KPKM & FAKTA

Mantan Yang Dipertua KPKM

Jamal Najmuddin bin Sulaiman

YDP 2011/2012

“KPKM Geng Kito Belako, Hok Kito Semo”

Mohd Mukhlis bin Hasin

YDP 2012/2013

“Sapo Nok Tengok Keluarga Kito Pecoh”

Ahmad Subhi bin Zainal Abidin

YDP 2013/2014

“KPKM Is Our Family, Lets Us Be Together With KPKM”

Mohammad bin Mohamad Zin

YDP 2014/2015

“KPKM Ruuhuna Wa Quwwatuna”

Syed Mohammad Hanif bin Syed Hassan

YDP 2015/2016

“Ukhuwoh Kito Prapak, KPKM Kito Kkuat”

Abdul Karim bin Makhtar

YDP 2016/2017

“KPKM Keluargaku Kekuatanku”

Ahmad Muhaimin bin Mohd Zain

YDP 2017/2018

“KPKM Keluargo Kito, Mari Kito Pakat Jago”

Muhammad Asrol Hasnan bin Mohd Zin

YDP 2018/2019

“Ukhuwah Kito Kkuat Fikrah Kito Kkemah”

Sayyidi Muizzuddin bin Mohamad Sabri

YDP 2019/2020

“Bersatu Hati Membina Ummah”

Muhammad Adam bin Mohd Rasul

YDP 2020/2021

“Keluarga Ini Warisan Bersama”

Abdullah Khairi bin Abdullah

YDP 2021/2022

“Bersama Bersatu Menjaga Warisan”

Sejarah KPKM

ANAK KELANTAN

Anak Kelantan pertama yang datang ke Mesir ialah almarhum Tok Kenali.

1965M

Jumaat, 28 Syawal 1385H bersamaan 18 Februari 1965M, Panitia Pelajar-pelajar Kelantan Kaherah telah ditubuhkan.

KPKM

Pada Tahun 1975M Panitia Pelajar-pelajar Kelantan Kaherah telah ditukar nama kepada Keluarga Pelajar-pelajar Kelantan Mesir (KPKM).

ROXY

Pusat perkumpulan pertama anak-anak Kelantan Mesir terletak di Mansyiatul Bakri Heliopolis Roxy yang dibeli pada tahun 1963M.

RKL

Rumah Kelantan Lama (RKL) yang terletak di Jalan Imam Ahmad Ibnu Hanbal, Hayyu Sabiek telah dibeli pada 17 Zulhijah 1400H bersamaan  26 Oktober 1980M.

PERJANJIAN JUAL BELI RKB

Perjanjian jual beli Rumah Kelantan Baru (RKB) telah diadakan pada 23 Mei 1985M dengan harga LE 315,000.00.

Perjanjian tersebut telah diadakan di Kedutaan Besar Malaysia Kaherah dengan dihadiri oleh Tuan Yang Terutama Duta Besar Malaysia di Kaherah iaitu Encik Abdullah Zawawi Haji Mohamad, Encik Zulkifli Abdul Rahman (Ketua Canseri), Encik Zainudin Haji Ahmad (Bahagian Penerangan), Abdul Adzim Ewadh Al-Sharqawi (Tuan Rumah), Syed Ali Shalabi (Peguam) dan Haji Fathi (Broker).

1987M

Rumah Kelantan Baru (RKB) mula diduduki pada Oktober 1987M.

1989M

Rumah Kelantan Baru (RKB) telah dirasmikan oleh Tan Sri Dato’ Mohamad Yaacob, Menteri Besar Kelantan pada 1 April 1989M.

MS

Pada 16 & 17 Syawal 1417H bersamaan 24 & 25 Februari 1997M, KPKM telah mengadakan Muktamar Sanawi buat kali pertama.

SAMBUTAN JUBLI EMAS KPKM

Pada tanggal 7-10 Ogos 2015M, KPKM telah menyambut Sambutan Jubli Emas KPKM (EMAS ’15) yang telah dirasmikan oleh YAB Ustaz Dato’ Ahmad bin Yakob, Menteri Besar Kelantan di Dataran Kompleks, Hayyu Asyir.

PERASMIAN WISMA

Pada tanggal 10 Februari 2017M, KPKM telah menerima keberangkatan tiba YTM Pemangku Raja Kelantan Tengku Muhammad Fa-iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra ke bumi Mesir sekaligus menyempurnakan perasmian bangunan Wisma Tengku Mahkota Kelantan dan Wisma Sultan Muhammad V di Hayyu Sabiek.

RUMAH WAKAF

Pada 8 Julai 2017M, KPKM telah menerima sebuah rumah wakaf yang telah diwakafkan oleh waris kepada arwah Ustaz Mohd Amin bin Hussin. Rumah ini dibeli pada 12 Oktober 2010M di Jalan Salim, Hayyu Safarat.

WISMA KELANTAN SHOUBRA

Pada 28 Jun 2021M, Majlis Penyerahan Wisma Kelantan Shoubra oleh Syarikat el-Attal Holding kepada kerajaan negeri Kelantan yang telah disempurnakan oleh Ustaz Khairul Anuar bin Ismail, Pegawai Kebajikan Pelajar Kelantan Timur Tengah

UNIT-UNIT DI KPKM

HISBAH

Hisbah ialah instrumen khusus untuk memainkan peranan membetulkan kepincangan bagi memastikan ma’ruf ditegakkan dan mungkar dicegah. Meskipun Hisbah kini diinstitusikan di beberapa negara, tujuannya lebih untuk mengawasi masyarakat daripada melanggar shariat.

BAITUL MUSLIM

Rumah-tangga adalah institusi penting dalam pembinaan sesebuah Negara. Malah rumah-tangga inilah yang menjadi petanda awal kebangkitan Negara tersebut. Apatah lagi dalam konteks pembinaan sesebuah daulah dan penegakkan hukum Allah SWT di muka bumi ini. Maka rumah-tangga menjadi asset penting sebagai institusi untuk melahirkan ummatan wasatan. Pembinaan syakhsiah muslimah bukan hanya bermula apabila sperma dan ovum bertemu, malah tercetus bermula dari pemilihan pasangan. Seringkali perselisihan faham dan keretakan rumah-tangga dikaitkan dengan kesilapan dalam memilih pasangan. Justeru, penubuhan Unit Bait Muslim adalah untuk membantu dalam menyatupadukan dua hati, agar rumah-tangga yang dibina sejajar dengan tuntutan Allah dan Rasulnya.

BIAH SOLEHAH

Unit Biah Solehah adalah salah satu unit yang menjadi tulang belakang bagi Lajnah Dakwah dan Tarbiah. Unit ini diamanahkan untuk menyelesaikan persoalan biah atau suasana dalam kalangan ahli KPKM di Mesir. Selain itu, Unit ini juga membantu Lajnah Dakwah dan Tarbiah dalam melahirkan para mahasiswa yang bakal menjadi generasi pewaris risalah junjungan besar Rasulullah ﷺ selaras dengan kehendak syara’.

AKADEMI TOK GURU

Masa kini, kekurangan golongan pelapis kepimpinan dan tenaga pakar dalam pelbagai disiplin ilmu Islam sedang hangat diperkatakan. KPKM bukanlah kekeringan “Tok Guru”, akan tetapi kita kekurangan mereka yang sanggup memperuntukkan masa, jiwa, pemikiran serta usaha dalam erti kata menjadi pelapis “Tok Guru” atau tenaga pakar yang mampu menguasai cabang-cabang disiplin ilmu Islam lantas menjadi pakar rujuk masyarakat. Justeru, Lajnah Pengetahuan 2017/2018 meneruskan kesinambungan program Akademi Tok Guru sehingga kini demi merealisasikan objektif utama penubuhannya bagi menyahut seruan pembinaan pewaris generasi Tok Guru.

KELAB KARYAWAN ISLAM

Kelab Karyawan Islam (KERIS) merupakan sebuah platform utama yang mengumpulkan para karyawan muda di bawah naungan KPKM bagi memenuhi keperluan semasa. KERIS di bawah kelolaan Lajnah Penerbitan KPKM sesi ini, berusaha agar para karyawan di peringkat KPKM lebih terbimbing dan mampu bekerjasama secara kolektif antara senior dan junior. Hal ini, pastinya mampu memberi impak yang besar buat KPKM dalam sudut seni karya kreatif dan penulisan.

keyboard_arrow_up