Bagi penghidap penyakit ini, ia merupakan suatu penyakit progresif yang memerlukan penjagaan, pengawalan dan rawatan yang wajar – Penulis
Dengan nama Allah Yang
Maha Pengasih dan Maha Penyayang.
RHEUMATOID ARTHRITIS, atau biasa dikenali dengan ‘rheumatism’ merupakan suatu penyakit yang mana sistem pertahanan badan menyerang bahagian sendi menyebabkan keradangan pada membran sinovial. Ini menyebabkan rasa sakit, bengkak dan kekejangan pada sendi.
Fakta 1: Penyakit ini dihidapi oleh kebanyakan penduduk di dunia tanpa mengira faktor geografi dan bangsa. Di Amerika Syarikat sahaja, kira-kira tiga daripada lima ratus penduduknya menghidap penyakit ini.
Fakta 2: Biasanya penyakit ini banyak dideritai wanita berbanding lelaki dengan nisbah 3:1 walaupun mereka tidak mengalami gejala yang lebih serius berbanding lelaki. Biasanya, penyakit ini kerap dikesan pada wanita yang hamil.
Fakta 3: Penyakit ini tidak terhad pada had umur tertentu. Namun, gejala penyakit ini biasanya dikesan pada individu yang berusia antara 30 ke 60 tahun.
Fakta 4: Rheumatoid arthritis biasanya menyerang sendi secara simetri.
Fakta 5: Kerosakan sendi boleh berlaku meskipun hanya tanda-tanda kecil dikesan pada peringkat awal.
Fakta 6: Kondisi penyakit rheumatoid arthritis yang kronik boleh membawa kepada kerosakan dan kemusnahan sendi yang kekal.
Fakta 7: Punca penyakit ini masih tidak diketahui. Namun, saintis percaya faktor-faktor seperti hormon, genetik, jantina, jangkitan virus, tekanan mental dan tindak balas pertahanan badan boleh menyumbang kepada penyakit ini.
Fakta 8: Faktor genetik memainkan peranan dalam perkembangan penyakit ini pada pesakit yang berisiko. Namun, penghidap biasanya tidak memiliki ahli keluarga yang menghidapinya.
Fakta 9: Pesakit biasanya tidak mengendahkan tanda-tanda awal kerana menyangka kesakitan yang mereka alami hanyalah sakit sendi biasa. Mereka hanya mula mendapatkan rawatan setelah penyakit ini menjadi lebih serius.
Fakta 10: Penyakit-penyakit seperti osteoarthritis, gout, fibromyalgia (penyakit otot yang dijelmakan dalam bentuk kekejangan, keletihan dan kesakitan pada otot), systemic lupus erythematosus (sejenis radang pada tisu badan) atau radang sendi yang berpunca daripada jangkitan seringkali disalah anggap sebagai rheumatoid arthritis. Hal ini biasanya berpunca daripada kesukaran pesakit dalam menjelaskan kesakitan yang mereka alami kepada doktor.
Fakta 11: Purata masa yang diambil bagi mengesahkan penyakit ini adalah sembilan bulan selepas faktor-faktor awal mula dikesan.
Fakta 12: Penyakit ini dapat dipastikan sekiranya empat daripada tujuh faktor berikut ditemukan dalam pesakit: a) kekejangan yang berlarutan selama lebih sejam pada waktu pagi. b) radang pada lebih tiga sendi. c) radang pada sendi tangan. d) pergerakan bilateral. e) faktor rheumatoid yang positif dalam ujian darah. f) rheumatoid nodules. g) imej dan bukti x-ray.
Fakta 13: ‘Faktor rheumatoid’ (rheumatoid factor – RF) ditemukan dalam darah 80% pesakit menjalani ujian darah bagi mengesan penyakit ini.
Fakta 14: Bagi penghidap penyakit ini, ia merupakan suatu penyakit progresif yang memerlukan penjagaan, pengawalan dan rawatan yang wajar. Sebahagian daripada mereka menghidapnya dengan gejala sederhana dan berkembang dalam masa yang perlahan dan ada juga pesakit yang menderita kesakitan yang serius yang memerlukan rawatan rapi.
Fakta 15: Tiada rawatan khusus untuk penyakit ini. Biasanya, doktor akan memberikan ubat penahan sakit seperti aspirin dan ubat anti-radang tanpa steroid (non-steroidal antiinflammatory drug – NSAID). Selain itu, pesakit juga diminta memperbanyakkan rehat, menjalani terapi fizikal dan senaman khusus. Penggunaan haba yang terkawal juga diaplikasikan dalam rawatan penyakit ini. Pada peringkat yang serius pula, doktor mungkin akan mempertimbangkan prosedur apheresis; atau penyingkiran antibodi daripada badan. Pembedahan penggantian sendi yang terjejas juga mungkin dilakukan sebagai pilihan terakhir.
Pengesanan pada peringkat awal mungkin dapat memberikan kesan yang lebih baik dan mengelakkan gejala yang lebih serius. Walaupun demikian, pencegahan adalah lebih baik daripada pengubatan. Justeru, sahabat-sahabat sekalian disaran agar menjalani aktiviti hidup yang sihat seperti mengamalkan pemakanan yang seimbang, melakukan senaman dengan kerap dan menjaga kesihatan mental. Janganlah nanti sudah terantuk baru tergadah. Hargai dan syukurilah nikmat kesihatan yang Allah SWT berikan kepada kita. Gunakan waktu yang sihat ini untuk mencari lebih banyak ilmu, memperbanyak amalan dan ibadat kepadaNya.
Wan Ahmad Ashraf Wan Naim
Fakulti Perubatan, Universiti Mansurah
Muat turun PDF Risalah Kesihatan siri 7
Recent Posts
Recent Comments
Archives
- June 2023
- May 2023
- April 2023
- March 2023
- January 2023
- December 2022
- November 2022
- October 2022
- September 2022
- August 2022
- July 2022
- June 2022
- May 2022
- April 2022
- March 2022
- February 2022
- January 2022
- December 2021
- October 2021
- September 2021
- August 2021
- July 2021
- June 2021
- May 2021
- April 2021
- March 2021
- February 2021
- December 2020
- October 2020
- September 2020
- August 2020
- July 2020
- June 2020
- May 2020
- April 2020
- March 2020
- February 2020
- January 2020
- December 2019
- November 2019
- October 2019
- September 2019
- May 2019
- April 2019
- March 2019
- February 2019
Categories
Recent Posts
- RISALAH KESIHATAN SIRI 112 – DEHIDRASI, BAHAYA ATAU TIDAK? June 2, 2023
- RISALAH FAJAR JUMAAT SIRI 501 – SUDAHKAH KITA BERSYUKUR May 19, 2023
- MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2023 (LEBARAN ‘23) May 10, 2023
- MINI BAZAR RAMADAN 2023 (JUADAH ’23) May 10, 2023