PELONTAR “TERRORIST” DAN PEMANTAPAN AKIDAH

Umat Islam bagai buih di lautan. Ditindas, dihina, dipersenda, dipermainkan serata dunia.
Kita ubah perspektif, Umat Islam semakin melemahkan semangat mereka sendiri. Umat Islam semakin menyediakan jalan untuk mereka dihina. Kebanyakan pemimpin Umat Islam membisu ketika agama mereka dipersendakan bahkan mereka turut bersorak. Umat Islam sentiasa leka jika mereka dipermainkan bahkan mereka pula tersengih gembira. Umat Islam sentiasa membutakan mata dengan peristiwa yang berlaku bahkan memekakkan telinga. Kita lihat di negara umat Islam sendiri, berapa keratkah yang setuju dengan cara hidup Islam. Berapa keratkah yang ‘sudi’ beramal dengan cara hidup Islam dan memandang tinggi bagi yang patuh cara hidup Islam? Berapa keratkah yang akan ‘tegar’ dengan pandangan sinis orang jahil itu dan tahan dengan kata-kata jelek mereka? Berapa keratkah yang rela mengharungi lautan tohmahan mereka yang mati hati itu?

Juga pemimpin manakah yang akan mempertahankan “terorist” Islam? Pemimpin manakah akan membiarkan “terrorist” itu memberi kesedaran kepada saudara mereka yang lain? Pemimpin manakah yang akan membebaskan “terrorist” itu hidup di luar bersama dengan anak isteri dan keluarga mereka? Pemimpin manakah yang akan menyokong “terrorist” itu melindungi saudara-saudara seagama mereka dan melindunginya dari di ratah dan di baham rakus oleh golongan yang terangterangan tidak menyembah Allah? Terrorist kah kita dengan melindungi saudara-saudara seagama ? Terrorist kah kita apabila mempertahankan negara Islam dari dijajah oleh kuasa kufar? Terrorist kah kita jika melengkapkan diri dengan ilmu peperangan dan membalasi mereka yang melempari bom ke arah kita, dengan anak batu? Terrorist kah kita apabila menyatakan kebangkitan untuk menentang mereka yang zalim?

BASMILAH KEMISKINAN ANDA Bagaimanakah kita mampu untuk menjadikan diri ini ampuh di medan siaga untuk menghadapi musuh? Selalu kita dengar laungan supaya kemiskinan di basmi segera, di basmi ke akar umbi. Maka lahirlah pelbagai perancangan kerajaan. Ayuh, kita basmikan kemiskinan ini; Kemiskinan aqidah Lihatlah saban hari pelbagai akidah dan ajaran sesat yang timbul, kemudiannya di nisbahkan kepada Islam. Adakah kerajaan terus bertindak untuk menyekat kemasukan unsur dan akidah sesat di dalam masyarakat melayu yang telah lama mengaku menerima Islam? Tentunya tidak. Mereka akan bertindak sekiranya ia mengganggu ketenteraman dan boleh menggugat kerajaan yang
sedia ada atau ada cita-cita yang mahu menggulingkan kerajaan. Pada masa inilah mereka akan bertindak.

Renungkan firman Yang Esa : “ Adakah mereka yang (asalnya) mati (hatinya) lalu kami hidupkan ia, serta kami berikan untuknya cahaya (panduan) yang membolehkannya berjalan di kalangan manusia, sama seperti mereka yang berada dalam kegelapan tanpa ada jalan keluar? Demikianlah diperhiaskan (nampak elok ) golongan kafir terhadap apa yang mereka lakukan” -Al An’aam ayat 122

Kemunculan pelbagai aliran pemikiran semakin hari semakin menghakis pegangan umat Islam. Perang saraf bukan hanya dicanang di media massa bahkan menular ke alam maya. Sesawang yang menikam aqidah Islam dibiakkan dengan hebat. Jangan terkejut jika penulis katakan sudah ada di kalangan bekas pelajar Maahad Muhammadi Lelaki telah menjadi seorang atheist! Kemiskinan agama dan ilmu Yang dimaksudkan di sini ialah kurangnya kefaqihan mereka yang mempelajari ilmu agama itu sendiri. Mereka hanya mempelajari tanpa memahami atau menghayati intipati terhadap apa yang diperolehi. Oleh itu tidak hairanlah golongan yang semakin serius terlibat dalam gejala sosial sekarang ialah pelajar aliran agama atau latar belakang agama. Bayangkan mereka yang tidak mempelajari Islam seperti mereka ini! Pun begitu, tidak dinafikan ada yang bukan dari latar belakang agama, lebih ‘faqih’ dari pelajar agama. Sabda Rasulullah S.A.W: “Sesiapa yang Allah kehendaki berlaku kebaikan padanya, pasti Allah fahamkan ia tentang agama (Islam). Sesungguhnya daku hanya penyebar (ilmu dan agama) dan hanya Allah yang memberi (kefahaman)” -Riwayat Tirmizi Kemiskinan adab Alangkah kesiannya mereka yang hilang dan terkapai-kapai mencari adab dan kesopanan. Alangkah sendiriannya mereka yang hanyut di arus kebiadaban. Alangkah terbiarnya mereka kerana ketidaksopanan menguasai diri mereka. Alangkah terasingnya mereka yang mementingkan diri sendiri. Alangkah jeleknya mereka yang mengangkat diri sendiri, ego, dan takabbur.

Renungkan, alangkah indahnya ungkapan penyair: Bukanlah yatim itu kerana hilangnya ibu ayah Tapi yatim (yang hakiki) kerana hilangnya adab dan budi pekerti.

Kemiskinan harta Kemiskinan ini pasti diketahui umum dan bahagian kemiskinan inilah yang selalu diperjuang dan dilaungkan oleh pemimpin dan negarawan agar ia segera dihapuskan. Pelbagai perancangan dibuat, pelbagai program dirangka, pelbagai projek dah di laksanakan. Memang Nabi S.A.W juga pernah berdoa supaya beliau dihindarkan dari kefakiran, namun ia bukan prioriti Baginda!
Ingatlah kemiskinan aqidah adalah punca kepada segala kemiskinan yang timbul selepasnya. Ia bukan sahaja menyebabkan manusia hilang identiti di dunia bahkan akan membawa padah yang buruk di akhirat sana.

Khatimahnya, ingin saya petik kata-kata Dr Azwira bin Haji Abdul Aziz dalam buku beliau 15 Asas Jati Diri Muslim. Beliau mengupas tentang pengiktirafan Islam terhadap mereka yang ada angan-angan (atau imaginasi sebagaimana diistilahkan oleh Dr H.M Tuah Iskandar).

Cuma angan-angan yang bagaimana diakui oleh Islam itu? Lebih mudah kita teliti hadis di bawah: “Dunia itu dihuni oleh 4 jenis manusia; pertama, hamba yang diberi harta dn ilmu oleh Allah S.W.T lalu dia bertakwa kepada Allah dalam menguruskan harta tersebut, menjalinkan silaturrahim dan dia tahu hak Allah padanya; inilah kedudukan yang terbaik. Kedua, hamba yang diberi ilmu oleh Allah S.W.T tetapi tidak diberi harta lalu dia berniat baik seraya berkata” Sekiranya aku diberi harta akan ku lakukan seperti orang itu (perkara kebaikan). Ketiga , hamba yang diberi Allah S.W.T harta, tetapi tidak diberi ilmu lalu dia menguruskan hartanya tanpa ada takwa, tidak menjalin silaturrahim serta tidak tahu hak Allah pada harta tersebut, maka dia berada pada kedudukan paling rendah. Keempat, orang yang tidak diberi harta mahupun ilmu oleh Allah namun dia berkata: “Sekiranya aku ada harta nescaya aku perbuat sebagaimana orang itu berbuat (perkara buruk )”, maka; dengan sebab niat (angan-angan) buruknya dia mendapat dosa yang sama ” -Riwayat Tirmizi

Satu lagi hadis yang mungkin boleh kita semua renungi: “Sesiapa yang meninggal dalam keadaan dia tidak pernah berperang atau tidak pernah ada cita-cita (angan-angan) untuk menyertai peperangan (di jalan Allah) maka ia mati dalam keadaan berada pada satu cabang kemunafikan ” -Riwayat Muslim

Md Saiful Azuran Md Nawi
Kuliah Syariah Islamiah, tahun 3 Universiti Kaherah

Muat turun PDF Risalah Fajar Jumaat siri 351

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *