QAILULLAH DAN SAINS

Amalan tidur sekejap atau dipanggil tidur Qailullah adalah disunatkan. Apa itu qailullah ?Dalam kitab Mishkatul Masabih disebutkan : ” Tidur sekejap pada waktu tengah hari ( qailullah ) bukanlah perbuatan keji kerana Rasulullah s.a.w pernah melakukannya .” Tujuan qailullah ini supaya pada malam harinya ,memudahkan bangun untuk mendirikan solat Tahajud.

“Dan diantara tanda-tanda (kebesaran) Nya ialah tidurmu pada waktu malam dan siang hari dan usahamu mencari sebahagian dari karuniaNya. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang mendengar, ”[Ar-rum: 23]

Tahukah anda, tidur seketika pada waktu tengah hari dapat menyegarkan otak, ketika ia merasa lelah di siang hari akibat pengumpulan maklumat sehingga prestasi menjadi kurang berkesan dan seseorang itu memerlukan rehat sejenak melalui tidur. Fasa ini disebutkan sebagai mid-afternoon quiescent phase atau a secondary sleep gate. Dr. William A. Anthony, (PhD) dan Camille W.Anthony ,pengarang buku The Art Of Napping At Work, antara tokoh yang menggalakkan tidur tengah hari ini. Jom kita teliti kembali apa yang disampaikan Al- Quran mengenai tidur di malam dan siang hari, bahkan tidur sebentar di siang hari juga penting sebagaimana tidur malam. Ini adalah tanda keajaiban Al-Quran sebagai kitab yang diturunkan dari Allah Yang Maha Mengetahui. Al-Quran telah menegaskan pentingnya tidur malam dan siang, sebagai suatu keajaiban dan tanda kekuasaan Allah sejak empat belas abad lalu! Sementara dewasa ini baru terbukti melalui pelbagai kajian saintifik.

Itu jelas dari sudut agamanya, sekarang mari kita lihat dari sudut pandang sains. Beberapa sainstis di barat telah mengkaji kebaikan tidur di siang hari ini. Hasil penemuan mereka bahawa mereka yang tidur di siang hari (sebelum waktu zohor) amat kreatif dan produktif dan ianya amat baik sekali untuk tubuh badan dan minda seorang manusia. Para saintis Universiti Harvard melakukan kajian berkaitan hubungan antara memori ingatan dan tidur. Mereka menggunakan alat scan resonansi MRI berfungsi magnet sehingga mereka mengesan adanya aktiviti otak di kawasan yang tertentu. Kemudian aktiviti bergerak ke wilayah kedua dan begitulah seterusnya bahawa otak melakukan penyusunan maklumat, menyelaras, dan menyimpan maklumat
sehingga mudah diambil kembali selepas seseorang bangun dari tidur.

Namun kajian selanjutnya menunjukkann bahawa fokus otak seseorang ada pada tahap minimum ketika ia baru saja bangun tidur. Diperlukan waktu antara 1530 minit untuk dapat mengembalikan kemampuan fikiran. Oleh kerana itu, penyelidik menyarankan agar seseorang setelah bangun tidur melakukan beberapa latihan ringan untuk memulihkan aktiviti otak. Berdasarkan buku “Power Sleep” yang ditulis oleh Dr James B. Mass diperincikan mengenai Day Napping ini, yang melibatkan hormon, kesan kepada denyutan jantung dan tubuh badan. Antara kebaikannya adalah: 1. Membantu mengurangkan tekanan 2. Kecekapan 3. Kemampuan daya ingatan 4. Baik untuk jantung dan kesihatan 5. Meningkatkan fungsi tubuh badan 6. Minda kreatif 7. Mengelakkan mengantuk dan meningkatkan stamina

Sudah terbukti ia adalah amalan sunnah bahkan diperakui keajaibannya dalam sains ,tak susah untuk diaplikasikan sementara menanti Zohor. Lelapkan sekejap mata, lepas terbangun terus jadi semangat, kembali fresh! Pastikan sebelum tidur, niatkanlah agar kita tidur itu untuk memudahkan kita terjaga di malam hari, dapat bangun solat malam. Jika ada niat kita untuk bangun solat malam, insyaAllah akan beroleh pahala dari tidur singkat itu. Selamat beramal .

Siti Sarah Binti Mahmi

Universiti Al-Azhar, Kaherah

Muat turun PDF Risalah Kesihatan siri 45

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *