RAHSIA PISANG

Tahukah anda buah apakah yang paling berkhasiat dalam dunia ni? Yaaa…jawapannya ialah Pisang. Namun ramai di antara kita masih memperlekehkan Pisang. Mereka menganggap pisang sebagai buah yang low standard dan buah kampung. Sebaliknya mereka menganggap buah-buahan luar negara seperti epal, anggur, strawberi lebih bagus, berkhasiat dan lebih high class… Sebenarnya mereka telah silap. Pisang adalah jauh lebih baik daripada semua buah-buah yang disebutkan di atas. Pisang mengandungi tiga jenis gula semulajadi yang terpenting iaitu sukrosa, fruktosa and glukosa. Selain itu ia juga kaya dengan serat. Menurut kajian yang dijalankan, pisang adalah berkhasiat dalam mengurangkan penyakit-penyakit seperti berikut :-

Kemurungan

Satu kajian oleh MIND kepada orang yang mengalami masalah kemurungan telah mendapati bahawa pisang telah membantu mengurangkan tahap tekanan dan kemurungan yang mereka hadapi. Ini adalah kerana, pisang mengandungi sejenis protein yang digelar tryptophan. Trytophan ini akan ditukarkan oleh badan kepada serotonin yang mana unsur ini membuatkan tubuh badan kita menjadi lebih rileks dan meningkatkan mood seseorang. Ia membantu meningkatkan kesegaran tubuh badan.

Premenstrual Syndrome (PMS)

Masalah PMS adalah masalah orang perempuan yang moody ketika datangnya haid. Bagi mengurangkan masalah PMS ni, ramai yang mengambil jalan mudah dengan menelan pil ubat saja. Selepas ini, anda tak perlu lagi makan pil/ubat yang mahal itu. Sebaliknya, amalkan makan pisang kerana pisang mengandungi vitamin B6 yang mengawal paras glukosa di dalam darah. Apabila paras glukosa dalam darah terkawal dengan baik,ianya mengurangkan perasaan moody anda.

Anemia

Di dalam pisang terdapat kandungan zat besi atau iron yang tinggi. Iron ini akan merangsangkan pembentukan hemoglobin di dalam darah kita. Jadi, ianya membantu menangani masalah penyakit anemia ini.

Tekanan Darah

Pisang sangat kaya dengan kandungan potassium dan kurang kandungan garamnya. Jadi, ia sangat membantu dalam masalah tekanan darah dan strok. Jabatan Pemakanan dan Ubatan Amerika Syarikat telah mengiktiraf bahawa pisang memang membantu manusia dalam menangani masalah tekanan darah dan strok.

Mencerdaskan Otak

Satu kajian yang dijalankan kepada seramai 200 orang pelajar di Twickenhem mendapati, pisang telah membantu semua pelajar tersebut dalam mencerdaskan otak mereka. Sepanjang minggu peperiksaan, semua pelajar telah diberi makan pisang pada waktu makan pagi, tea break dan makan tengah hari. Hasil yang ditunjukkan adalah amat positif.

Penghadaman

Kandungan fiber yang tinggi di dalam pisang membantu tubuh kita dalam proses penghadaman makanan.

Ulser

Pisang adalah buah yang enak dan lembut serta membuat tekstur yang senang dihadam. Selain itu ianya mempunyai sifat antacid atau peneutral kepada asid yang dapat mengurangkan tahap asid di dalam usus.

Masalah perokok

Oleh kerana pisang kaya dengan kandungan vitamin B6 & B12, Potassium dan Mangesium, ianya juga digunakan oleh perokok-perokok tegar dalam membantu mereka mengurangkan tabiat merokok. Unsur seperti B6,B12 dan Potassium dapat mengurangkan kesan ketagihan nikotin.

Stress / Tekanan

Potassium yang ada di dalam pisang adalah mineral asas yang dapat mengawal tahap kandungan air dan oksigen dalam darah. Ia dapat membantu mengawal penghantaran oksigen ke otak dan mengawal tahap metabolik dalam badan. Ini secara tak langsungnya membantu mereka yang mengalami masalah tekanan.

Strok

Satu kajian yang dijalankan oleh “The New England Journal of Medicine” membuktikan bahawa, amalan memakan pisang dapat mengurangkan risiko sebanyak 40% daripada risiko mati disebabkan strok.

Pisang memang terbukti mempunyai pelbagai khasiat yang dapat membantu manusia dalam menangami masalah kesihatan manusia. Pisang adalah buah penawar yang mujarab.Sekiranya dibandingkan pisang dan epal, pisang adalah jauh lebih baik samada daripada segi rasa mahupun khasiatnya.

Kandungan protein dalam pisang adalah empat kali lebih banyak daripada epal. Karbohidrat dua kali lebih, Phosphorus tiga kali lebih, Vitamin A dan Iron lima kali lebih, mineral dan vitamin lain adalah dua kali lebih banyak daripada epal.

Sekarang…adakah anda masih lagi beranggapan bahawa Pisang adalah buah yang low class??? Saya kini telah menjadikan pisang sebagai buah kegemaran saya. Anda bagaimana???

Shafora Bibi Binti Samri

Kuliah Perubatan Iskandariah, Tahun 5.

Muat turun PDF Risalah Kesihatan siri 26

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *