LAPORAN PERJUMPAAN BERSAMA PEGAWAI

KAHERAH, 6 Jun 2021 – Pimpinan Keluarga Pelajar-pelajar Kelantan Mesir 2020/2021 yang diketuai oleh Ustaz Muhammad Adam bin Mohd Rasul, Yang Dipertua KPKM 2020/2021 telah mengadakan perjumpaan bersama Ustaz Khairul Anuar bin Ismail, Pegawai Kebajikan Pelajar Kelantan Timur Tengah bertempat di kediaman beliau, Wisma Tengku Mahkota Kelantan. Perjumpaan tersebut turut dihadiri oleh Ustaz Sayyidi Muizzuddin bin Mohamad Sabri, Anggota Lembaga Penasihat KPKM 2020/2021.

Antara perkara yang dibincangkan pada pertemuan kali ini ialah berkaitan pendidikan serta perkembangan tahap kesihatan anak-anak Kelantan di bumi Mesir.

Turut dibincangkan berkenaan teknikal terkini penyerahan bangunan yang baru dibeli di Shoubra dan penyelarasan maklumat berkenaan kehadiran pelajar baru USMB ke bumi Mesir yang dijangkakan akan tiba di Mesir tidak lama lagi.

Keluarga Pelajar-pelajar Kelantan Mesir mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pegawai Kebajikan Pelajar Kelantan Timur Tengah yang sentiasa mengambil berat tentang kebajikan pelajar di sini.

Semoga dengan hasil perjumpaan secara berkala ini dapat membentuk persefahaman dan kerjasama yang  baik antara pegawai dan pimpinan dalam memastikan agenda kebajikan mahasiswa Kelantan Mesir terus dijalankan seterusnya dapat menyusun perancangan yang lebih kompeten lagi untuk masa yang akan datang.

سيروا على بركة الله.

“Belajar dan Beramal”
“Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan”
#BersamaBersatu
#KeluargaIniWarisanBersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *