SAY NO TO APRIL FOOL

1 April merupakan suatu tarikh yang dinanti-nantikan oleh puak Yahudi dan Kristian. Hari tersebut telah dinamakan April Fool (The April’s Fool Day). Bagi mereka April Fool merupakan hari kemenangan atas pembunuhan ribuan umat Islam di Sepanyol suatu ketika dahulu dan pada tarikh tersebut mereka dibolehkan untuk berbohong terhadap orang lain. Saban tahun mereka meraikannya dengan meriah sekali bersama keluarga dan teman-teman dengan cara mengenakan antara satu sama lain.

Mengimbau kembali sejarah wujudnya April Fool adalah tercetus daripada serangan tentera salib yang begitu kejam terhadap umat Islam. Pada ketika itu bukan hanya tenteratentera sahaja yang dibunuh, malah masyarakat awam, wanita-wanita, anak-anak kecil serta orang-orang tua turut ter korban. Satu demi satu daerah di Sepanyol ditakluk oleh tentera salib dan Granada adalah tempat terakhir yang ditakluk. Penduduk Islam di Sepanyol (orang Moor) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Mereka terus-terus menerus diburu oleh tentera salib tanpa belas kasihan kerana mengetahui masih ramai umat Islam di Granada pada ketika itu yang masih bersembunyi. Selepas itu, dengan lantang tentera salib berteriak mengatakan bahawa mereka dibenarkan keluar rumah dengan aman untuk belayar dengan membawa bersama barangan keperluan.

Orang-orang Islam pada mulanya masih curiga dengan tawaran yang diberikan akan tetapi sebahagian daripada mereka diizinkan untuk melihat sendiri kapal-kapal yang sudah disiapkan di pelabuhan. Setelah benar-benar meyakini hal tersebut, mereka segera bersiap untuk meninggalkan Granada. Keesokan harinya, ribuan mereka keluar dari rumah mereka ke tempat pelabuhan. Beberapa orang islam yang tidak mempercayai pasukan salib memilih untuk terus bersembunyi di rumah. Setelah ribuan umat Islam berkumpul di pelabuhan, tentera salib mula menggeledah rumah-rumah yang ditinggalkan. Tentera salib bertindak membakar rumah mereka yang masih bertahan bersembunyi di dalamnya.

Seterusnya, umat Islam yang lain terkandas di pelabuhan dan tergamam melihat tentera salib membakar kapal-kapal yang dikatakan untuk mengangkut mereka keluar dari Sepanyol. Ribuan mereka tidak mampu melakukan apa-apa kerana tidak mempunyai senjata. Dengan satu teriakan arahan dari pemimpin tentera tersebut, umat Islam akhirnya di bunuh tanpa belas kasihan. Jeritan, tangisan dan takbir memecah suasana saat itu. Mayat bergelimpangan di merata-rata tempat manakala laut yang biru bertukar menjadi merah percikan darah.Oleh itu, rentetan daripada peristiwa tersebut, mereka menyambutnya setiap tahun dengan keseronokan. Bagi umat Islam dulu hingga kini, April Fool merupakan tragedi yang sangat menyedihkan. Adalah sewajarnya kita selaku umat Islam tidak merayakan tradisi
ini. Bagi sesiapa dalam kalangan umat Islam yang meraikannya, seolah-olah ia meraikan ulang tahun pembunuhan kejam ribuan saudara mereka di Granada pada 5 abad yang silam.

Realiti hari ini khususnya golongan muda,masih lemah dan kurang mengkaji sejarah. Mereka menyambutnya tanpa mengetahui asal kejadian sesuatu peristiwa itu. Rasulullah telah bersabda yang bermaksud “Kamu akan mengikuti sunnah umat sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehinggakan jika mereka memasuki lubang biawak, nescaya kamu akan mengikuti mereka. Sahabat bertanya : Adakah mereka itu kaum Yahudi dan Nasrani, wahai Rasulullah? Sabda baginda: Ya, siapa lagi kalau bukan mereka?” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Kesimpulannya, marilah sama-sama kita hindari daripada menyambut perayaan Yahudi ini. Hal ini kerana, mereka sentiasa berusaha untuk memperbodoh-bodohkan umat Islam melalui pelbagai cara agar umat Islam terpedaya dengan apa yang dibawa oleh mereka. Janganlah kita menjadi sekutu mereka sebaliknya kita perlu menjadi duta kepada agama Allah ini.

SAY NO TO APRIL FOOL!

Maryam binti Imran

Kuliah Syariah Islamiah, Universiti Al-Azhar, Kaherah .

Muat turun PDF Risalah Fajar Jumaat siri 417

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *