FACEBOOK: HACK DAN VIRUS?

Adakah “akaun facebook” anda pernah menjadi sasaran hacker atau mangsa virus? Anda terkesan akibat dituduh dengan sindiket penipuan? Resah akaun facebook anda berkongsi video tidak senonoh tanpa pengetahuan anda? Kami yakin ada di antara kita pernah mengalaminya. Bagaimana ia boleh berlaku? Apakah itu hack dan virus sebenarnya?

DEFINISI :

1. HACK Hack atau godam merupakan tindakan orang lain untuk menguasai akaun facebook seseorang bagi tujuan tertentu. Contohnya apabila akaun facebook anda secara tiba-tiba tidak boleh diakses,lalu anda mendapati terdapat aktiviti yang mencurigakan seperti aktiviti jual-beli, pinjaman wang, sindiket penipuan dan sebagainya. Setelah diamati akan aktiviti itu, ternyata ia sebenarnya telah digodam.

2. VIRUS SPAM Virus Spam adalah aktiviti yang dilakukan oleh bot atau robot dengan mesin script tertentu yang bertujuan untuk menghubungi atau mengundang orang kerap melalui aplikasi ataupun kandungan tertentu. Spam mampu menyerang melalui kebanyakan media internet seperti email dan website. Bahkan turut melalui media sosial seperti facebook.

Virus facebook merupakan salah satu virus berbahaya yang menjangkiti sistem sewaktu membuka laman jaringan sosial. Ketika anda memasuki komputer, virus ini membantu hacker untuk menggodam akaun facebook anda dan menyebarkan beberapa virus ke kenalan anda. Selain itu, Virus ini juga biasanya digunakan untuk mencuri informasi penting dari komputer, jadi jelaslah sekiranya anda boleh kehilangan data perbankan anda, password dan informasi penting ketika menghadapi ancaman ini. Secara terang, virus facebook adalah program berbahaya direkacipta untuk tujuan buruk.

Virus spam terdiri daripada pelbagai jenis virus. Antaranya Clickjacking, Sharebaiting, Self-XSS, dan banyak lagi. Secara umumnya, aktiviti virus atau spam tersebut adalah berbeza-beza mengikut jenis virus, namun masing-masing saling memberi keburukan, merugikan dan mengganggu jika akaun anda telah dijangkiti.

a) VIRUS CLICKJACKING :
Virus Clickjacking mempunyai teknik atau cara kerja berbahaya yang bertujuan untuk menipu pengakses website agar mengklik sesuatu objek atau kandungan yang dilihat menarik untuk dikunjungi sehingga anda mengkliknya.

b) VIRUS SHAREBAITING :
Manakala virus Sharebaiting merupakan serangan sosial-engineering yang mendatangkan keuntungan kepada si penipu (scammer) melalui perkongsian kandungan. Kebiasaannya perkongsian kandungan ini berlaku di laman atau premis palsu dari bug (kesalahan program atau keralatan) yang telah digodam aturan facebooknya.

c) VIRUS SELF-XSS :
Virus Self-XSS adalah sebuah kombinasi virus dari rangkaian sosial yang menyerang di browser internet.
Berbicara mengenai virus, mutakhir ini sejenis virus yang sering muncul dan kerap menyerang kembali di halaman feed facebook. Virus ini dikatakan akan berkongsi kandungan video yang menarik perhatian pengguna sehingga menjadikan seseorang itu mahu mengkliknya.
Jika anda mengklik kandungan video yang ada di facebook tersebut, secara automatik akaun facebook anda akan terus dijangkiti. Bahkan ada juga di kalangan pengguna facebook yang turut terkesan dengan virus ini apabila terklik link video tersebut tanpa sengaja. Akibatnya, akaun facebook anda akan menyebar dan mengirimkan kandungan tersebut secara automatik tanpa kita sedari. Penyebaran secara automatik biasanya berlaku di wall group atau fanspage di mana anda menjadi ahli kumpulan facebook tersebut.
Anda risau menjadi mangsa hacker dan virus-virus ini? Jadi, apakah penyelesaian untuk mengatasinya? Nantikan Risalah Multimedia yang seterusnya.

Wan Abdul Aziz bin Wan Adnan
Unit Multimedia,
Lajnah Penerbitan, Keluarga Pelajar-pelajar Kelantan Mesir 2015/2016

Muat turun PDF Risalah Multimedia siri 17

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *