MENJADI MANUSIA SIHAT DENGAN SUJUD!

Solat adalah penghubung kita selaku hamba dengan Allah sebagai Al-Khaliq. Sebagaimana yang kita maklumi, solat merupakan tiang agma bagi seseorang muslim. Ibadah yang dilaksanakan lima waktu sehari ini (tidak termasuk solat sunat sebagai tambahan), mempunyai ruang lingkup perbincangan akidah, feqah dan tasawuf yang amat luas bermula dari niat, rukun perlaksanaan, perbahasan wajib, sunat, makruh di dalam solat dan banyak lagi, semuanya bertujuan meraih kesyukuran di dalam solat dan melahirkan sifat bersyukur kepada Al-Khaliq, bukan sekadar melakukan ritual keagamaan semata-mata.

Ramai dalam kalangan kita yang sedar dan tahu akan perkara ini. Namun, tahukah kita bahawa pensyariatan solat ini bukan sahaja memberi kredit akhirat kepada kita, bahkan solat mempunyai keistimewaan dan kelebihan yang tersendiri dan amat memukau keajaibannya apabila dikaji dengan lebih mendalam dari pelbagai sudut. Sekiranya dilihat dari susunan rukun solat, sujud merupakan antara wasikah pergantungan paling ampuh antara hamba dan Penciptanya. Sebagai hamba yang benar-benar ingin mengejar cinta Sang Pencipta, seharusnya kita tidak mensia-siakan hikmah sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah SWT.

Begaimana pula dari segi perubatan dan kesihatan? Maha Hebat Allah. Ternyata, ahli sains menemui bahawa ada beberapa milimeter ruang udara di kepala yang tidak dipenuhi dengan darah. Hanya dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.

Antara kelebihan sujud yang lain ialah:
1. Dari segi psikologi, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Rabbul Izzati sekaligus mengikis sifat sombong, riak dan takabbur.
2. Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
3. Melegakan paru-paru daripada ketengangan.
4. Sujud juga mampu mengurangkan kegemukan.
5. Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
6. Otak kita juga akan menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
7. Kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
8. Mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran.

Nurul Syakirah binti Mat Yusof
Tahun 2, Perubatan Al-Azhar

Muat turunĀ PDF Risalah Kesihatan siri 56

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *