pinuppin-up1 winmostbetmostbet az casino

RUMAH NEGERI

19 Imam Ibnu Hanbal Street, 7th District , Nasr City, Cairo.

  • Tingkat 1 & 2 Sahaja, Kapasiti 20 Orang Pelajar.
  • Mula didiami pada 26 Oktober 1980
  • Harga dibeli EGP 74,500.00

Dirasmikan pada 1982 oleh Menteri Besar Kelantan

  • YAB Dato’ Haji Mohamed bin Yaakob.

RUMAH KELANTAN BARU

22 El- Baramica Street, 7th District , Nasr City, Cairo.

  • 5 Tingkat, Kapasiti 36 Orang Pelajar.
  • Mula didiami pada Oktober 1987
  • Harga dibeli EGP 315,000.00

Dirasmikan pada 1 April 1987 oleh Menteri Besar Kelantan

  • YAB Dato’ Bentara Setia Haji Mohamed bin Yaakob.

WISMA SULTAN MUHAMMAD V

31 Nasir Khesrou Street, 7th District , Nasr City, Cairo.

  • 10 Tingkat, Kapasiti 320 Orang Pelajar.
  • Mula didiami semenjak 01 Ramadan 1432H / 01 Ogos 2011M
  • Harga dibeli RM 17,000,000.00

“Majlis menandatangani perjanjian jual beli Asrama Pelajar Kelantan Ke 3 di Kaherah yang telah diadakan di Kota Bharu pada 25 Februari 2009 antara Syarikat el Attel Group dan Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN). Majlis telah disaksikan oleh YAB Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kerajaan Negeri Kelantan.”

WISMA TENGKU MAHKOTA KELANTAN

No. 22 el-Baramica Street, Block 46 7th District, Nasr City, Cairo, Arab Republic of Egypt.

  • 10 Tingkat, Kapasiti 360 Orang Pelajar.
  • Mula didiami pada April 2017
  • Harga dibeli RM 19,000,000.00

Dirasmikan pada 10 Februari 2017 oleh

  • YMM Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra, Pemangku Raja Kelantan

MAJLIS PERASMIAN WSMV DAN WTMK

“Majlis Perasmian Wisma Tengku Mahkota Kelantan dan Wisma Sultan Muhammad V oleh YMM Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra, Pemangku Raja Kelantan serta majlis penyampaian saguhati kepada pelajar-pelajar cemerlang oleh YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan di perkarangan Wisma Tengku Mahkota Kelantan di Nasr City pada 10 Februari 2017. Majlis dihadiri sekitar 1,000 pelajar Kelantan di Mesir.

Kerajaan Negeri telah membeli sebuah bangunan 5 tingkat dengan kos sebanyak RM1.4 juta di Kaherah. Melihat kepada beberapa kerosakan yang berlaku, maka Kerajaan Negeri pada tahun 2012 mencadangkan bangunan tersebut dirobohkan dan bangunan baru setinggi 11 tingkat dibina. Bangunan yang dimasyhurkan dengan Wisma Tengku Mahkota Kelantan tersebut dapat menampung 360 orang pelajar dan dibiayai sepenuhnya oleh MAIK dengan kos RM12 juta.

Wisma Sultan Muhammad V setinggi 11 tingkat turut dirasmikan pada majlis berkenaan. Wisma yang memuatkan seramai 288 orang pelajar itu telah dibiayai oleh Kerajaan Negeri sebanyak RM12 juta sementara kos MAIK sebanyak RM5 juta.”

keyboard_arrow_up