pinuppin-up1 winmostbetmostbet az casino

LOGO KPKM

SEJARAH LOGO KPKM

Logo asal KPKM

Tanggal 24 September 2008 telah menjadi satu sejarah kepada Badan Kebajikan Anak Negeri Kelantan iaitu secara rasminya logo Keluarga Pelajar-pelajar Kelantan Mesir yang baharu diperkenalkan dalam satu majlis pelancaran yang telah diadakan di Dewan Tok Kenali, Rumah Kelantan Baru, Kaherah. Perubahan ini adalah rentetan daripada keputusan majoriti ahli yang telah melakukan pengundian serta pemilihan sebelum ia diambil kira oleh panel atau urus setia pengubahan logo tersebut. Logo yang baharu ini menjadi identiti warga Kelantan yang menuntut di Perlembahan Nil.

Majlis pelancaran tersebut bermula dengan Majlis Iftar Perdana anjuran rasmi Keluarga Pelajar-pelajar Kelantan Mesir selepas beberapa slot pengisian yang telah disusun pada majlis tersebut antaranya majlis khatam al-Quran 30 juzuk, majlis berbuka puasa, solat terawih berjemaah, dialog bersama pimpinan KPKM dan majlis pelancaran logo baru KPKM.

Pelancaran logo baru ini turut dirasmikan oleh wakil Presiden PMRAM iaitu al-Fadhil Ustaz Hanafi Zulkapli (Badan Pengurus PMRAM berjawatan Timbalan Setiausaha Agung PMRAM ’08). Sebelum gimik pelancaran dilakukan, beliau turut memberikan ucapan ringkas mengenai peristiwa bersejarah ini.

Menjadi harapan beliau, logo yang dipilih dan diganti ini menjadi nafas baru agar KPKM terus cemerlang lagi di masa akan datang. Bukan sahaja kita mengubah logo, tetapi logo yang baru ini mestilah menjadi ukuran yang baik untuk KPKM menjalankan serta menguruskan KPKM ini dengan baik dan tersusun. Beliau dan semua hadirin yang hadir pada malam tersebut kemudiaannya disajikan oleh presentation ringkas mengenai logo yang terdahulu dan keputusan logo baharu beserta interpretasinya.

Gimik pelancaran ini akhirnya selamat disempurnakan oleh beliau dengan digantung pada dinding Dewan Tok Kenali, Rumah Kelantan Baru.

INTERPRETASI LOGO BAHARU KPKM

KELUARGA PELAJAR-PELAJAR KELANTAN MESIR

Nama penuh persatuan yang menaungi kecaknaan anak-anak Kelantan di Mesir

LOGO NEGERI KELANTAN

Lambang negeri Kelantan tercinta

PADI

Tabur bakti dan jasa melalui kebajikan terhadap seluruh ahli KPKM

PERISAI

Perisai untuk mempertahankan maruah dan kredibiliti ahli KPKM

WARNA MERAH, PUTIH DAN HITAM

Warna negara mesir yang menjadi tapak kepada institusi yang dipelajari oleh ahli KPKM

AL-QURAN

Al-Quran sebagai panduan Keluarga Pelajar-pelajar Kelantan Mesir yang mana setiap tindak-tanduk dan gerak kerja mestilah berlandaskan al-Quran

TAHUN

Tahun hijriah dan masihi yang menjadi sejarah tahun penubuhan KPKM

IKATAN

Sebagai jalinan mesra seluruh ahli KPKM yang di dasari oleh kesemua simbol-simbol di atas beserta dengan kewujudan tema KPKM itu sendiri

KPKM

Ringkasan kepada Keluarga Pelajar-pelajar Kelantan Mesir

keyboard_arrow_up