KAMERA (DSLR): PENGGUNAAN YANG BETUL

Dunia fotografi sudah semakin rancak dalam kalangan pelbagai usia tidak kira muda atau tua dan berkembang pesatnya pemasaran kamera digital atau smartphone di seluruh dunia. Tidak hairan saat ini memang banyak smartphone yang menawarkan kamera yang canggih dengan hasil gambar yang menakjubkan sehinggakan menjadi kegilaan remaja kini.

Walaubagaimanapun kebanyakkan masyarakat kita tidak tahu dengan lebih lanjut fungsi kamera terutama kamera DSLR. Kebanyakkan hanya menggunakan mode auto mudah dan cepat, bahkan jika mahir menggunakkan mode manual. Saya rasa ia lebih berbaloi dan mendapat kepuasan untuk menghasilkan gambar menarik.

Sebelum saya terangkan sedikit tentang kamera yang berbekalkan ilmu yang cetek ini, saya kongsikan beberapa maklumat berkaitan ISO, APERTURE dan SHUTTER SPEED.

APE ITU ISO ATAU ASA?
ISO dimaksudkan dengan sensitiviti kamera terhadap cahaya. Setiap kamera mempunyai “BASE ISO” yang biasa jumlah ISO terendah dari sensor kamera dapat menghasilkan kualiti gambar yang baik. Contoh iso yang terbaik pada waktu cahaya yang terang seperti petang memerlukan ISO sebanyak 100 atau 200 (base ISO) jika ISO tinggi yang digunakan akan menghasilkan gambar yang terdapat kesan bintik-bintik (noise).

Selain itu, ISO perlu kita tinggikan ketika menggunakan pada waktu malam atau indoor yang memerlukan cahaya yang lebih tanpa cahaya tambahan seperti (flashlight) maka perlu kita tinggikan ISO untuk dapatkan gambar yang lebih berkualiti. Kebanyakkan para fotografi lebih sukakan ISO yg lebih rendah bagi mengelakkan gambar menjadi noise.

APERTURE
Fungsi aperture ini adalah bukaan diafragma pada lensa kamera. Kebiasaan nilai aperture ini menggunakan simbol (f/) misalnya f/4, f/11 dan paling rendah f/1.4. Baik sekarang akan menjadi pertanyaan anda apakah erti huruf F/ dan angka belakang itu? Angka huruf belakang F adalah nilai dari bukaan lensa atau diafragma pada lensa. Semakin besar angka di belakang F/ semakin kecil lensa atau diafragma.
Contoh yang paling senang untuk difaham tentang aperture ini kita boleh tengok gambar jenis BOKEH (blur di belakang) yang menfokuskan subjek gambar atau lebih senang sesuatu benda yang kita nak fokuskan. Selalunya para photografer menggunakan lensa potrait utk dapatkan gambar bokeh yang lebih jelas dan fokus kepada subjek sahaja. Semakin kecil aperture akan menghasilkan blur yang lebih kuat lagi.

Orang bertanya jika menggunakan aperture besar untuk menfokuskan kepada sesuatu objek dibolehkan atau tidak? Jawab saya terpulang kepada kreativiti seseorang tetapi kalau dalam gambar yang ramai orang ia lebih sesuai menggunakan aperture yang lebih tinggi .

SHUTTER SPEED
Pengaturan shutter speed bergantung kepada cahaya keadaan objek. Jika cahaya terang maka shutter speed yang lebih cepat lebih utama bagi menghindari terjadinya over exposure atau mengelakkan gambar menjadi blur. Sedangkan jika keadaan cahaya objek kurang maka shutter speed lambat yang menjadi jalan keluar untuk mendapatkan cahaya pada objek. Ini lebih tertumpu kepada waktu malam atau indoor sahaja kerana cahaya yang kurang.

Shutter speed juga sangat penting untuk menangkap pergerakkan sesuatu objek gambar dan shutter speed juga berkait rapat dengan aperture dan iso kerana antara 3 elemen ini memainkan peranan yang besar dalam menghasilkan gambar yang lebih berkualiti.
Akhir kata, dalil daripada al-Quran yang bermaksud “Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan (pada) pertukaran malam dan siang, dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia,demikian juga (pada) air hujan yang allah turunkan dari langit lalu allah hidupkan dengaannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya,serta ia biakkan padanya dari berbagai jenis binatang, demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk(kepada kuasa allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi, sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikkan keesaan allah kekuasaanNya, kebijaksaanNya dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakkan akal fikiran” (al-Baqarah :164)

Kesimpulannya, setiap gambar memberi erti kepada kita apatah lagi setiap peristiwa yang berlaku dalam hidup kita. Andai gambar memberi inspirasi kepada kita insyaallah ia membawa kenangan pada masa kelak.

Mohammad Rakin bin Ismail @ Ramli,
Kuliah Syariah Islamiah, Universiti al-Azhar, Kaherah

Muat turun PDF Risalah Multimedia siri 25

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *