MINGGU KEMAHIRAN (EXPERT ’19)

KAHERAH, 4 & 5 OGOS 2019 – Minggu Kemahiran (EXPERT ’19) merupakan program anjuran Keluarga Pelajar-pelajar Kelantan Mesir 2018/2019 bertemakan “Mengasah Bakat Membina Kemahiran” yang telah diadakan di Surau Wisma Sultan Muhammad V dan Dewan Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra, Wisma Tengku Mahkota Kelantan bermula pada 4 Ogos dan 5 Ogos 2019.

Program EXPERT ’19 dianjurkan sebagai salah satu usaha untuk menambah pengetahuan, kemahiran ahli berkaitan dengan bidang soft skills, memupuk minat dalam bidang soft skill . Selain itu, program ini juga bertujuan untuk mengeratkan ukhuwah sesama ahli serta individu luar, mencari dan membina pelapis yang beerkualiti.

Di samping itu, program yang diadakan selama dua hari ini terdapat pelbagai bengkel dan  pengisian penting bagi mahasiswa Mesir terutamanya ahli KPKM. Program ini bermula pada 7.30 pagi dengan bengkel Fotografi pada slot yang pertama dan bengkel Audio dan Video sehingga 12.00 tengahari beserta solat zohor berjemaah.

Program ini diteruskan lagi dengan Bengkel Adobe Premiere Pro bermula pada jam 1.00 petang dengan pengenalan Adobe Premiere Pro & Basic Tool selama 2 jam, berhenti selama 30 minit untuk menunaikan solat asar secara berjemaah. Bengkel ini kembali diteruskan dengan slot latihan yang dipandu melalui beberapa pemudahcara atau mentor yang berpengalaman selama 2 jam setengah dan berakhir dengan minum petang. Kedua-dua bengkel berlangsung di surau Wisma Sultan Muhammad V.

Majlis perasmian telah dirasmikan oleh YDP KPKM 2018/2019, Ustaz Muhammad Asrol Hasnan Bin Md Zin yang mana menjadi lebih istimewa dan bermakna kerana diserikan lagi dengan gimik. Majlis berlangsung sesudah tamat pengajian Tafaqquh Fi Din.

Hari terakhir progam berlangsungnya Bengkel Vokasional bertempat di Wisma Sultan Muhammad V yang mana bermula pada pukul 8:00 pagi dengan slot pembentangan kertas kerja selama 1jam 30 minit dan diakhiri dengan slot praktikal selama 2 jam dengan bantuan mentor-mentor yang berpengalman.

Pada masa yang sama telah berlangsungnya Bengkel Penulisan bertempat di dewan Wisma Tengku Fa-iz Petra Kelantan bermula pada jam 8.00 pagi dengan slot asas, format dan peraturan umum penulisan sehingga jam 10.00 pagi dan diteruskan dengan slot seterusnya iaitu slot penulisan laporan, artikel dan cerpen berakhir pada jam 11.30 pagi.

Program diteruskan lagi dengan bengkel yang terakhir iaitu Bengkel Adobe Photoshop bermual tepat pada jam 1.30 petang yang dimulai dengan slot pengenalan Adobe Photoshop & Basic tool selama 2jam setengah, berhenti selama setengan jam untuk memberi ruang kepada peserta untuk solat asar berjemaah dan makan yang disediakan pogram. Bengkel ini diteruskan lagi dengan slot seterusnya adalah slot Bedah Karya, Teknik Design Berkesan dan Latihan bermula pada jam 4.30  selam 2 jam berakhir seketika pada 6.30 petang. Bengkel berhenti selam 1 jam bagi memberi ruang kepada peserta menunaikan solat maghrib secara berjemaah dan minum petang. Seusai rehat dan solat bengkel diteruskan dengan slot seterusnya iaitu slot Komentar dan Kalam Karyawan selama 1 jam setengah bermula tepat pada jam 7.30 berakhir pada jam 9.00 malam.

Mudah-mudahan pencapaian objektif utama program ini dianjurkan, iaitu untuk menambah pengetahuan dan meningkatkan kemahiran ahli berkaitan dengan bidang soft skills, dan memupuk minat ahli dalam bidang soft skills. Seterusnya, mencari dan membina pelapis yang berkualiti bagi meneruskan kelangsungan tenaga mahir ahli KPKM yang silih berganti sebagai badan yang berkebajikan yang mana ahlinya berkebolehan dalam setiap aspek kemahiran yang  mampu berdikari dan membantu anak-anak Kelantan di bumi Mesir. Semoga melalui pelaksanaan program ini juga ukhuwah sesama ahli KPKM dapat dikukuhkan lagi bagi merealisasikan usul yang telah disepakati di dalam Muktamar Sanawi KPKM kali ke-23 pada tempoh hari.

 

Disediakan oleh :
Muhammad ‘Ammar bin Zamzuri
Setiausaha Minggu Kemahiran (EXPERT ’19)
Keluarga Pelajar-pelajar Kelantan Mesir 2018/2019

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *