ADA APA DENGAN UKHUWAH??

Bismillahirrahmanirrahim.. Segala puji bagiNYa Tuhan sekalian alam, Allah s.w.t yang memiliki seluruh jiwa-jiwa yang ada, Dia jua pemilik cinta segala cinta. Selawat serta salam terhadap junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w, kerana kebesaran jiwanya, kemantapan hatinya risalah agama yang Allah s.w.t redhai telah berada dalam diri kita pada hari ini.

Ukhuwah itu jika kerana Allah bertemu tidak jemu ,berpisah tidak gelisah. Masakan tidak, jika bertemu sahaja umpama pasangan kekasih, berdating, bercinta, berkasih sayang, dan ia adalah semata-mata kerana Allah.

Erti pada ukhuwah itu ‛memberi’. Ya! Memberi, bukan kita meminta malah memberi, memberi segala-galanya yang dapat dikongsi, tidak kira sama ada wang ringgit, tenaga, masa dan jua kata-kata nasihat, ia adalah simbolik ‛memberi’.

Lapangkan hatimu! Ukhuwah itu juga persefahaman, juga tolak ansur. Apabila teman yang tersayang melukakan hatimu ,lapangkanlah hatimu, kerana dia tidak mengetahui. Kemungkinan dia tidak mengetahui apa yang dia lakukan, mungkin jua kerana desakan, mungkin jua atas bermacam –macam sebab lagi, jadi dikau yang lebih mengetahui perlu melapangkan dada dan jua bersangka baik. Tidak rugi jika dikau melapangkan hati dan dadamu, kerana di situ ada ketenangan. Tidak rugi dirimu beristighfar ,mendoakan temanmu itu kerana di situ tampak jiwa hambamu padaNya. Apa jua mengadu padaNya.

Allah s.w.t berfirman: “Orang-orang beriman (mukmin) itu sesungguhnya bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah,
supaya kamu mendapat rahmat.” ( Al-Hujurat : 10)

Dikau penyeru! Tugasmu hanya menyeru kebaikan, juga segala yang membawa hati-hati itu kejalan Allah s.w.t, jadi rasionallah dalam melaksanakannya, jika tak berjaya, tidak mengapa kerana dikau ada senjatamu, doa. Juga kerana bukan dikau yang menjadi pemilik hati-hati itu tapi Allah s.w.t, jadi sabarlah, serta kuatkan semangat atas segalanya kerana Allah s.w.t bersama kita.

Firman Allah s.w.t, maksudnya: Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang mungkar; mereka ialah orang-orang yang beruntung. ” [Ali Imran : 104]

Saling lengkap-melengkapi. Dalam apa jua keadaan, diriku dan dirimu teman adalah saling melengkapi. Apabila diriku tersasar dikau tarik kembali diriku ke jalan yang benar, apabila dirimu tersasar ,itulah jua perbuatanku. Temanku betapa diriku mengasihimu kerana Allah s.w.t, semoga ukhuwah yang dibina ini kekal hingga akhirnya. Sedikit yang bermanfaat lebih baik dari yang banyak tetapi melalaikan….

Maryam bt. Imran Kuliah Syariah Islamiah Universiti Al-azhar, Kaherah

Muat turun PDF Risalah Fajar Jumaat siri 396

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *