MANDI SEBELUM SUBUH, AMALAN MUSLIM YANG SIHAT!

Menurut kajian sains, kandungan gas ozon pada waktu pagi lebih tinggi dari waktu lain. Oleh itu, gas ozon ini juga amat penting untuk tubuh badan anda. Jika anda mandi sebelum waktu subuh, ia bukan sahaja membersihkan malah memberikan kesegaran dan manfaat untuk tubuh badan anda. Antara manfaatnya ialah:

1.Kulit lebih lembut dan halus.
Pada waktu pagi selalunya anda akan memasang “water heater” untuk mendapatkan air yang hangat dan menghilangkan kesejukan. Jika anda memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. Begitu juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. Kuliat pula menjadi lebih lembut dan halus.

2.Melancarkan peredaran darah.
Jika peredaran darah anda lancar maka tubuh badan anda akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. Malah anda juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.

3.Meningkatkan kesuburan.
Kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila anda mandi pada waktu pagi. Ia dapat meningkatkan hormon testosterone pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.

4.Mengurangkan risiko darah tinggi.
Untuk anda memiliki penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk anda  mengurangkan penyakit anda. In sha Allah, dengan izin Allah, jika ia diamalkan selalu, penyakit anda akan pulih.

5.Meningkatkan tekanan serta tenang.
Air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. Buat anda yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik untuk anda menghilangkannya. Oleh itu, ubahkkah tabiat kepada mandi pagi sebelum subuh.

6.Meningkatkan sel darah putih.
Mandi dengan air sejuk, ia akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. Apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus. Oleh itu, anda tidak mudah dijangkiti dengan sebarang penyakit.

Anda sudah mengetahu faedahnya, apalagi, jom sama-sama beramal!

Fatnin Afiqah bin Sa’adun
Tahun 1, Perubatan Al-Azhar.

Muat turun PDF Risalah Kesihatan siri 57

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *