Author: ekpkm

RISALAH KESIHATAN SIRI 112 – DEHIDRASI, BAHAYA ATAU TIDAK?

DEHIDRASI, BAHAYA ATAU TIDAK?

Dehidrasi bermaksud badan seseorang itu mengalami lebih banyak kehilangan cecair berbanding cecair masuk ke dalam badan. Apabila jumlah normal cecair yang terdapat di dalam badan berkurang, ia akan menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan mineral seperti gula, garam dan elektrolit di dalam badan. Hal ini akan mengakibatkan fungsi di dalam badan seseorang itu akan terganggu.

Dalam badan manusia yang sihat mengandungi 2/3 cecair. Cecair itu berfungsi sebagai pelincir untuk sendi-sendi dan juga mata. Ia juga membantu proses pencernaan makanan, membuang bahan-bahan buangan dan toksin, dan memastikan kulit berada dalam keadaaan yang sihat.

Terdapat dua jenis bagi dehidrasi, iaitu dehidrasi yang ringandan juga teruk.

Antara ciriciri dehidrasi ringan ialah:

– Rasa dahaga yang luar biasa.

– Pening kepala.

– Bibir kering.

– Letih.

– Air kencing berwarna gelap dan berbau kuat.

– Kekerapan membuang air kecil berkurang dari kebiasaan.

Ciriciri dehidrasi yang teruk ialah:

– Kulit dan membran mukus merekah seperti mulut, tekak, hidung, kelopak mata dan telinga.

– Pernafasan laju.

– Lesu.

– Mengalami tekanan darah rendah.

– Degupan jantung laju

– Tidak sedarkan diri atau delirium.

Justeru itu, fungsi di dalam badan akan mula terganggu walaupun hanya kehilangan sedikit cecair dari jumlah yang diperlukan.

Apa yang menyebabkan berlakunya dehidrasi?

Kebiasaannya dehidrasi berlaku disebabkan oleh kurang meminum air dan ini akan menyebabkan badan tidak dapatmenggantikan cecair yang hilang di dalam badan. Selain itu, dehidrasi juga berlaku disebabkan suhu yang tinggi, jumlah aktiviti fizikal yang dilakukan, lebih-lebih lagi dalam keadaancuaca yang panas. Selain itu, cara pemakanan juga boleh menyebabkan berlakunya dehidrasi. Seterusnya, ia juga bolehberlaku disebabkan oleh penyakit seperti kerap muntah dan cirit-birit ataupun berpeluh kerana demam.

Apakah perkara yang perlu dilakukan untuk mengelakkan badan daripada dehidrasi?

– Minum air yang banyak seperti air mineral atau jus buah.

– Makan makanan yang mengandungi kandungan air yang banyak seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.

– Tidak terdedah di bawah terik cahaya matahari dalam waktuyang lama.

– Kurangkan aktiviti di luar rumah apabila cuaca panas.

Kesimpulannya adalah, dehidrasi bahaya atau tidak?, jawapannya adalah bahaya. Hal ini kerana dehidrasi boleh mengakibatkan heat injury, masalah buah pinggang dan pembuangan air kecil, hypovolemic shock dan sawan. Jika berlaku dehidrasi yang terlampau serius, ianya boleh membawa maut.

Kesan-kesan dehidrasi:

Heat injury: Heat injury boleh dikenalpasti melaluisimptom-simptom ringan seperti kekejangan otot, kelesuanbadan sehingga ianya boleh menyebabkan strok haba dan meninggal dunia.

– Masalah buah pinggang dan pembuangan air kecil: Dehidrasi dalam kadar waktu yang lama boleh mengakibatkan jangkitan pada salur kencing, pembentukan batu karang dalam buah pinggang dan kegagalan buah pinggang.

– Sawan: Ketidakseimbangan elektrolit di dalam badan akan menyebabkan kekejangan otot di luar kawalan, sawan dan tidak sedarkan diri.

Hypovolemic shock: Ini adalah komplikasi dehidrasi yang paling serius dan boleh membawa maut. Ia berlaku apabila isipadu darah di dalam badan seseorang rendah dan menyebabkan tekanan darah juga rendah yang akan menyebabkan kekurangan oksigen dalam badan.

Bagaimana cara untuk merawat dehidrasi?

Dehidrasi ringan boleh dirawat di rumah hanya dengan hanyameminum air dalam kuantiti yang banyak atau mendapatkan oral rehydration salt (ORS) daripada farmasi yang berdekatan. Untuk pengetahuan semua, kita juga boleh membuat minuman ORS dengan menggunakan bahan-bahan yang terdapat di rumah seperti setengah sudu kecil garam, 6 sudu kecil gula dan 1 liter air minum kemudian campur kesemua bahan-bahan tersebut dan kacau sehingga sebati.

Jika berlaku dehidrasi yang teruk dan serius, anda perlumendapatkan rawatan di klinik ataupun hospital berdekatan.

Akhir kata, seeloknya kita perlu menjaga kesihatan diri dan sentiasa peka dengan tanda-tanda dehidrasi sama ada ianyaringan mahupun teruk. Amalkan beberapa penjagaan sepertiminum segelas air selepas bangun daripada tidur, membawa botol air ke mana sahaja anda pergi dan makan buah-buahan yang mengandungi air yang banyak contohnya tembikai, strawberi, nenas dan mangga kerana mencegah itu lebih baik daripada merawat.

Nuru Qurratil Ain binti Hamdan,

Kuliah Perubatan Tahun 4,

Universiti Al-Azhar.

Muat turun PDF RISALAH KESIHATAN SIRI 112 – DEHIDRASI, BAHAYA ATAU TIDAK?

RISALAH FAJAR JUMAAT SIRI 501 – SUDAHKAH KITA BERSYUKUR

Sudahkah Kita Bersyukur?

Jika ditanya seberapa banyak nikmat yang telah kita peroleh setiap detik, minit, jam dan hari, maka jawabnya sebagai hamba yang lemah, kita sesekali tidak akan mampu untuk menghitung nikmat yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada kita.  Sebaliknya, kita sering sahaja mengeluh, lupa untuk bersyukur dan berasa apa yang kita inginkan belum dipenuhi oleh Allah dan Dia tidak berlaku adil kepada kita.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak dapat menghitung jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar maha pengampun lagi maha penyayang.” (Surah an-Nahl: 18)

“Alhamdulillah” merupakan satu ungkapan ringkas sebagai tanda dan bukti kesyukuran kita kepada Allah SWT terhadap nikmat dan rezeki yang dikurniakan oleh-Nya. Tahukah kalian bahawa sifat syukur berada pada martabat tertinggi kerana tidak ramai yang mampu mencapai tahap syukur ini. Allah mengingatkan kita dalam firmanNya:

{ قُلۡ هُوَ ٱلَّذِیۤ أَنشَأَكُمۡ وَجَعَلَ لَكُمُ ٱلسَّمۡعَ وَٱلۡأَبۡصَـٰرَ وَٱلۡأَفۡـِٔدَةَۚ قَلِيلاࣰ مَّاتَشۡكُرُونَ }

Maksudnya: Katakanlah wahai Muhammad “Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.”[Surah al-Mulk: 23]

Ibnu Kathir dalam tafsirnya menyebutkan: Sedikit sekali ketiga-tiga nikmat ini iaitu penglihatan, pendengaran dan hati digunakan untuk melaksanakan ketaatan, melaksanakan perintah dan menjauhi larangan Allah SWT sebagai tanda bersyukur. Begitu juga di dalam kitab Hilyatul Auliya’ ada menyebutkan:

كل نعمة لا تقرب من الله عز وجل، فهي بلية

Maksudnya:Setiap nikmat yang tidak digunakan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT itu hanyalah musibah.”

Justeru, menjadi kewajipan bagi setiap hamba untuk bersyukur atas segala nikmat yang dikurniakan sama ada nikmat pendengaran, penglihatan mahupun hati agar kita sentiasa taat serta menjauhi dosa dan maksiat. Bersyukur juga adalah dengan cara menzahirkan kesan nikmat melalui lidah, hati dan anggota badan. Lidah memuji, hati mengiktiraf dan anggota badan bertindak mengikut apa yang diredhai-Nya.

Bertitik tolak pada itu, diantara cara-cara kita bersyukur ialah dengan:

1. Sentiasa memuji Allah atas nikmat yang dianugerahkan

Firman Allah SWT:

{ وَأَمَّا بِنِعْمَةِ رَبِّكَ فَحَدِّثْ }

Maksudnya:Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.” (Surah ad-Dhuha:11)

Imam al-Qurtubi dalam mentafsirkan ayat ini berkata: “Sebarkanlah apa yang Allah SWT kurniakan kepada kamu dengan perasaan syukur dan pujian kepada Allah. Menyebut-nyebut pelbagai nikmat Allah dan mengiktiraf nikmat tersebut adalah satu bentuk kesyukuran.”

Nikmat yang dianugerahkan kepada kita bukan untuk disebut-sebut dengan penuh rasa bangga, tetapi sebagai tanda kesyukuran kita kepada Allah kerana Dia telah mengurniakan nikmat tersebut.

2. Melakukan amal soleh

Sebagai bukti rasa kesyukuran, kita juga diperintahkan untuk melakukan amal soleh. Firman Allah SWT:

{ اعْمَلُوا آلَ دَاوُودَ شُكْرًا ۚ وَقَلِيلٌ مِنْ عِبَادِيَ الشَّكُور }

Maksudnya:Beramallah kamu wahai keluarga Daud untuk bersyukur (kepada Allah). Dan sedikit sekali dari hamba-hambaKu yang bersyukur.” (Surah Saba’: 13)

Ibn Kathir berkata: Kami katakan kepada mereka:  “Beramal lah kamu sebagai tanda bersyukur atas segala nikmat yang diberikan kepada kamu dalam agama dan dunia. Syukur itu boleh dilakukan dengan perbuatan serta perkataan dan niat.”

3. Menunaikan solat malam

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Aisyah RA, Nabi SAW solat (malam) sehingga pecah kedua kaki Baginda. Lalu beliau bertanya kepada Baginda SAW: “Kenapa engkau lakukan ini, hai Rasulullah? Bukankah Allah SWT telah mengampunkan dosamu yang telah lalu dan akan datang? Lalu Baginda SAW menjawab:

يَا عَائِشَةُ أَفَلاَ أَكُونُ عَبْدًا شَكُورًا

Maksudnya: “Wahai Aisyah, Apakah salah aku menjadi hambaNya yang bersyukur.” (HR Bukhari)

Oleh itu sahabat, marilah kita mengintrospeksi diri masing-masing. Setiap hari, adakah kita lebih banyak bersyukur atau mengeluh? Kita buktikan rasa syukur dengan melakukan amal solih atau dengan sering melakukan maksiat? Tepuk dada tanya iman.

Sahabatku, sentiasalah bersyukur walaupun terasa susahnya perjalanan hidup dengan segala beban yang tergalas dibahu. Jangan hanya melihat kehidupan orang  yang lebih daripada kita. Tetapi, lihatlah kehidupan orang di bawah dan kurang berbanding kita. Orang-orang yang serba kekurangan, orang yang mungkin fiziknya tampak kurang sempurna, atau mereka yang hidup sendirian. Berkeluh kesah hanya akan membuatkan kita tidak bersyukur kepada Allah.

Maka perbanyakkan rasa syukur, setidak-tidaknya kita masih dikurniakan nikmat oleh Allah. Sejujurnya, bukan bahagia yang menjadikan kita bersyukur, tetapi dengan bersyukur akan menjadikan hidup kita bahagia. Jadi, bersyukurlah!

Sumber rujukan:

– Al-Quran

– Hadis Bukhari

– Madarij as-Salikin

– Hilyatul Auliya’

– Al-Jami’ li Ahkamil Quran

Siti Zulaikha binti Abdullah,

Kuliah Bahasa Arab,

Universiti Al-Azhar Kaherah, Mesir.

 

Muat turun PDF RISALAH FAJAR JUMAAT SIRI 501 – SUDAHKAH KITA BERSYUKUR

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2023 (LEBARAN ‘23)

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2023 (LEBARAN ‘23)

KAHERAH, 20 APRIL 2023 – Keluarga Pelajar-pelajar Kelantan Mesir 2022/2023 dengan kerjasama Pejabat Pegawai Kebajikan Pelajar Kelantan Timur Tengah telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2023 (LEBARAN ‘23) yang bertempat di Wisma Sultan Muhammad V. Majlis ini dianjurkan bagi meraikan seluruh anak-anak Kelantan yang berada di bumi Mesir sekaligus merapatkan ukhuwah menerusi aktiviti yang diadakan.

Pada 20 April 2023 bersamaan 30 Ramadan 1444H, program dimulakan dengan solat sunat tasbih secara berjemaah yang diimamkan oleh Ustaz Muhammad Atiqullah bin Ahmad dan Ustaz Ahmad Syuraih Fiqhi bin Mohd Saa’ufi. Setelah itu, program diteruskan dengan Takbir Raya. Kemudian diakhiri dengan slot Perutusan Hari Raya Aidilfitri yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Haizat bin Mohd Rashid, selaku Yang Dipertua, Keluarga Pelajar-pelajar Kelantan Mesir 2022/2023.

Keesokkannya, iaitu pada 21 April 2023 bersamaan dengan 1 Syawal 1444H, ahli KPKM beramai-ramai telah menunaikan solat sunat Hari Raya Aidilfitri yang bertempat di Masjid Musa Nusair, Hayyu Sabiek. Sejurus selepas solat sunat Aidilfitri, diadakan pula Majlis Musalsal Aidilfitri yang disampaikan oleh Sheikh Muhammad Ali Al-Azhari yang bertempat di Surau Wisma Sultan Muhammad V. Kemudian diakhiri dengan slot Riang Ria Raya bersama ahli KPKM, dengan menjemput beberapa wakil dari kalangan ikhwah dan akhawat serta mutazawwijin bagi memberi sedikit ucapan tentang perasaan dan cara sambutan hari raya di Mesir.

Pada sebelah malam, telah diadakan aktiviti gotong-royong lapahan dan merewang di Wisma Sultan Muhammad V yang dihadiri oleh ahli KPKM untuk persediaan Jamuan Hari Raya pada esok hari.

Pada hari ketiga, iaitu pada 22 April bersamaan dengan 2 Syawal 1444H, telah berlangsung Majlis Perasmian Program dan Forum Hari Raya Aidilfitri. Majlis bermula dengan slot Forum: Secangkir Kopi Raya yang disampaikan oleh dua orang panel, Ustaz Mohamad Lukman bin Mat Daud dan Ustazah Nurnasihah binti Shahril , serta moderator, Ustaz Muhamad ‘Abid Safiy bin Mohd Shani. Kemudian majlis ditangguhkan sebentar bagi memberi laluan kepada ahli untuk menunaikan solat zohor secara berjemaah.

Seterusnya, majlis diteruskan dengan slot Perasmian Program yang dipengerusikan oleh Ustaz . Majlis dimulakan dengan alunan nasyid Asmaul Husna dan bacaan ayat-ayat suci al-Quran oleh Ustaz Mohamad. Majlis diteruskan dengan mendengar ucapan ringkas daripada Ustaz Ahmad Syuraih Fiqhi bin Mohd Saa’ufi selaku pengarah LEBARAN ’23, seterusnya ucapan perasmian yang disampaikan oleh Ustaz Che Khairuleffendi bin Che Kamaruzaman, Pegawai Kebajikan Pelajar Kelantan Timur Tengah selaku perasmi program sekaligus merasmikan LEBARAN ’23 dengan penyempurnaan gimik program. Setelah itu, majlis diteruskan dengan Jamuan Hari Raya diselangi dengan ucapan raya ahli, persembahan nasyid dan dikir barat. Kemudian majlis ditangguhkan sebentar bagi memberi laluan kepada ahli untuk menunaikan solat zohor secara berjemaah.

Seterusnya, majlis diteruskan dengan slot Gegey Gegok Rayo Anok Klate. Slot ini dimulakan dengan cabutan bertuah, kemudian diikuti dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang yang terlibat dengan pertandingan yang dianjurkan oleh program. Selepas itu, aktiviti diteruskan dengan pembahagian duit raya kepada cucu-cucu KPKM dan tayangan video program. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar dan menunaikan solat maghrib secara berjemaah.

Semoga majlis ini dapat mengeratkan lagi ukhuwah antara ahli KPKM dan diberkati oleh Allah SWT. Tidak dilupakan, sekalung penghargaan dan tahniah diucapkan kepada AJK pelaksana program yang telah bertungkus lumus bagi menjayakan program ini serta ahli KPKM yang turut sama mengambil bahagian memeriahkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri(LEBARAN ’23) pada tahun ini. Moga Allah Taala mengampunkan segala dosa kita serta menerima segala amal soleh dan kebajikan kita.

“Syawal Dinanti, Ukhuwah Ditauti”

 Disediakan oleh:

Maryam Husna Rabbani binti Mazlan

Timbalan Setiausaha Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2023(LEBARAN ’23),

Keluarga Pelajar-pelajar Kelantan Mesir 2022/2023 dengan Kerjasama Pejabat Pegawai Kebajikan Pelajar-pelajar Kelantan Timur Tengah

MINI BAZAR RAMADAN 2023 (JUADAH ’23)

MINI BAZAR RAMADAN 2023 (JUADAH ’23)

KAHERAH, 9 HINGGA 13 APRIL 2023 – Telah berlangsung Mini Bazar Ramadan 2023 (JUADAH ’23) anjuran Lajnah Ekonomi, Keluarga Pelajar-pelajar Kelantan Mesir 2022/2023 bertempat di Wisma Sultan Muhammad V.
Sebanyak 5 gerai telah dibuka pada program bazar ini yang melibatkan:
1. Gerai KPKM
2. Gerai Souq Klate
3. Gerai Pokdey
4. Dapur Gorgon
5. Badawi Gerai
Semua gerai ini telah menyajikan pelbagai jenis menu juadah yang menarik dan telah mendapat sambutan hangat daripada seluruh pelanggan yang berkunjung ke JUADAH ’23 pada kali ini. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Mini Bazar Ramadan 2023 (JUADAH ’23) pada kali ini.
“Kekuatan Ekonomi Pemacu Kemantapan Organisasi”
Disediakan oleh,
Setiausaha Lajnah Ekonomi,
Keluarga Pelajar-pelajar Kelantan Mesir 2022/2023

IHYA TARBAWI RAMADAN 2023 (IHTIRAM ’23)

IHYA TARBAWI RAMADAN 2023 (IHTIRAM ’23)

KAHERAH, MAC & APRIL 2023 – IHYA TARBAWI RAMADAN 2023 (IHTIRAM ’23) anjuran Lajnah Dakwah dan Tarbiah, Keluarga Pelajar-pelajar Kelantan Mesir 2022/2023 dengan Kerjasama Pejabat Pegawai Kebajikan Pelajar Kelantan Timur Tengah bertemakan “Madrasah Ramadan, Tarbiah Daripada Tuhan” yang diadakan di Wisma Sultan Muhammad V, Wisma Tengku Mahkota Kelantan dan kediaman ahli masing-masing.

Program IHTIRAM ’23 pada kali ini bermula pada 1 Ramadan sehingga 30 Ramadan 1444 Hijrah bersamaan 23 Mac sehingga 20 April 2023 Masihi. Program ini bertujuan untuk menghidupkan bulan Ramadan dengan pengisian yang bermanfaat, memberi kefahaman yang sebenar berkaitan konsep ibadah, melahirkan modal insan yang kuat dari sudut rohani, jasmani, emosi dan intelek, serta mengukuhkan ukhuwah islamiah dalam kalangan ahli dan BKAN Taakhi. Objektif utama program IHTIRAM ’23 dianjurkan adalah bagi menghidupkan bulan Ramadan dengan pengisian-pengisian yang bermanfaat.

Majlis Perasmian IHTIRAM ’23 didahulukan sebagai acara pembuka tirai IHTIRAM ’23 yang berlangsung pada 22 Mac 2023 yang bertempat di Surau Wisma Sultan Muhammad V. Majlis perasmian IHTIRAM ’23 dimulakan dengan ucapan aluan yang telah disampaikan oleh Ustaz Ahmad Syuraih Fiqhi bin Mohd Saa’ufi, Pengarah Ihya Tarbawi Ramadan 2023 (IHTIRAM ’23). Majlis juga telah dirasmikan oleh Ustaz Hanifulfuad bin Hussin, Pegawai Latihan Yayasan Amanah Tok Kenali (YTK) Negeri Kelantan. Seterusnya majlis diteruskan lagi dengan tadarus al-Quran juzuk 1 secara beramai-ramai selepas solat Maghrib kemudian diteruskan dengan Solat Isyak dan Solat Tarawih berjemaah. Majlis diserikan lagi dengan tazkirah tarawih yang disampaikan oleh Ustaz Che Muhammad Zulfattah bin Che Zulkifli, Ketua Lajnah Dakwah dan Tarbiah KPKM 2022/2023 merangkap Ex-Officio IHTIRAM ’23. Majlis bersurai dengan moreh jamaie.

Program IHTIRAM ’23 dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti yang dijalankan secara rutin harian, mingguan dan aktiviti-aktiviti khas sempena bulan Ramadan. Antara aktiviti harian yang telah dilaksanakan ialah pengisian tazkirah tarawih, tadarus al-Quran, solat sunat tarawih secara berjemaah di Wisma Sultan Muhammad V dan Wisma Tengku Mahkota Kelantan dengan diserikan lagi jemputan imam Shoubra setiap malam Jumaat.

Seterusnya, pihak IHTIRAM’23 telah melaksanakan aktiviti secara mingguan seperti qiamullail, sahur beramai-ramai, tukaran juadah antara ahli dan dimeriahkan lagi dengan kuiz spontan yang dilontarkan selepas kuliah subuh setiap hari Jumaat. Selain itu, pihak program turut mengatur aktiviti-aktiviti ziarah rumah negeri ke rumah sewa di sekitar Kaherah. Di samping itu, pihak program membuka peluang kepada mahasiswi KPKM untuk menunaikan solat tarawih di masjid-masjid pilihan di sekitar Kaherah. Penyertaan aktiviti ziarah masjid dibuka seramai 39 orang. Masjid terpilih yang dikunjungi ialah Masjid Hasan El-Syarbatly dan Masjid Amru Al-As.

Kemudian, didatangkan juga Program Muhadharah Nuzul Quran dan Iftar Maan bersama BKAN Taakhi Zon B yang dianjurkan oleh BKAN Taakhi Zon B dengan kerjasama Pejabat Pegawai Kebajikan Pelajar Kelantan Timur Tengah di Surau Wisma Sultan Muhammad V. Majlis dimulakan dengan alunan qasidah dan kemudian Muhadharah Nuzul Quran yang disampaikan oleh al-Fadhil Prof. Dr. Sheikh Atiyah Lasyin, Pensyarah Fiqh dan Ahli Lembaga Fatwa Universiti Al-Azhar. Setelah itu, majlis diserikan lagi dengan ucapan yang disampaikan oleh Ustaz Che Khairuleffendi bin Che Kamaruzzaman, Pegawai Kebajikan Pelajar Kelantan Timur Tengah.

Kemudian diakhiri dengan Majlis Berbuka Puasa Bersama BKAN Taakhi (Iftar Ma’an) bersama Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM) dan Dewan Perwakilan (MAQAZ) Shoubra dengan menjemput sekitar 600 orang ahli KPKM serta BKAN Taakhi.

Pada 10 Ramadan yang terakhir, aktiviti-aktiviti program IHTIRAM ’23 digandakan dengan melaksanakan qiamullail secara harian dan sahur secara berjemaah pada setiap malam-malam ganjil. Pada tanggal 20 April 2023, program IHTIRAM ’23 melabuhkan tirai program tahunan ini dengan mengadakan Majlis Perasmian Penutup berserta Iftar Jamaie Anak-anak Kelantan. Majlis Khatam Al-Quran juga berjaya dilakukan pada 29 Ramadan 1444H bertempat di Surau Wisma Sultan Muhammad V. Seterusnya majlis memberi ruang kepada ahli untuk membuat persiapan Hari Raya Aidilfitri untuk menghias dan mendekorasi kawasan-kawasan wisma.

Semoga aktiviti-aktiviti Ihya Tarbawi Ramadan 2023 (IHTIRAM ’23) di bawah Lajnah Dakwah dan Tarbiah KPKM ini dapat melahirkan modal insan yang hebat dari sudut rohani, jasmani, emosi dan intelektual serta dapat menjadikan program ini sebagai lubuk pahala pada bulan Ramadan.

“Madrasah Ramadan, Tarbiah Daripada Tuhan”

Disediakan oleh:

Maryam Husna Rabbani binti Mazlan

Setiausaha Ihya’ Tarbawi Ramadan 2023 (IHTIRAM ’23),

Lajnah Dakwah dan Tarbiah

Keluarga Pelajar-pelajar Kelantan Mesir 2022/2023 dengan kerjasama Pejabat Pegawai Kebajikan Pelajar Kelantan Timur Tengah

MINGGU HISBAH 2023 (HIKMAH ’23)

MINGGU HISBAH 2023 (HIKMAH ’23)

KAHERAH, 10 HINGGA 18 MAC 2023 – Telah berlangsung program Minggu Hisbah 2023 (HIKMAH ’23) anjuran Unit Hisbah dan Unit Bait Muslim di bawah Jabatan Yang Dipertua, Keluarga Pelajar-pelajar Kelantan Mesir 2022/2023 yang bertemakan “Amar Makruf Nahi Mungkar Kewajipan Bersama”.
Antara aktiviti menarik yang telah diadakan sepanjang program adalah:
1. Kuliah Subuh serta perasmian Minggu Hisbah 2023 (HIKMAH ’23) yang disampaikan oleh Ustaz Abdul Wafi bin Ralib, Penyelaras Utama, Majlis Gabungan Badan Kebajikan Anak Negeri sesi 2022 yang bertajuk: “Amar Makruf Nahi Mungkar Sunnah Yang Dilupakan”.
2. Turut diadakan slot penerangan berkaitan Minggu Hisbah 2023 (HIKMAH ’23) yang disampaikan oleh Ustaz Syarafi Syauqi bin Mohd Noor Sani, Pengarah Minggu Hisbah 2023 (HIKMAH ’23), Jabatan Yang Dipertua KPKM 2022/2023. Penerangan yang diadakan untuk menerangkan kepada ahli berkaitan perjalanan Minggu Hisbah 2023 (HIKMAH ’23) serta aktiviti yang akan dijalankan sepanjang program.

3. Pembentangan slot Titik Kelemahan Manusia yang dibentangkan oleh Ustaz Mohamad Yusran Azim bin Mohd Berkuri dan Ustaz Syarafi Syauqi bin Mohd Noor Sani. Seterusnya slot diteruskan dengan praktikal waja diri yang dibawa oleh beberapa orang mentor dari kalangan ikhwah dan akhawat.

4. Majlis diteruskan lagi dengan slot Bicara Hisbah dan UBM yang dibentangkan oleh Ustaz Mohd Taufiq bin Mohd Hamdan dan Ustaz Ahmad Rusydi bin Rozali tentang etika dan permasalahan yang berlaku di bawah unit Hisbah dan Bait Muslim.
5. Akhir sekali, majlis Perasmian Penutup yang dirasmikan oleh Ustaz Ahmad Amjad Fawwaz bin Ahmad Jazman, Koordinator Kebajikan, Majlis Gabungan Badan Kebajikan Anak Negeri (MG BKAN) sesi 2022.
Semoga para mahasiswa dan mahasiswi dapat memanfaatkan ilmu yang dipelajari sepanjang program ini diadakan. Sekalung penghargaan diucapkan kepada seluruh penggerak program HIKMAH ’23 yang telah bertungkus lumus demi menjayakan prgoram ini.

“Amar Makruf Nahi Mungkar Kewajipan Bersama”

Disediakan oleh,

Setiausaha Minggu Hisbah 2023 (HIKMAH ’23),

Jabatan Yang Dipertua,

Keluarga Pelajar-pelajar Kelantan Mesir 2022/2023

BENGKEL EKSPLORASI KEMAHIRAN 2023 (EXPLORE ’23)

BENGKEL EKSPLORASI KEMAHIRAN 2023 (EXPLORE ’23)

KAHERAH, 12, 13 & 14 Mac 2023 – Sekitar suasana Bengkel Eksplorasi Kemahiran 2023 (EXPLORE ’23) anjuran BKAN Taakhi Zon B dengan kerjasama Pejabat Atase Pendidikan Kelantan Mesir yang bertemakan “Explore New Skills, Develop New Wills” dan bertempat di Wisma Sultan Muhammad V dan Wisma Tengku Mahkota Kelantan selama 3 hari iaitu pada 12, 13 dan 14 Mac 2023.
Antara beberapa bengkel yang telah diadakan adalah:
1. Bengkel Penulisan bertempat di Dewan Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra, Wisma Tengku Mahkota Kelantan yang telah disampaikan oleh Ustaz Syed Mohammad A’tif bin Syed Ali, Fasilitator KPKM 2022/2023 bagi slot pertama dan Ustazah Nur Farahana binti Mohd Azhar, Ketua Biro Penerbitan KPKM 2022/2023 bagi slot kedua.
2. Bengkel Adobe Photoshop bertempat di Surau Wisma Sultan Muhammad V yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Asyiq bin Amran, Ketua Unit Fotografi, Audio dan Video, Jabatan Timbalan Setiausaha Agung KPKM 2022/2023.
3. Bengkel Adobe Premiere Pro bertempat di Dewan Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra, Wisma Tengku Mahkota Kelantan yang telah disampaikan oleh Ustaz Ahmad Nashruddin Wafri bin Norhisam, Pengarah Kelab Karyawan Islam (KERIS), Lajnah Penerbitan KPKM 2022/2023.
4. Bengkel Vokasional bertempat di Surau Wisma Sultan Muhammad V yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Aqli Hakimi bin Zulkipli, AJK Penasihat BKPPPM 2022/2023.
5. Bengkel Fotografi bertempat di Surau Wisma Sultan Muhammad V, yang telah disampaikan oleh Ustaz Muhammad Ikmal bin Rakeman, Ketua Mentor Grafik dan Visual, Kelab Karyawan Islam, Lajnah Penerbitan KPKM 2022/2023 bagi slot pertama dan Ustaz Muhammad Farhan bin Fadzil, Ketua Unit Kebudayaan Islam, Lajnah Kebudayaan Kesenian dan Sukan KPKM 2022/2023 selaku pengisi bagi slot kedua iaitu Bengkel Audio dan Video.
Kemudian program diteruskan dengan Majlis Perasmian Penutup EXPLORE ’23 yang dimulakan dengan ucapan aluan Pengarah EXPLORE ’23, Ustaz Abdul Habib bin Sabirin, Ketua Lajnah Penerbitan KPKM 2022/2023. Majlis juga dirasmikan oleh Ustaz Zafri Najmi bin Dzulkifli, Pengerusi DPM (MAQAZ) Shoubra sesi 22/23.
Seterusnya, majlis dimeriahkan lagi dengan penyampaian hadiah peserta terbaik setiap bengkel dan gimik penyampaian sijil kepada wakil peserta. Akhir sekali sesi bergambar bersama-sama BKAN Taakhi Zon B dan bersurai. Semoga semua peserta mendapat pengalaman dan kemahiran baharu sepanjang menghadiri bengkel tersebut sekaligus dapat sama-sama mengeratkan hubungan ukhuwah islamiah sesama BKAN Taakhi Zon B.
“Explore New Skills, Develop New Wills”
Disediakan oleh,
Setiausaha Bengkel Eksplorasi Kemahiran 2023 (EXPLORE ’23),
BKAN Taakhi Zon B dengan kerjasama Pejabat Atase Pendidikan Kelantan Mesir

EKSPEDISI SINAI 2023 (TOUR ’23)

EKSPEDISI SINAI 2023 (TOUR ’23)

SINAI & DAHAB, 12, 13 & 14 FEBRUARI 2023 – Sekitar suasana program Ekspedisi Sinai 2023 (TOUR ’23) anjuran Lajnah Kebudayaan, Kesenian dan Sukan, Keluarga Pelajar-pelajar Kelantan Mesir 2022/2023. Program jaulah ini bermula dengan slot pendaftaran pada pukul 12.30 pagi. Peserta mula bertolak pada pukul 2.30 pagi dan telah tiba di Nokhtah Hasanah pada pukul 4.30 pagi. Kemudian, program diteruskan dengan taklimat perasmian ringkas yang disempurnakan oleh Ustaz Muhammad Khairul Amri bin Mohd Nasir, Setiausaha Agung KPKM 2022/2023, seterusnya disambung dengan aktiviti melawat Kubu Bar Lev di muhafazah Sinai. Sekitar pukul 3.00 petang, peserta TOUR ’23 telah melawat makam Nabi Soleh AS, makam Nabi Harun AS dan ukiran lembu Samiri.

 

 

 

 

 

 

 

Kemudian, pada waktu Maghrib, para peserta telah check in ke tempat penginapan Abu Saleem Garden dan diikuti dengan aktiviti pengisian yang disampaikan oleh Ustaz Hamdan bin Ariffin, Aktivis KPKM 2022/2023 dan makan malam bersama unggun api di sana. Para peserta telah memulakan pendakian seawal pukul 2.00 pagi dan telah berjaya tiba di puncak Gunung Sinai tepat ketika matahari terbit. Di sana juga terletaknya ruang khalwat Nabi Musa AS bersama Allah SWT.

Seterusnya, para peserta telah sampai ke Hotel Octopus di kawasan persiaran Dahab sekitar waktu Asar. Kemudian, program diteruskan dengan aktiviti bebas membeli belah di Pasar Dahab, aktiviti pengisian santai dan jamuan Barbeque. Program TOUR ’23 diteruskan dengan aktiviti ATV Quad Bike di sekitar pantai Dahab dan kawasan bukit-bukau. Kemudian, para peserta telah check out daripada Hotel Octopus selepas waktu Zohor dan memulakan perjalanan pulang ke Kaherah.

Terima kasih diucapkan kepada semua peserta dan penggerak Ekspedisi Sinai 2023 (TOUR ’23). Semoga semua peserta beroleh manfaat di samping menambah thaqafah dan pengetahuan sepanjang jaulah ini sekaligus dapat mengeratkan ukhuwah islamiah sesama kita.
Disediakan oleh,
Setiausaha Ekspedisi Sinai 2023 (TOUR ’23),
Lajnah Kebudayaan, Kesenian dan Sukan,
Keluarga Pelajar-pelajar Kelantan Mesir 2022/2023

KELAS TUTORIAL KPKM FASA 1

KELAS TUTORIAL KPKM FASA 1

KAHERAH, DISEMBER 2022 – Sekitar suasana Kelas Tutorial KPKM yang diadakan sempena imtihan fasa 1 bagi sesi pengajian 2022/2023 pada Januari ini. Kelas tutorial ini mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada mahasiswa dan mahasiswi KPKM bagi menjayakan setiap aktiviti yang disusun oleh Unit Pendidikan di bawah Jabatan Timbalan Yang Dipertua KPKM 2022/2023.
Semoga usaha kecil yang dilakukan bersama akan meraih pertolongan dan keberkatan daripada Allah SWT seiring dengan kempen pendidikan yang dibawakan pada kali ini iaitu “Jom Najah Bersama”.

HIMPUNAN AKTIVIS KPKM SIRI 1 2022/2023 (HAK SIRI 1 22/23)

HIMPUNAN AKTIVIS KPKM SIRI 1 2022/2023 (HAK SIRI 1 22/23)

KAHERAH, 7 DISEMBER 2022 – Keluarga Pelajar-pelajar Kelantan Mesir 2022/2023 telah mengadakan program Himpunan Aktivis KPKM Siri 1 2022/2023 yang bertemakan “Aktivis Tonggak Pemantapan Kesatuan” dan bertempat di Surau Wisma Sultan Muhammad V. Program HAK adalah salah satu usaha Unit Perancang di bawah Jabatan Timbalan Yang Dipertua KPKM 2022/2023 bagi melahirkan pelapis dalam bidang kepimpinan sekaligus membina keperibadian aktivis yang berkaliber dalam gerak kerja.

Antara objektif program HAK kali ini diadakan adalah bagi melahirkan pelapis kepimpinan yang mantap mengikut landasan syarak sekaligus dapat memperkasa kualiti aktivis demi meningkatkan keunggulan dan kemantapan gerak kerja. Selain itu, memastikan aktivis menjayakan usul dan pembawaan KPKM bagi sesi ini. Dengan program HAK ini juga dapat memupuk kecintaan terhadap kesatuan dalam kalangan aktivis dan mengeratkan ukhuwah islamiah sesama ahli KPKM.

Program HAK pada kali ini telah dirasmikan oleh Ustaz Muhammad Amirul bin Azhar, Koordinator Pengetahuan dan Pendidikan, Majlis Gabungan Badan Kebajikan Anak Negeri sesi 2022. Perasmian ini bertajuk “Bekerja untuk KPKM”.

Antara beberapa slot menarik yang dibentangkan di dalam program ini adalah:

  1. Slot Pengurusan Gerak Kerja yang dikendalikan oleh Ustazah Sitti Najihah binti Abdullah @ Azahari, Setiausaha HEWI KPKM 2022/2023.
  2. Slot Bengkel Kesetiausahaan dan Bengkel Kebendaharaan yang telah dibentangkan oleh Ustaz Muhammad Khairul Amri bin Mohd Nasir, Setiausaha Agung KPKM 2022/2023 dan Ustaz Muhammad Asyraf bin Sulaiman, Bendahari Agung KPKM 2022/2023.

Kemudian, Majlis Penutup HAK telah dirasmikan oleh Ustaz Mohammad Haizat bin Mohd Rashid, Yang Dipetua KPKM 2022/2023. Dalam slot terakhir ini, Yang Dipertua KPKM 2022/2023 telah memberikan penerangan tentang usul dan pembawaan KPKM yang disepakati bersama semasa Muktamar Sanawai KPKM Kali Ke-27 baru-baru ini.

Akhirnya, mudah-mudahan dengan adanya program sebegini dapat menjadi wasilah kepada terlahirnya pelapis dalam bidang kepimpinan sekaligus dapat membina keperibadian aktivis berkaliber dalam gerak kerja KPKM khususnya dan gerak kerja Islam secara amnya.

“Aktivis Tonggak Pemantapan Kesatuan”

Disediakan oleh,

Setiausaha Himpunan Aktivis KPKM Siri 1 2022/2023 (HAK SIRI 1 22/23),

Keluarga Pelajar-pelajar Kelantan Mesir 2022/2023