5 Tip Menjaga Laptop Supaya Tahan Lama

Penjagaan laptop amat penting bagi memanjangkan jangka hayat laptop tersebut agar tahan selama yang mungkin. Penjagaan laptop dari segi perkakasan dalaman ataupun luaran memainkan peranan yang sangat besar untuk jangka masa yang panjang dalam memastikan ketahanan laptop terjaga.

Tip 1: Dapatkan Beg Laptop Yang Terbaik

Penjagaan laptop bermula dari bahagian perkakasan. Beg laptop yang baik mampu menjaga laptop daripada sebarang masalah ketika berada di dalam perjalanan. Jika beg anda terjatuh, pad pada beg laptop itu akan menjaga laptop anda daripada kerosakan pada fizikal ataupun pada cakera keras.

Cakera keras merupakan perkakasan yang sensitif kerana apabila ia terjatuh, jejari mekanikal yang terdapat pada cakera keras itu boleh rosak dan menyebabkan cakera keras tidak dapat berfungsi. Beg laptop yang terbaik mempunyai ruang poket yang banyak untuk tetikus, power adapter atau sebagainya dan juga pad lembut yang mampu melindungi keseluruhan fizikal laptop.

Tip 2: Jauhkan Cecair Daripada Laptop

Kemalangan air yang tertumpah ke atas laptop sering kali terjadi. Kita semua tahu barang-barang elektrik dan juga elektronik sensitif terhadap air. Kita perlu berhati-hati ketika kita sedang meminum air ataupun cara yang terbaik adalah dengan jauhkan cecair daripada laptop. Kalau tertumpah, cepat-cepat bersihkan dan keringkan cecair itu agar tiada perkara kesan buruk terjadi kepada laptop.

Tip 3: Bersihkan Laptop Secara Berkala

Kita mesti selalu membersihkan skrin laptop untuk melihat dengan lebih jelas. Kita juga boleh lakukan benda yang sama pada bahagian lain. Ambil kain yang bersih, basahkan sedikit pada kain tersebut dan bersihkan pada bahagian luar laptop daripada sebarang kotoran yang mungkin hadir daripada kulit kita ataupun dari luar. Kita juga boleh dapatkan satu tin compressed air dan semburkan pada bahagian-bahagian yang mudah untuk habuk berkumpul sebagai contoh pada bahagian papan kekunci, kipas dan juga gril udara laptop.

Tip 4: Menjaga Bateri Laptop

Bateri laptop adalah nyawa dan juga jiwa laptop, tertutama sekali bagi mereka yang selalu melancong sama ada untuk perniagaan atau percutian. Ketika berada di dalam kapal terbang, bas ataupun kereta, kita tidak boleh menggunakan power adapter kerana tiada sumber kuasa yang disediakan. Jadi kita perlu menjaga agar ianya bertahan lama.
Jangan selalu overcharge atau terlebih cas kerana ia akan memudaratkan jangka hayat bateri. Setelah bateri penuh, segera tanggalkan power adapter. Hanya cas bateri laptop anda ketika bateri laptop anda lemah. Dengan ini kita akan dapat dapat beberapa jam ekstra untuk menggunakan laptop. Dengan penjagaan yang baik, bateri laptop akan taham lebih lama.

Tip 5: Membersihkan Kipas Dan ‘Heatsink’

Kipas dan heatsink merupakan antara sistem penyejukan utama untuk menyejukkan laptop. Oleh kerana processor dan graphic chipset mengeluarkan haba panas bila laptop ‘on’, laptop wajib disejukkan. Kebiasaan berlaku pada kipas dinding di rumah, lama kelamaan kipas menjadi hitam kerana habuk terperangkap pada bilah kipas. Begitu juga dengan kipas laptop . Apabila habuk semakin banyak berkumpul, ia akan menutup dan menghalang laluan angin dan udara panas dari laptop tak dapat keluar.

Udara panas yang berkumpul dalam laptop akan menyebabkan kerosakan pada komponen elektronik motherboard. Kerosakan motherboard rosak, kos pembaikian memang tinggi. Bagi mengelakkannya, anda mesti buat servis berkala untuk mencuci habuk yang terperangkap dalam laptop terutamanya di bahagian kipas dan heatsink.

Akhir kalam, marilah sama-sama kita menjaga laptop masing-masing berdasarkan tip-tip yang telah kami kongsikan kepada anda.

Muhammad Fahmi bin Abdul Aziz,
Kuliah Syariah Islamiah, Universiti Al-Azhar.

Muat turun PDF Risalah Multimedia siri 30

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *