KHASIAT DISEBALIK SAYUR-SAYURAN

Makanan merupakan sumber asasi kepada setiap manusia. Kita memerlukan sumber makanan yang baik dalam tubuh badan agar sentiasa sihat dan ceria. Terlalu banyak nikmat yang Allah berikan kepada kita termasuklah panca indera, pernafasan dan sebagainya. Adalah menjadi kefardhuan ke atas kita menjaga segala apa yang telah dipinjam oleh Allah kepada kita termasuklah dalam aspek pemakanan. Hal ini kerana bagi memudahkan urusan seharian bagi mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Pakar-pakar perubatan telah bersepakat melalui kajian yang dibuat menyatakan bahawa terdapat banyak khasiat daripada pengambilan sayursayuran.
Berdasarkan kajian, di antara khasiat dan kebaikannya terhadap tubuh badan kita adalah seperti pengambilan berikut iaitu:-

SENGKUANG – Mengandungi 10.17 % kandungan karbohidrat dan 0.2 % lemak. – Dipercayai bagus untuk meredakan demam dan mengatasi masalah gout. – Mempunyai keistimewaan melembap dan menegangkan kulit.

LOBAK PUTIH – Sesuai dimakan sebagai ulam terutamanya kepada mereka yang mengalami masalah kencing tidak lawas. – Baik dimakan oleh mereka yang menghidap bronchitis, asma, batuk dan selesema. – Bertindak menentang bakteria, menguatkan limpa serta mempunyai kesan antipiretik. – Mengandungi kandungan air, glukosa dan fruktosa yang banyak.
UBI KENTANG
– Dengan pengambilan 150g kentang, dapat memenuhi keperluan vitamin C untuk satu hari. Kandungan kalium dalam kentang pula boleh melegakan hipertensi. – Pesakit yang mengalami gangguan gastrousus akan mendapat manfaat daripadanya kerana makanan ini sesuai sebagai penggati tepung yang mengandungi gluten.
LABU – Mempunyai zat magnesium yang tinggi. Zat ini menguatkan struktur tulang dan gigi. Magnesium penting untuk melindungi fungsi jantung dan menjamin kondisi badan. – Vitamin C di dalam labu dapat melicinkan dan merawat kulit yang rosak serta menurunkan kolestrol di dalam badan dan mencegah daripada kanser. – Vitamin yang terdapat dalam labu juga dapat melancarkan peredaran darah di dalam badan dan secara tidak langsung dapat mengurangkan tekanan.

LOBAK MERAH – Sumber yang kaya dengan vitamin A dan B yang membantu menghasilkan penglihatan yang lebih baik. – Diperkayakan dengan Beta-karotena, Alfa-korotena dan Lutien membantu mengurangkan risiko penyakit jantung. – Membantu membersihkan kolona dan mengurangkan lemak di dalam hati.

UBI KELEDEK – Adalah jenis tanaman umnisi. Kaya dengan karbohidrat, zat besi, vitamin A, B2, C dan beta-karotena. – Kandungan anthocyanin dalam ubi keledek mempunyai kelebihan termasuk melindungi kerosakan DNA, membantu mengurangkan perkembangan sel kanser, menstabilkan penyakit kencing manis serta meningkatkan daya ingatan.

HALIA – Ubat yang penting untuk peredaran darah yang lemah di dalam tubuh badan. – Membantu menstabilkan tekanan darah. – Membantu melancarkan darah.

JINTAN HITAM – Kaya dengan asid lemak tidak tepu yang membantu mengatur metabolise dan membuang racun di dalam badan. – Menyeimbangkan paras insulin dan mengawal kolesterol. – Membantu meningkatkan peredaran darah.

Oleh itu, marilah sama-sama kita mengambil khasiat yang terdapat dalam sebahagian sayur-sayuran di atas. Setiap ciptaan Allah s.w.t khususnya dalam makanan mempunyai manfaat dan khasiat yang tersendiri. Allah s.w.t adalah sebaik-baik Pencipta dan Dia tidak mencipta sesuatu itu dengan sia-sia. Kita selaku hamba-Nya perlulah menjaga segala aspek kehidupan dengan sebaik mungkin lebih-lebih dalam bab pemakanan bagi menjamin kesihatan zahir dan batin yang baik.

JOM AMALKAN GAYA HIDUP SIHAT!

Dr. Siti Maryani binti Razali, Kuliah
Perubatan Tahun 3, Al-Azhar,Kaherah.

Muat turunĀ PDF Risalah Kesihatan siri 64

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *