KEIZZAHAN MAHASISIWI KATALIS UMMAH

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh..

Kesyukuran dirafa’kan kehadrat Allah Taala kerana kita masih lagi diberi kenikmatan sebagai seorang muslim muslimah dan mukmin mukminah di atas muka bumi ini. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w yang menjadi qudwatuna dan idola umat Islam seluruhnya.

Ikhwani wa akhawati al ahibba’

Keizzahan mahasiswi katalis ummah, satu perkara yang tidak boleh disangkal dan dipertikaikan. Jikalau tiada keizzahan pada diri mahasiswi itu nescaya akan terbantutlah proses kebangkitan Islam dan cacatlah pergerakan dan perjalanan dakwah. Firman Allah Taala yang bermaksud: “Orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan sesetengahnya menjadi pembantu yang lain. Mereka menyuruh yang makruf dan menghalang yang mungkar, mendirikan sembahyang dan mengeluarkan zakat, serta patuh mengikut Allah dan Rasulnya. Mereka itu akan diberikan nikmat oleh Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”.

Kalam Allah Taala ini yang telah ditasjilkan dalam surah atTaubat ayat 7 merupakan hujjah yang tidak boleh dinafikan oleh muslimin dan muslimah betapa peri pentingnya tugas duat ilallah.

Di sini sukalah saya fokuskan kepada golongan saya sendiri iaitu golongan mahasiswi yang seringkali mendapat perhatian oleh semua peringkat kerana disebalik kelembutan dan kelemahan wanita tersembunyi sifat unggul yang pastinya tidak dimiliki oleh kaum lelaki. Kehebatan dan kelebihan ini saya katakan demikian bukan untuk dibanggakan tetapi sememangnya anugerah yang telah dikurniakan oleh Allah tuhan pencipta makhluk kepada hambanya yang bernama wanita.

Ikhwah dan akhawat yang dirahmati Allah sekalian.

Saya selaku orang yang yang ditaklifkan untuk memimpim Hal Ehwal Wanita Islam di dalam bahtera KPKM pada sesi ini amat mengharapkan terutama kepada diri saya sendiri dan semua mahasiswi supaya dapat mengambil fursoh zahabiyyah semasa berada di perlembahan nil ini dengan memantapkan ilmu dan thaqofah untuk diterjemahkan ke dalam masyarakat serta mengasah segala kemahiran ( soft kill ) yang ada dengan mentatbiqkan dan mengamalkan segala ilmu yang dipelajari. Sebagaimana firman Allah Taala yang bermaksud: “Mengapa tiada dari kalangan mereka satu golongan yang mendalami ilmu agama dan memberi inzar kepada masyarakat mereka apabila
mereka kembali agar mereka dapat menjaga diri mereka”. Justeru dengan penguasaan ilmu yang mantap dan kemahiran yang pelbagai akan terserlahlah keizzahan serta kredibiliti mahasiswi itu sendiri. Di dalam al-Quran jelas terbukti sebagaimana mafhumnya: “katakanlah adakah sama orang yang mempunyai ilmu dan orang yang tidak mempunyai ilmu”. Ayat yang lain juga ada menyatakan: “Maka hendaklah bertanya kepada orang-orang yang berilmu sekiranya kamu tidak mengetahui”. Keduadua ayat ini sudah cukup untuk membuktikan kepada kita tentang kepentingan dan keizzahan golongan yang menguasai ilmu.

Sahabat dan sahabiah seperjuangan.

Pemeliharaan akhlak juga perlu dititikberatkan kerana ia merupakan cermin kepada masyarakat. Seandainya Islam tercabul disebabkan keburukan, kebobrokan serta kejelekan akhlak kita, maka yang pastinya kita tidak akan terlepas dari celaan dan balasan Allah Taala. Tuntasnya, kita selaku mahasiswi yang diamanahkan untuk melahir dan mentarbiah generasi atau jiiluinsani yang akan datang seharusnya menghiasi diri dengan akhlak dan syakhsiah yang mulia. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bemaksud: “Dunia itu adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah”.

Biah solehah yang dilaungkan oleh PMRAM seharusnya diambil cakna oleh kita semua yang mengaku sebagai pewaris nabi, seterusnya sama-sama bertanggungjawab dalam menjaga suasana dan biah yang baik ini. Oleh yang demikian, mahasiswi hari ini perlu bangkit, sedar dan faham tentang tanggungjawab dan peranan yang terpundak di bahu masing-masing khususnya dalam bidang dakwah dan kemasyarakatan.

Tuntasnya, wanita idaman generasi sentiasa meningkatkan keintelektualnya, sabar, tabah, kental dan sentiasa meletakkan kepentingan akhirat di hadapan berbanding dengan kepentingan dunia, di samping memupuk sifat kewanitaannya untuk membantu sayap kanan melebarkan dakwah Islmiah serta menjadi katalis ummah. Manakala lelaki idaman generasi pula, amat perlu juga untuk kembali merenung dan meneliti hakikat sebagai seorang hamba dan pemegang amanah Allah serta pewaris para anbiya’ dalam membina dan menjaga kredibiliti serta kewibawaan sebagai ulama’ yang menjadi tunggak kekuatan ummah. Pemuda harapan bangsa pemudi tiang negara. Akhir bicara, sambutlah salam mahabbah dan salam ukhuwah dari saya dan diharapkan kepada ikhwah dan akhwat supaya saling tafahum, ta’awun dan tasaamuh dalam melihat agenda dakwah dapat dilaksanakan dengan jayanya di bawah platform KPKM.

Saridawani Ismail
Ketua Hewi KPKM 07/08
Usuluddin Syu’bah Tafsir Tahun 4, Kaherah

Muat turun PDF Risalah Fajar Jumaat siri 345

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *