SIMPTOM SAKIT SENDI DAN TULANG BELAKANG

Kajian perubatan di University of Western Australia, United Kingdom mendapati bahawa manusia mempunyai 360 sendi kesemuanya. Sendi-sendi ini terdapat di tulang belakang dan pada bahagianbahagian tubuh yang lain seperti bahu, siku, pergelangan tangan, punggung, buku lali, lutut, sendi jari kaki dan juga tangan. Sendi-sendi ini akan merasai sakit terutama di kalangan umur 40 tahun ke atas. Dalam istilah perubatan disebut sebagai “rheumatism” iaitu sakit sendi atau “Arthritis”.

Pakar Physiotherapy di Amerika berkata : “Kebanyakan penghidap sakit sendi ini tidak mempunyai kerosakan terhadap sendi mereka. Kesakitan itu mungkin berpunca daripada lapisan tisu luaran, otototot, ligament, sendi atau pangkal saraf”.

Kajian di Russian State Medical University pula menyatakan : “Kesakitan ringan mungkin disebabkan oleh terseliuh atau mungkin tersalah tidur. Di samping aktiviti yang lasak, mengangkat barang yang berat, postur yang tidak elok, dan pergerakan badan yang tidak betul adalah punca terjadinya sakit sendi”.

Dr Danial Zainal Abidin berkata : “Radang sendi Gout adalah penyakit yang sering menyerang sendisendi di bahagian tangan dan kaki. Ia menyebabkan sendi-sendi itu menjadi bengkak dan sakit disebabkan oleh sejenis garam berbentuk Kristal yang berhimpun di celah-celahnya”.

Cubalah anda lakukan 3 langkah yang mudah untuk mengelakkan daripada sakit sendi.

Pertama :Elakkan memakai pakaian nipis di musim sejuk. Kedua : Melegakan sendi dengan melakukan urutan terapi. Ketiga : Kurangkan berat badan.

Jika kita perhatikan, pada usia muda juga akan mengalami masalah sakit tulang belakang. Ini kerana penjagaan tulang belakang penting untuk memastikan tubuh sentiasa sihat.Pakar‘Orthopaedics’ di hospital Amerika berkata : “Di dalam tulang belakang terdapat saraf tunjang yang menghubungkan antara organ dengan otak. Saraf ini berfungsi menerima isyarat memproses dan menjadi pengantara bahagian otak dan sesuatu organ”.

Antara simptom-simptom terjadinya sakit tulang
belakang adalah disebabkan oleh kesan daripada keadaan tidur yang tidak sesuai, atau kesan dari tekanan grativiti. Pusat penyelidikan dan kajian perubatan di University of Cambridge mendapati bahawa punca sebenar sakit tulang belakang adalah disebabkan oleh selalu membengkokkan pinggang.

Antara kaedah untuk mengurangkan sakit belakang adalah mengamalkan cara duduk mencangkung, jangan membengkokkan pinggang dan tulang belakang. Cara ini juga dapat mengelakkan sakit belakang.

Sekian, semoga mencuba!

Rujukan :Perubatan Islam dan Sains Moden, Dr. Danial Zainal Abidin

Muhamad Norhisyam Bin Hazeman,

Kuliah Syariah Islamiah, Universiti Al-azhar, Kaherah.

Muat turun PDF Risalah Kesihatan siri 44

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *