Jenis Adobe dan Fungsinya

Jika kita mendengar nama Adobe pasti sudah terbayang dalam minda kita, apakah itu Adobe? Adobe merupakan perusahaan perisian dalam bidang video, animasi, grafik dan pembangunan web. Perusahaan ini merupakan salah satu perusahaan terbesar dalam dunia perisian. Adobe berpusat di San Jose, California, AS pada tahun 1982 dengan pelbagai produk unggulan di antaranya Flash, Photoshop dan Acrobat. Adobe telah berkembang pesat dalam beberapa tahun terakhir baik dari segi penjualan mahupun jumlah pengguna. Perisian ini yang sangat terkenal dan sering digunakan hampir semua laptop, komputer dan gajet tidak mengira umur dan jantina. Untuk lebih jelas, jom sama-sama kita pelajari beberapa produk daripada Adobe yang sering digunakan beserta fungsi yang ringkas di bawah ini.

1. Adobe Photoshop

Produk Adobe yang terkenal di antaranya adalah Photoshop yang merupakan salah satu aplikasi untuk mengedit gambar. Photoshop adalah market leader terbaik untuk mengedit gambar. Terdapat banyak versi daripada Photoshop yang boleh kita gunakan buat masa kini dan versi terkini adalah Adobe Photoshop CC 2017. Menggunakan aplikasi ini memang sangat membantu fotografi dan juga perusahaan pengiklanan untuk membuat hasil menjadi lebih sempurna dan profesional.

2. Adobe InDesign

InDesign berfungsi melakukan tugas percetakan seperti majalah, buku, pamflet dan percetakan yang lain. Halaman dalamannya yang sangat canggih dan tersusun membantu pereka grafik untuk menyusun teks serta gambar yang terdapat dalam cetakan tersebut. Ketebalan cetakan tersebut tidak menyulitkan pereka grafik kerana semua halaman boleh dilihat hanya dengan satu dokumen sahaja.

3. Adobe Dreamweaver

Dreamweaver merupakan program yang sering digunakan untuk membuat halaman web. Sebelum ini, kita sering menggunakan Macromedia Dreamweaver keluaran Macromedia namun sekarang kita boleh menggunakan Adobe Dreamweaver kerana Macromedia sudah dibeli oleh Adobe. Versi terakhir dari Dreamweaver yang bisa kita gunakan adalah Adobe Dreamweaver CS6.

4. Adobe Illustrator

Perisian ini membantu pereka grafik dalam pembuatan ilustrasi seperti vektor dan logo. Hasilnya tetap jelas apabila dibesarkan merupakan kelebihan perisian ini berbanding Adobe Photoshop. Namun, dua perisian ini saling memerlukan untuk mengeluarkan hasil grafik yang terbaik.

5. Adobe Reader

Adobe Reader ini terkenal dalam kalangan pembaca, oleh kerana fungsinya adalah untuk membaca dokumen dalam bentuk Portable Document Format atau lebih dikenali PDF. Keistimewaan yang terdapat pada adobe ini adalah perkongsian dokumen elektronik di peringkat global. Penampilan Adobe Reader yang ringkas, ringan dan cepat dalam penggunaanya membuatkan ramai yang suka.

6. Adobe Premiere Pro

Untuk membuat video dengan mudah, anda boleh menggunakan Adobe Premiere Pro CC 2017. Produk daripada Adobe ini merupakan program untuk membuat video yang boleh digunakan pada platform Windows dan Max OS untuk versi CC. Untuk menggunakan program ini, anda boleh memilih beberapa bahasa yang disediakan di antaranya Bahasa Inggeris, Bahasa Jerman, Bahasa Jepun, Bahasa Sepanyol, Bahasa Itali dan juga Bahasa Perancis.

7. Adobe After Effects

Adobe After Effects adalah salah satu software compositing yang popular dan telah digunakan secara meluas dalam pembuatan video, multimedia, filem dan web. After Effects diguna pakai dalam penambahan kesan khususnya seperti kesan petir, hujan, salji, ledakan bom dan kesan khusus yang lain. After Effects telah membantu para perfileman Hollywood dalam menghasilkan filem-filem dengan kesan khusus yang lebih menarik.
Ada kesamaan interface antara After Effects dengan keluarga Adobe yang lain seperti Photoshop memberikan kemudahan dalam penggunaannya. Integrasi After Effects jika digandingkan dengan Photoshop, Illustrator dan Premiere akan menghasilkan karya gempak yang sebelumnya sulit dibayangkan untuk dibuat. Pada versi terbarunya, After Effects CC 2017. Pelbagai ciri yang lebih memudahkan bagi para profesional dalam menghasilkan kesan khusus yang inovatif dalam masa yang terbatas.
Akhirnya, dengan menggunakan beberapa produk dari Adobe tersebut, kita jauh lebih mudah dalam menyelesaikan pekerjaan, bukan hanya produk di atas sahaja yang boleh kita gunakan, namun masih banyak produk Adobe selainnya yang sangat bermanfaat bagi kita. Jadi, gunakan manfaat yang ada sebaiknya.

Aina Qistina binti Rohaimi
Kuliah Syariah Islamiah, Universiti al-Azhar, Kaherah

Rujukan: Indonesian IT Online Store (Dimensidata.com)

Muat turunĀ PDF Risalah Multimedia siri 20

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *