pinuppin-up1 winmostbetmostbet az casino
10 WASIAT KEPADA PENUNTUT ILMU

Seorang penuntut ilmu mempunyai kedudukan yang tinggi dalam Islam serta diredhai oleh Allah SWT. Sebagaimana firman Allah SWT: Katakanlah lagi (kepadanya): “Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?”

Rasulullah SAW juga telah bersabda: “Barangsiapa menempuh suatu jalan untuk mencari sesuatu ilmu pengetahuan di situ, maka Allah akan memudahkan untuknya suatu jalan untuk menuju syurga”. Dalil ini menunjukkan bahawa darjat seorang penuntut ilmu amat dijaga dan istimewa dari setiap kalangan.

  • Wasiat yang pertama ialah seorang penuntut ilmu mestilah bertaqwa atau takut kepada Allah dan ikhlaskan niat semata-mata kerana Allah SWT bukan untuk dibanggakan dengan ilmu yang diperolehi. Ilmu yang mereka dapat menjadi hujah dalam penyampaian dakwah mereka.
  • Seterusnya, penuntut ilmu juga seharusnya bersifat dengan akhlak yang terpuji seperti tawadduk, sabar dan tabah. Habib Umar bin Hafidz telah berkata “orang yang tinggi adab walaupun kekurangan ilmu lebih mulia dari orang yang berilmu tapi kekurangan adab”.
  • Wasiat yang ketiga iaitu menjaga batas pergaulan antara sahabat dan guru. Hal ini kerana untuk mengekalkan ukhuwah dan kasih sayang antara satu sama lain. Allah SWT telah berfirman dalam surah al-Hujurat: 10.
  • Wasiat yang keempat, penuntut ilmu perlu mempunyai tujuan yang tertentu dalam kehidupannya agar mereka bersungguh dalam menuntut ilmu untuk merealisasikan impian yang diimpikan. Penuntut ilmu yang mempunyai tujuan akan bijak mengatur masanya sama ada untuk melakukan ibadah kepada Allah SWT dan mengulangkaji apa yang dipelajari.
  • Di samping itu, sebagai penuntut ilmu, kita hendaklah bersikap tekun dalam melakukan setiap amalan dan memperbaiki amalan kepada yang lebih baik. Justeru itu, ketekunan dalam melakukan amalan akan menghasilkan natijah yang cemerlang.
  • Penuntut ilmu seperti kita selaku azhari dan azhariah dinasihati supaya menghadirkan diri ke kuliah atau pengajian ilmu. Ini kerana kita akan mendapat keberkatan guru terutamanya selain memahami apa yang diajar dan mengetahui manhaj bagi setiap madah yang dipelajari.
  • Dalam kelazatan belajar, kita juga perlu mengambil berat tentang diri terutama kesihatan. Kesihatan merupakan satu kepentingan kerana tanpa kesihatan yang baik akan menghalang pergerakan untuk keluar menimba ilmu serta melakukan ibadah kepada Allah SWT.
  • Nasihat yang seterusnya ialah kita seharusnya mendampingi orang-orang yang soleh dan menghindari daripada mereka yang fasik agar kita jauh daripada melakukan sebarang maksiat dan kemungkaran. Perkara ini perlu dititikberatkan demi memelihara ilmu dan keimanan lseorang penuntut ilmu.
  • Penuntut ilmu yang ingin berjaya disarankan supaya mempunyai keyakinan dan kepercayaan pada diri mereka dan sentiasa mengingati Allah dalam setiap keadaan yang dihadapi. Lazimilah bibirmu dengan zikir kerana zikir itu dapat menenangkan dirimu sebagaimana firman Allah SWT dalam surah ar-Ra’d: 28.
  • Kebiasaannya pelajar terlalu takut kepada peperiksaan sedangkan tugas kita sebagai hamba berusaha dan bertawakkal kepada Allah SWT kerana segala sesuatu datangnya daripada Allah. Allah SWT tidak memberi apa yang diinginkan oleh hamba-Nya tetapi apa yang diperlukan. Inilah sebahagian wasiat kepada para penuntut ilmu.

Kesimpulannya, sepuluh nasihat dan wasiat ini perlulah kita amalkan untuk menjadi seorang penuntut ilmu yang berjaya dunia dan akhirat. Penuntut ilmu bukan sekadar mempelajari ilmu malah dia juga mengamalkannya.

Sumber: Kitab Wasiat Ila Tolibul Ilmi.

Deena Aliaa Bt Muhamad Nasim
Kuliah Bahasa Arab
Universiti Al-Azhar

Muat turun PDF Risalah Fajar Jumaat Siri 470 -10 Wasiat Kepada Penuntut Ilmu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.

keyboard_arrow_up