SENAMAN MATA BANTU PERKUAT INGATAN

Senaman mata mungkin pertama kali didengari oleh sesetengah orang, tetapi tahukah anda bahawa dengan menggerakkan mata ke kiri dan ke kanan mampu menguatkan daya ingatan, jika dilakukan secara berulang-ulang selama 30 saat mampu meningkatkan ingatan sehingga sebanyak 10%.

Ketua penyelidik, Dr Andrew parker dari Universiti Machester Metropolitan di dalam ‛Times Of India’ berkata :
“Senaman mata bukan setakat memberi kesan tetapi ia lebih sihat daripada menggunakan bahan stimulasi kimia dan pil penguat ingatan”.
Sekumpulan penyelidik itu juga berkata:“Senaman mata juga mampu mencerdaskan otak dengan menggerakkan kedua-dua belah mata dan meningkatkan daya berinteraksi antara otak kiri dan kanan”.

Mereka berasa kagum dengan penemuan ini, hasilnya bukan setakat kepada individu biasa tetapi juga kepada pelajar-pelajar lain yang menelaah pelajaran untuk menyemak dan memeriksa hasil kerja juga dapat memanfaatkan senaman mata.

Senaman mata juga membantu mengurangkan sakit kepala. Oleh itu, anda perlulah lakukan 2 contoh latihan dengan menggunakan mata:

1. Latihan 30 saat : iaitu anda hanya perlu lakukan dengan melihat selama 30 saat sahaja ke arah tumbuh-tumbuhan yang berwarna hijau, seterusnya lakukan kali kedua dan ketiga.

2. Jarak fokus retina : Latihan pada jarak fokus juga dapat mengembalikan penglihatan dan mencerdaskan mata ketika melihat buku dan sebagainya iaitu dengan melihat objek sepenuh perhatian, contohnya :melihat objek yang jauh sekali dihadapan anda seperti awan dan pada objek dekat pula seperti menghadap laptop dan membaca buku juga mampu menyerap pada otak dan mudah mengingati apa yang telah dibaca dan dihafal melalui jarak fokus pada mata.

3.Latihan gerak mata: Gerakkan mata dari kiri ke kanan, dan dari atas ke bawah, seterusnya bulatkan mata seluasnya supaya lebih kental pada otot mata.

Ini bermakna senaman yang begitu mudah mampu menguatkan daya ingatan, selain itu juga, ia penting untuk menyerap hasil butiran dan mengurangkan kesilapan.

Muhamad Norhisyam Bin Hazeman

Universiti Al-azhar,Kaherah

Muat turun PDF Risalah Kesihatan siri 46

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *