AKHLAK RASULULLAH S.A.W

Rasulullah s.a.w merupakan contoh tauladan dan idola untuk orang-orang beriman di dunia dan juga akhirat. Di dalam sejarah pada permulaan Islam, Muhammad terkenal dengan “AlAmin” oleh kaum musyrikin Quraisy kerana baginda bersikap amanah, jujur, dan bercakap benar. Orang-orang Eropah sendiri mengakui akhlak Rasulullah dari semua aspek kehidupan manusia. Bahkan orientalis sendiri mengakui kehebatan Nabi Muhammad tetapi mereka melakukan pengkhianatan terhadap risalah-risalah yang dibawa oleh baginda.

Pada zaman baginda, para sahabat sentiasa taat dan patuh kepada arahan baginda kerana mereka yakin terhadap agama Islam yang baginda s.a.w bawa. Rasulullah s.a.w adalah suami yang terbaik terhadap isteri-isterinya, baginda juga bijak mengatur strategi dalam peperangan. Rasulullah s.a.w adalah seorang yang peramah, penyayang, pemaaf dan suka membantu orang. Dalam sebuah hadis, daripada saidatina Aisyah r.a, beliau berkata : “Rasulullah s.a.w bukanlah orang yang bersikap keji dan bukan orang yang suka berbuat keji, dan bukan orang yang suka berbuat kecoh atau gaduh di pasar, serta bukan orang yang membalas kejahatan dengan kejahatan. Namun baginda adalah orang yang pemaaf dan pengampun”.

Dalam sebuah hadis yang lain, daripada saidatina Aisyah r.a, beliau berkata : “Rasulullah s.a.w tidak pernah sekalipun memukul sesuatu dengan tangannya, kecuali untuk jihad di jalan Allah s.w.t, dan baginda tidak pernah memukul pembantu atau khadam dan juga tidak pernah memukul wanita”. Dalam kitab ‘Syamail Muhammadiah’, banyak menceritakan tentang selokbelok peribadi Rasulullah s.a.w melalui hadishadis yang diriwayatkan oleh para sahabatnya dan isteri baginda. Antara contoh-contohnya adalah seperti berikut :

Pemakaian Rasulullah : -Rasulullah s.a.w memakai serban hitam yang menjulurkan antara kedua bahunya. -Rasulullah s.a.w pernah memakai cincin pada jemari tangan kanannya. -Usman Ibn Affan berkata : “Rasulullah memakai sarung sampai pertengahan kedua betisnya”.

Cara Pemakanan dan Minuman Rasulullah : -Apabila selesai daripada makan, baginda menjilat jari-jemari tangan kanannya.
-Rasulullah makan kurma dan roti dengan cara duduk bersila atau pun bertinggung. -Rasulullah s.a.w bersabda : “Sebaik-baik lauk adalah cuka”. -Baginda tidak pernah memenuhi perutnya sebelum kenyang. -Rasulullah sangat menyenangi sesuatu makanan yang manis dan suka akan madu. -Minuman yang paling disukai Rasulullah adalah minuman manis yang dingin. -Rasulullah s.a.w minum dalam keadaan duduk dan adakala baginda berdiri.

Konteks Ibadah Rasulullah : -Rasulullah mendirikan solat-solat sunat di waktu malam sehingga bengkak kedua belah kakinya. -Rasulullah sentiasa solat dhuha, pernah baginda menunaikan solat dhuha sebanyak 6 rakaat. -Baginda tidur dalam keadaan berbaring, sambil meletakkan telapak tangan kanan dibawah pipinya -Apabila berjalan, baginda condongkan dadanya kedepan,seakan turun dari lereng yang curam.

Adab Rasulullah terhadap para sahabatnya : -Rasulullah s.a.w mengulangi percakapannya sebanyak 3 kali agar dapat difahami. -Abdullah Ibn al-Harist r.a berkata : “Tiadalah ketawa Rasulullah kecuali tersenyum”. -Rasulullah tidak pernah menghalangi sahabatsahabatnya untuk masuk ke rumah baginda. -Sesungguhnya baginda tidak pernah menolak minyak wangi.

Sama-samalah kita mencontohi akhlak peribadi rasulullah s.a.w dalam menjalani kehidupan seharian agar mendapat keredhaan Ilahi.

Muhamad Norhisyam Bin Hazeman,

Kuliah Syariah Islamiah, Universiti Al-Azhar, Kaherah.

Muat turun PDF Risalah Fajar Jumaat siri 399

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *