MEDIA 2020

KAHERAH, 9 & 10 FEBRUARI – MEDIA 2020 anjuran Keluarga Pelajar-pelajar Kelantan Mesir 2019/2020 yang bertemakan “Penerbitan Merealisasi Dakwah Komprehensif” telah diadakan pada 9 dan 10 Februari bertempat di Wisma Sultan Muhammad V dan Wisma Tengku Mahkota Kelantan. Program ini ialah hasil gabungan tiga siri bengkel kemahiran yang berlainan iaitu bengkel Adobe Photoshop, Penulisan dan bengkel Adobe Premiere Pro.

Pada 9 Februari, MEDIA siri pertama iaitu Bengkel Adobe Photoshop telah diadakan di Wisma Sultan Muhammad V. Para peserta mendapat pengisian daripada dua pengisi pada bengkel tersebut, iaitu Ustaz Muhammad Nazhif bin Mohd Razif dan Ustaz Wan Abdul Aziz bin Wan Adnan dengan slot pengenalan Adobe Photoshop dan slot bedah karya, teknik design dan latihan masing-masing. Para pengisi kemudiannya bergabung dislot ketiga iaitu slot komentar terhadap latihan yang dilakukan oleh para peserta dan kalam karyawan setelah memberi ruang kepada semua yang terlibat untuk solat zohor dan makan tengahari. Program berakhir setelah majlis penyampaian hadiah kepada pengisi serta peserta terbaik ikhwah dan akhawat pada jam 3.45 petang.

Manakala pada waktu yang sama telah berlangsungnya siri kedua iaitu Bengkel Penulisan yang bertempat di  dewan Wisma Tengku Fa-iz Petra Kelantan yang bermula dengan taklimat program oleh pengarah MEDIA 2020 pada jam 7.30 pagi seterusnya slot pertama pembentangan kertas kerja selama 2 jam yang disampaikan oleh Ustaz Abdullah bin Hussin dan slot kedua iaitu bengkel penulisan laporan, artikel dan cerpen yang disampaikan oleh Dr. Amirul Azmeer bin Asmadi sebagai pengisi slot tersebut. Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada pengisi serta peserta terbaik ikhwah dan akhawat.

Hari kedua diteruskan lagi dengan siri ketiga iaitu Bengkel Adobe Premiere Pro bermula pada jam 7.45 pagi dengan ucapan pengarah program diikuti dengan slot pertama iaitu pengenalan Adobe Premiere Pro dan Basic Tool berlangsung selama 2 jam dan berhenti rehat selama 15 minit sebelum diteruskan kepada slot seterusnya iaitu latihan dan komentar selama 1 jam 15 min dan 30 min masing-masing. Program berakhir pada jam 12.30 tengahari dengan sambutan yang memberangsangkan daripada kalangan ahli yang terdiri daripada ahli KPKM dan BKAN Taakhi.

Semoga objektif utama program ini dianjurkan iaitu untuk mengembangkan daya kritis dan kreatif mahasiswa Islam disamping mencari dan membina pelapis baru dalam meningkatkan kualiti gerak kerja dapat dicapai. Semoga dengan pelaksanaan program ini juga dapat menyuntik kesedaran dan kepentingan media dalam medan dakwah serta menatijahkan ukhuwah islamiah yang kukuh dalam kalangan ahli.

 

Disediakan oleh:
Muhammad Asyiq bin Amran
Setiausaha MEDIA 2020,
Lajnah Penerbitan,
Keluarga Pelajar-pelajar Kelantan Mesir 2019/2020

1 Comment

  • Great content! Super high-quality! Keep it up! 🙂

    Reply
  • Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *