

13. Buka tingkap bilik anda (30 minit, sekurang-kurangnya 3 kali seminggu)untuk pengudaraan serta pancaran cahaya matahari.

14. Jauhi makanan dan minuman ringan kerana mampu melemahkan imuniti badan.

15. KECEMASAN – rendam di dalam air suam atau lindungi dengan kain yang tebal dengan SEGERA jika anda mengalami frostbite (bertukar menjadi biru atau sangat pucat) pada bahagian jari, hidung dan cuping telinga.

“KESIHATAN YANG BERMUTU TUNJANG IBADAH YANG BERKUALITI”

Nur Fadhlina Bt Che Husin,

Tahun 1 kuliah perubatan, Universiti al-Azhar.

Muat turun PDF Risalah Kesihatan siri 41

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *