NIKMAT KESIHATAN

Kefahaman adalah permulaan bagi setiap tindakan hamba yang istiqamah dalam melaksanakannya, daripada sekecil-kecil zarah sehingga seinfiniti cakerawala. Memahami Islam adalah Ad-Din iaitu satu cara hidup.

Ini telah difirmankan oleh Allah taala yang bermaksud:“Sesungguhnya (AdDin) agama (yang benar) di sisi Allah adalah Islam” (Al-Imran : 19).

Ertinya ia adalah agama yang meliputi seluruh kehidupan manusia. Oleh itu, dalam konteks kehidupan manusia, apa sahaja tindakan yang berkaitan dengan sebuah kehidupan manusia wajib dilandaskan atas dasar Islam.

Penjagaan Islam terhadap kehidupan meliputi aspek penjagaan kesihatan kerana secara realitinya hidup tidak sejahtera tanpanya.

Dr. Ahmad A. Ghalwasy telah mengatakan bahawa ia berlaku melalui hukum-hakam yang bertujuan untuk menjaga jiwa dari penyakit, menjaga jiwa dari ancaman, menjaga jiwa dari kesulitan taklif dan menjaga jiwa dari taklif.1 Ini telah dibahaskan oleh beliau dalam persoalan Maqasid Syar’iah mengenai penjagaan jiwa.

Islam juga meletakkan kesihatan sebagai nikmat yang termulia selepas nikmat iman. Dalam hal ini Dr. Nazim An-Nasimi menyatakan “di antara pengajaran yang penting dalam penjagaan kesihatan dalam kehidupan keduniaan dan keagamaan jelas kepada kita bahawa kesihatan adalah nikmat terbesar dan kurniaan yang teragung selepas nikmat iman dari sudut kepentingannya dan ia terletak di puncak nikmat-nikmat keduniaan kerana kesihatan tubuh seseorang membole
hkan mereka belajar, beramal, berkorban, berjuang dan berjihad untuk agama, harta dan negara dan membolehkannya menunaikan kewajipan dunia dan agamanya dengan cara yang paling sempurna”.2

“Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara: masa muda kamu sebelum datang masa tua, masa sihat kamu sebelum datang masa sakit, masa lapang kamu sebelum datang masa sibuk, dan masa hidup kamu sebelum datang masa mati” (Riwayat Al-Hakim)3.

Hadis ini sering kita dengar namun praktikalnya masih kurang kerana penghayatan masih kurang. Ada di kalangan kita yang terlalu membuat kerja atau asyik dengan menuntut ilmu mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap tubuh badan mereka. Era ini, pelbagai variasi penyakit atau rawatan yang ditemui tetapi hakikatnya mencegah adalah berlipat kali ganda lebih baik daripada merawat dengan izin Allah taala semua akan terjamin.

Kesihatan yang mantap amat diperlukan dalam kehidupan seorang pendakwah untuk memastikan agendaagenda dakwah tercapai dengan jayanya. Mengetahui kepentingan untuk menjaga kesihatan dengan baik mendorong individu untuk meneliti setiap amalan yang bakal diambil. Selain daripada berhati-hati dan mengamalkan beberapa amalan-amalan kesihatan, berdoa juga sudah menjadi kewajipan mukmin, bagi menunjukkan konsep tawakal yang sebenar.

“Tidak ada sesuatu yang diminta yang lebih disukai oleh Allah dari ‘afiat (kesejahteraan)” (Riwayat AtTurmuzi)4. “Mukmin yang kuat lebih baik dan disukai oleh Allah dari mukmin
yang lemah”5.

Sama-samalah berlumba untuk menjadi hamba yang disukai oleh Allah seterusnya mendapat keredhaan Allah sepanjang hayat.

Kesyumulan yang merangkumi segenap aspek kehidupan dan tingkah laku manusia ini tidak dapat dikeCualikan atau dipisahkan daripada Islam sama sekali.

Oh, Indahnya Islam!.

Zaty Asma’ Salsabiela Zainondin

Kuliah Perubatan, Al-Azhar

 

Muat turun PDF Risalah Kesihatan siri 25

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *