OPTIMUMKAN TIDUR ANDA

Tidur adalah sebahagian hak badan yang perlu ditunaikan oleh manusia. Tidur yang paling sesuai adalah pada waktu malam dan juga tengah hari. Persoalannya, berapa jamkah yang perlu anda tidur? pakar-pakar psikologi merumuskan bahawa “keperluan tidur setiap individu adalah berbeza”.

Ini bererti, tahap tidur seseorang itu mengikut usia masing-masing.

Tidur yang optimum adalah kadar yang mampu menghilangkan rasa mengantuk yang mana seseorang itu dapat memberikan tumpuan kepada sesuatu perkara. Contohnya, seorang mahasiswa itu dapat memberi tumpuan sepenuhnya dalam sesuatu subjek pelajaran.
Pakar-pakar psikologi mengatakan bahawa “bagi sesetengah individu, kadar optimumnya adalah antara 5 hingga 6 jam setiap hari, namun kebiasaan orang dewasa adalah kadar diantara 7 hingga 8 jam setiap hari”, tetapi tidaklah bermakna dengan kadar itu bahkan mungkin lebih 9 jam atau 10 jam. Justeru, tidur juga banyak manfaat dan kelebihan dari sudut kesihatan dan kajian sains.
Pakar-pakar sains mengatakan, “Rehat yang cukup dapat menyihatkan badan, sekaligus meningkatkan produktiviti”.

Tidur amat penting, kenapa?. Kerana tidur dapat melancarkan proses metabolism karbohidrat di dalam badan kita. Namun, tidur yang melebihi kadar biasa boleh melemahkan badan. Antara kelebihan tidur ialah dapat memantapkan kecergasan minda. Tidur juga dapat memulihkan badan kerana semasa tidur, sel-sel di dalam badan melalui proses pemulihan.

Seorang penyelaras klinikal di pusat gangguan tidur, Hospital Columbus Community Ohio iaitu Allen Nicholson berkata “Semasa tidur, badan seseorang mengeluarkan hormon pertumbuhan atau disebut growth hormone yang berfungsi memperbaiki sel-sel yang telah rosak”.

Semasa kita tidur, proses penyimpanan maklumat jangka panjang atau disebut long-term memory juga berlaku di dalam otak. Contohnya, seorang pelajar yang mengulangkaji pelajaran sehingga lewat malam boleh menganggu proses penyimpanan maklumat ini.
Menurut Profesor Carla B. Green, seorang penolong dari pusat sains kebangsaan mengatakan, “Mengulangkaji pelajaran sehingga lewat malam boleh menjejaskan pusingan biologi seseorang dan ini menjejaskan fungsi otak bagi mengingati semula maklumat yang dibaca, di samping menyebabkan keletihan pada waktu siang hari”.

Oleh yang demikian, pastikan anda mendapat tidur yang mencukupi, tidak kurang dan tidak pula berlebihan!

Muhammad Norhisyam b. Hazeman,

Kuliah Syariah Islamiah, Unuversiti Al-azhar,Kaherah.

 

Muat turunĀ PDF Risalah Kesihatan siri 42

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *