UCAPAN RAISAH HEWI KPKM SEMPENA SPEKTRUM 07

Assalamualaikum warahmatullahi warahmatullahi wabarakatuh

Alhamdulillah, pujian dan panjatan syukur yang tidak terhingga kita panjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan hidayah dan inayah-Nya SPEKTRUM ’07 sempurna dilangsungkan. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w., Keluarga baginda, para Sahabat Ridhwanullahi alaihim ajmain, Amma Ba’du

Para Rombongan, sahabat dan hadirin sekelian

Saya bagi pihak Ahli Jawatankuasa KPKM dan Tanzim pelaksana SPEKTRUM 07 serta ribuan anak-anak Kelantan Mesir merakamkan jutaan terima kasih buat kerajaan negeri Kelantan terutama para rombongan di atas kerjasama dan kesudian melapangkan masa bersama kami di sini dalam agenda besar untuk melihat dan berkongsi suka duka serta jerit payah kami diperantauan.

Pepatah Melayu ada menyatakan ‘hujan emas di negeri orang, hujan batu dinegeri sendiri’ namun setiap saat dan ketika hati kami sentiasa mendetikkan rasa ingat dan rindukan tanah air. Walau bagaimanapun kami pendam sendiri rasa rindu yang berbuku di hati demi sebuah harapan dan impian keluarga, masyarakat dan tanah air untuk melihat kami pulang gagah sebagi wira dan srikandi juang yang akan medidik anak bangsa.

Berakhirnya SPEKTRUM ’07 bukanlah bermakna titik noktah yang bernama perpisahan bagi kita semua akan tapi saya mengharapkan agar ia akan menjadi titik mula kepada sebuah hubungan kekeluargaan yang lebih erat dan akan terus berkekalan hingga kita pulang untuk berada di medan.

Bertemakan ‘Mahsiswa Berkualiti Menjana Peradaban Hakiki’, SPEKTRUM 07 dilihat sebagai program mega yang julungjulung kali diadakan pada sesi ini bagi menyatukan anak-anak Kelantan di bumi Mesir. Disamping itu, ia juga dapat mengeratkan semangat kebersamaan dengan kerajaan negeri dalam mendokong misi ‘Membangun Bersama Islam’.

Sahabat Akhawat yang dikasihi

Sudah tiba masaya kita kotakan segala hasrat dan tuntutan dakwah khusus buat srikandi perjuangan kerana selangkah sahaja kita menjejakkan kaki ke medan, seribu satu ragam mad’u yang semestinya kita depani. Dunia fitnah hari ini sememngnya memerlukan srikandi yang berani ke depan, cekal, tabah, kreatif dalam mengatur strategi dakwah dan apa yang penting, saya mohon agar sejarah yang tercatat pada hari ini bukanlah hanya akan tinggal sejarah. Samasama kita buktikan tangan yang menghayun buaian mampu menggegarkan dunia.

Nah, sudah tiba masanya kita buktikan kemampuan akhawat, srikandi sayap kiri dalam mendepani mehnah dan fitnah dakwah kontemporari. Ketepikan soal hati dalam menyampaikan kebenaran. Usah biar hati larut dalam fitnah faudha kehidupan.

Marilah sama-sama kita sahut seruan menyumbang tenaga mahupun idea untuk memastikan Islam yang kita cintai akan berada di dalam setiap jiwa anak-anak bangsa kita.

Hadirin Hadirat Sekelian

Rakaman terima kasih yang tidak terhingga saya dedikasikan buat PMRAM di atas kerjasama dan bantuan yang dihulurkan. Tanpa naungan PMRAM siapalah KPKM untuk melangsungkan sebuah program yang besar seperti ini.

Jutaan terima kasih juga saya panjangkan buat pengarah dan tanzim pelaksana program di atas tumpahan keringat dan garapan idea dalam memastikan program mega ini dapat dilangsungkan dengan sebaiknya.

Tiada lain yang mampu kami balas melainkan panjatan doa agar segala kerjasama yang diberikan akan dilipat gandakan pahala oleh Allah SWT.

Sahabat ikhwah yang dihormati

Selaku ketua HEWI KPKM saya amat-amat mengharapkan agar sahabat ikhwah sekelian dapat benarbenar berfungsi dalam memastikan segala corak langkah sahabatsahabat akhwat dapat diterima dan dipandu dalam ertikata sama-sama membantu ke arah perubahan. “Yang berat sama dipikul, yang ringan dijinjing sama”.

Jangan ada benci dalam persaudaraan Islam yang natijahnya lansung tidak akan memberikan keuntungan. Sudah tiba masanya kita hentikan segala cemuhan, lekeh memperlekeh dan marilah samasama kita gemblingkan tenaga, pasakkan kekuatan dan eratkan kesatuan bukan untuk kepentingan sendiri tapi ikhlas untuk memastikan bahtera yang kita layari ini akan tenang mengharung ombak ganas lautan perjuangan. Buat akhirnya, kalau ada sumur diladang, boleh hamba menumpang mandi, kalau ada umur yang panjang insyaAllah kita jumpa lagi.

Sekian, terima kasih buat semua dan hanya Allah jua yang mampu membalasnya.

ROHANI BINTI HUSIN

Muat turun PDF Risalah Fajar Jumaat siri 334

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *