PENYAKIT MUSIM SEJUK DI PERLEMBAHAN NIL

Pada musim ini, kuman, parasit dan pelbagai jenis bakteria menjadi lebih aktif apabila berada di persekitaran yang berhabuk.

Segala kekotoran yang berpunca daripada persekitaran ini akan sampai kepada kita melalui pernafasan, minuman dan makanan.

Anda boleh berkunjung ke klinik atau hospital berdekatan untuk mendapatkan pemeriksaan awal, nasihat dan rawatan yang sewajarnya, bukan mendapatkan atau membeli ubat-ubatan secara terus dari farmasi.

Di sini terdapat empat contoh penyakit musim sejuk yang sering dihadapi oleh kita rakyat Malaysia yang berada di perlembahan nil :

1. Sakit kerongkong : Penyakit ini berpunca daripada pengambilan makanan, sayuran yang tidak dibasuh serta air yang tidak dimasak. Seterusnya akan menimbulkan kuman virus, parasit dan bakteria yang boleh menjejaskan kesihatan.

Kuman-kuman ini akan menyerang saluran tenggorak yang mengandungi gegendang suara yang mana urat-talinya sangat sensitif.

Apabila situasi ini berlaku akan menyebabkan rosaknya gegendang suara. Hal ini menyebabkan urat tali suara mulai rasa sakit, bengkak dan rasa perit sehingga boleh menimbulkan penyakit-penyakit lain seperti batuk, selsema, bengkak di bahagian mulut dan gusi.

2. Sakit dada atau semput : Penyakit ini berlaku disebabkan oleh perubahan cuaca. Pada permulaan musim sejuk semput atau sakit dada, lebih-lebih lagi bagi mereka yang menghidap asma . Penyakit juga boleh terhasil dari hama ini habuk-habuk yang berterbangan di udara mengandungi bakteria, dan kumankuman parasit, keadaan ini menyebabkan kuman menjadi aktif. Apabila kita bernafas melalui udara ini akan menyebabkan hama yang terdapat pada bulu-bulu binatang yang berpindah melalui pernafasan.

Antara langkah-langkah pencegahan adalah seperti berikut :

*Sentiasa menutup tingkap dan pintu daripada habuk udara yang kotor. *Hendaklah memakai pakaian yang tebal ketika berada di dalam rumah atau di luar rumah.

3. Penyakit Sinutisis : Sinutisis ialah radang inflamasi pada membran mukus yang melapik sinus. Sinus ialah rongga-rongga udara yang terdapat di tulang-tulang pipi.

Jenis radang ini disebabkan oleh jangkitan virus di ronggarongga sinus yang terhasil melalui pernafasan. Jika serangan ini berlanjutan boleh mengakibatkan selsema, sakit kepala berdenyut, hidung tersumbat, dan penghasilan hingus.

Kesan dari penyakit ini adalah apabila bakteria-bakteria merebak dan tersumbat di dalam sinus. Jika masalah ini bertambah lagi, kulit bahagian mata dan pipi akan menjadi merah.

4. Penyakit Rheumatism : Pada musim sejuk, sesetengah penyakit yang berkaitan dengan tulang dan sendi-sendi akan terjadi. Pada umumnya, udara sejuk akan memberi kesan kepada seluruh anggota badan kita. Udara sejuk ini akan menusuk ke sendisendi tulang kita, kadang-kadang boleh membawa ketegangan dan menjejaskan metabolisme tubuh.

Antara faktor-faktornya adalah:

1. Seseorang itu tidak mengeringkan kesan air pada badan selepas selesai dari bilik mandi. 2. Tidak mengambil berat tentang kesihatan diri, dan keadaan cuaca sekeliling.

Penjagaan dan rawatan : * Menjauhkan diri dari terdedah kepada udara yang sejuk sedaya mungkin. * Mengambil ubat yang sesuai dengan penyakit dan menjaga peraturannya. * Berjumpa dengan doktor yang pakar untuk mendapatkan nasihat daripadanya. * Pakaian hendaklah tebal dan elakkan bahagian dada daripada terdedah. * Menjauhi tempat-tempat sesak dan kawasan sampah-sarap. * Mengambil aspirin untuk melegakan sakit.

Muhamad Norhisyam b. Hazeman

Kuliah Syariah Islamiah Universiti Al-Azhar

Muat turunĀ PDF Risalah Kesihatan siri 40

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *