SEMINAR PERADABAN KERAJAAN NEGERI KELANTAN DI TIMUR TENGAH 2022 (SPEKTRUM ’22)

SEMINAR PERADABAN KERAJAAN NEGERI KELANTAN DI TIMUR TENGAH 2022 (SPEKTRUM ‘22)

KAHERAH, 14, 15 & 16 OGOS 2022 – Keluarga Pelajar-pelajar Kelantan Mesir 2021/2022 telah menganjurkan program Seminar Peradaban Kerajaan Negeri Kelantan Di Timur Tengah 2022 (SPEKTRUM ‘22) dengan kerjasama Pejabat Pegawai Kebajikan Pelajar Kelantan Timur Tengah bertemakan “KPKM Diungguli, Kelantan Diterajui, Islam Didokongi” bertempat di Dewan Jewel’s Sport City, Zahra’, Wisma Sultan Muhammad V & Kompleks Dataran Hayyu Asyir.

Program SPEKTRUM’ 22 adalah salah satu usaha untuk melahirkan anak-anak Kelantan yang memahami visi dan misi yang dibawa oleh Kerajaan Negeri Kelantan serta memberi pendedahan tentang isu dan persediaan semasa sebagai pelapis dan pendakwah di tanah air sekaligus memberi pendedahan kepada mahasiswi tentang peranan wanita muslimah dalam mengharungi arus kemodenan semasa. Selain itu, program ini juga menerapkan Dasar Pendidikan Rabbani Kelantan kepada mahasiswa di samping mengeratkan hubungan antara pimpinan kerajaan negeri bersama mahasiswa di Timur Tengah. Turut bersama dalam SPEKTRUM kali ini ialah mahasiswa Kelantan daripada Jordan, Madinah dan Morocco yang menyertai secara hybrid (online).

Antara pengisian menarik yang diadakan di bawah SPEKTRUM ‘22:

  1. Slot Pertama: Pewaris Kerajaan Negeri yang Rabbani dan Muthaqqaf
    Oleh: YB Dato’ Dr Mohamed Fadzli bin Dato’ Haji Hassan, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Kerajaan Negeri Kelantan
  2. Slot Perasmian SPEKTRUM ‘22
    Oleh: YAB Dato’ Bentara Kanan Ustaz Dato’ Haji Ahmad bin Yakob, Menteri Besar Kelantan
  3. Slot Kedua: Forum “Yalla Bena”
    Oleh: – Ustaz Mohd Kamal bin Mohamed, Timbalan Pengarah Urus Setia Belia dan Sukan (UBeS)
    – Ustazah Hafizah binti Abdullah, Pengetua Maahad Pengajian Islam
  4. Slot Ketiga: Bersama Mentadbir Kerajaan Persekutuan dengan Muafakat Ummah
    Oleh: YB Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusof, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
  5. Slot Keempat: Taklimat bersama Yayasan Kelantan Darul Naim (YAKIN)
    Oleh:     – YABrs. Encik Shamsul bin Abu Bakar, Pengarah Yayasan Kelantan Darul Naim (YAKIN)
    – YBrs. Encik Roasfanizam bin Din, Timbalan Ketua Penolong Pengarah Yayasan Kelantan Darul Naim (YAKIN)
  6. Slot Kelima: Peranan Mahasiswa dalam Memahami Pencapaian Kerajaan Negeri Kelantan dan Kewajipan Para Agamawan dan Duat dalam Membangun Kerajaan Islam
    Oleh: Ustaz Mohd Asri bin Mat Daud, Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan
  7. Slot Keenam: Kerajaan dan Idealis Mahasiswa
    Oleh: Ustaz Haji Zulkifli bin Mamat, Pegawai Tugas Khas Menteri Besar Kelantan

Keseluruhan slot ini berlangsung dengan jayanya selama dua hari iaitu pada 14 & 15 Ogos 2022. Ahli KPKM yang mengikuti program ini juga tidak melepaskan peluang untuk berada bersama pimpinan bagi mengambil info dan maklumat penting daripada wakil kerajaan negeri serta menyambut baik sesi dua hala antara pimpinan dan ahli.

Program SPEKTRUM ’22 dirasmikan oleh YAB Dato’ Bentara Kanan Ustaz Dato’ Haji Ahmad bin Yakob, Menteri Besar Kelantan sekaligus menyempurnakan gimik perasmian program.

Pada pagi 16 Ogos 2022, Aktiviti gotong royong sembelihan dan lapahan dimulakan bagi merealisasikan majlis jamuan rakyat yang diadakan pada hari tersebut. Sembelihan ini telah disempurnakan oleh YBrs. Ustaz Mohd Asri bin Mat Daud, Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan. Jamuan bermula pada waktu asar di surau Wisma Sultan Muhammad V.

Pada sebelah malam pula, SPEKTRUM ‘22 diteruskan dengan Majlis Ramah Mesra bersama delegasi kerajaan negeri iaitu YAB Dato’ Bentara Kanan Ustaz Dato’ Haji Ahmad bin Yakob, YB Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusof, YB Dato’ Dr Haji Mohamed Fadzli bin Haji Hassan, TYT Zamani bin Ismail, YBrs Ustaz Mohd Asri bin Mat Daud dan YBrs Haji Zulkifli bin Mamat. Majlis ini bukan sekadar menghimpunkan anak Kelantan bahkan juga daripada negeri-negeri lain yang berada di Mesir.

Akhir sekali, mudah-mudahan dengan adanya program dan aktiviti sebegini dapat memberi pencerahan berkaitan kerajaan negeri kepada mahasiswa yang bakal pulang berkhidmat di tanah air seterusnya menjadi medan latihan sebelum masuk ke dalam masyarakat. Pihak KPKM mengucapkan sekalung penghargaan kepada YAB Dato’ Bentara Kanan Ustaz Dato’ Haji Ahmad bin Yakob, Menteri Besar Kelantan serta delegasi rombongan atas kesudian merasmi dan menjayakan program SPEKTRUM ‘22. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada seluruh penggerak dan ahli yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.

 

“KPKM Diungguli, Kelantan Diterajui, Islam Didokongi”

Disediakan oleh:

Asmaa’ Sasabila binti Mohd Rohadi
Setiausaha Kerja 2,
Seminar Peradaban Kerajaan Negeri Kelantan Di Timur Tengah 2022 (SPEKTRUM ’22),
Keluarga Pelajar-pelajar Kelantan Mesir 2021/2022

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *