KESAN BUNYI KE ATAS KESIHATAN

Bunyi ataupun suara yang kuat sehingga mengganggu orang lain, seperti bunyi kapal terbang, kenderaan di jalan raya atau bunyi mesin-mesin di kilang perindustrian boleh mewujudkan pencemaran bunyi, terutamanya di kawasan bandar. Bunyi yang terlalu kuat boleh menjejaskan pendengaran atau pekak, boleh mengakibatkan tekanan darah, stress dan juga sukar tidur. Bunyi yang dikeluarkan seperti radio, TV, atau bunyi melalui penggunaan alat pendengaran merupakan suatu gelombang bunyi yang bergetar dengan kadar getaran yang dapat didengar oleh telinga. Gelombang bunyi yang melampau boleh memberi kesan negatif ke atas kesihatan seseorang.
Berikut adalah contoh kadar kekuatan bunyi yang dikeluarkan mengikut ukuran di dalam decibels :

-Telinga manusia dapat mengesan kekuatan di antara 0 hingga 160 decibel.

-Percakapan yang biasa berada pada kadar 40 decibels. -Bunyi bising kereta api berada pada kadar 80 decibels.

-Bunyi bising konsert rock pada kadar 80 hingga 100 decibels.

-Bunyi jet dan kapal terbang yang berdekatan adalah kadar di antara 110 decibels.

Bunyi dan pekak :Dr. Reza Rahbar adalah seorang pakar telinga dan kerongkong dari Hospital Kanak-Kanak Boston, beliau berkata : “Wujud persepakatan di kalangan pakar-pakar bahawa bunyi yang melebihi kadar 85 decibels boleh menjejaskan pendengaran seseorang, malah kadangkala kesannya berbentuk jangka masa yang panjang dan tidak dapat diubati lagi”.

Bunyi dan gangguan tidur :Aliensuter, seorang pakar bunyi berkata : “Bunyi adalah punca utama yang menganggu tidur seseorang. Apabila ia berterusan, kesihatan seseorang akan terjejas”. Agensi Perlindungan Persekitaran di Amerika Syarikat mendapati bunyi pada kadar 45 decibels secara purata dapat melindungi seseorang daripada gangguan tidur pada waktu malam.
Bunyi dan sakit jantung :Beberapa kajian menyatakan bahawa bunyi yang kuat boleh menyebabkan tekanan darah meningkat. Bunyi yang kuat boleh merangsang badan mengeluarkan epinephrine dan norepinephrine. Kesemua ini boleh memberi kesan negatif terhadap sistem jantung.

Bunyi dan kesihatan jiwa:Pencemaran bunyi boleh mendatangkan “tekanan jiwa” atau tension. Apabila seseorang itu tidak tahan oleh bunyi yang melampau maka pastinya akan merangsang seseorang itu bertindak ganas. Ini terbukti kajian oleh Donnerstein dan Wilson padatahun (1976).
Kesimpulannya, elakkan diri anda daripada sering terdedah dengan pencemaran bunyi yang boleh menjejaskan kualiti hidup anda.
Rujukan Buku : “Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden, Dr. Danial Zainal Abidin”.

Muhamad Norhisyam Bin Hazeman

Kuliah Syariah Islamiah, Universiti Al-Azhar, Kaherah

Muat turun PDF Risalah Kesihatan siri 49

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *