BAHAYA MINUMAN BERGAS

Minuman bergas atau minuman karbohidrat sangat popular di kalangan masyarakat di seluruh dunia.Minuman ini boleh didapati di kedai-kedai runcit atau di kompleks membeli belah. Pelbagai jenama seperti Coca cola, Pepsi, Mirinda, 7 up, mempunyai warna dan perisa. Namun, minuman bergas ini menjadi pilihan utama di kalangan pelajar-pelajar sekolah mahupun dewasa.

Kajian di dalam ‘Jurnal General Dentistry’ mendapati bahawa tabiat minum minuman karbohidrat boleh mengakibatkan masalah kerosakan dan pereputan gigi. Walaupun minuman ini mengandungi gula yang amat gigi, namun kebanyakan kita menjamu kepada kawan-karib, para tetamu, tanpa rasa bersalah. Persatuan Pengguna Pulau Pinang mengatakan pengambilan minuman karbohidrat yang berlebihan boleh menyumbang kepada masalah kesihatan, menambahkan berat badan serta obesiti. Minuman ini sebenarnya tidak mengandungi zat, ia mengandungi banyak kalori. Ramai di kalangan masyarakat kita beranggapan bahawa pengambilan 1 tin minuman bergas tidak memberi kesan kepada kesihatan sekiranya diiringkan bersama minuman lain. Hakikatnya, tanggapan mereka adalah salah sama sekali .

Bukti kajian di Pusat Sains kebangsaan di Amerika Syarikat mendapati minuman karbohidrat boleh mempercepatkan pereputan gigi kerana ia mengandungi asid yang boleh mengikis pada lapisan ‘enamel’ (lapisan luar). Kajian saintifik di seluruh dunia mengakui minuman ini boleh menyumbangkan kepada masalah kegemukan dan merupakan salah satu faktor ‘kencing manis’ pada usia tua ataupun di kalangan dewasa. Selain itu juga, boleh mengakibatkan serangan jantung dan strok.

Tambahan pula, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah memberi saranan kepada masyarakat seluruh dunia bahawa pengambilan gula tidak boleh melebihi 10% daripada keperluan kalori seseorang. Sebagai contoh, jika keperluan seseorang itu sebanyak 2000 kalori, maka ia perlulah mengambil kurang daripada 200 kalori bersamaan 10 sudu teh. Jumlah ini sama dengan keperluan yang diperolehi dalam makanan kita, sama ada minuman manis ataupun makanan berat.
Menurut saranan ‘Pertubuhan Kesihatan Sedunia’ bahawa minuman bergas coca cola mengandungi kafein sebagai penambah perisa. Kafein adalah bahan yang boleh merangsang ketagihan. Ketagihan yang melampau boleh mengakibatkan pengeluaran kalsium daripada tulang. Jika diamalkan dalam jangka masa yang panjang boleh menjejaskan pereputan tulang atau menghidapi penyakit “osteoporosis”.

Pakar Pemakanan Institut Jantung Negara, Ho Shiau Fen berkata :“Kanak-kanak yang mengambil 1 tin minuman bergas (325 mililiter) setiap hari mempunyai 10% tenaga berbanding kanak-kanak lain”. Tetapi tenaga yang digunakan itu datang daripada gula. Jika tidak digunakan, gula dalam darah akan berkumpul menjadi lemak, kesannya kanak-kanak menjadi gemuk.

Justeru, elakkan minuman berperisa gula yang berlebihan.

Rujukan :Perubatan Islam dan Sains Moden, Dr Danial Zainal Abidin

Muhamad Norhisyam Bin Hazeman,

Fakulti Syariah Islamiah, Universiti Al-azhar, Kaherah

Muat turun PDF Risalah Kesihatan siri 48

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *