pinuppin-up1 winmostbetmostbet az casino

Laptop merupakan salah satu alat elektronik yang mempunyai risiko kerosakan yang sangat tinggi kerana ianya digunakan ‘daily basic’ atau kegunaan harian. Pengguna jarang sekali mengambil tahu tentang risiko-risiko kerosakan tersebut sehinggalah ianya terjadi. Sebagai pengguna, adalah sangat penting untuk mengetahui potensi kerosakan, cara penjagaan dan yang paling penting tahu bagaimana mengenal pasti masalah yang kerap berlaku terhadap komputer riba.
Ada kalanya peranti laptop ini dan lain-lain sering mengalami kerosakan kecil yang sebenarnya boleh diatasi oleh pengguna sendiri.

Masalah dan kerosakannya adalah seperti berikut :

I. LAPTOP REBOOT SENDIRI
Reboot di sini dengan kata lain adalah ‘restart’. Ini berlaku biasanya disebabkan oleh masalah perkakasan seperti RAM, hardisk, overheat, BIOS dan grafik kad.

RAM – Random Access Memory, adalah memori tempat penyimpanan sementara pada saat komputer dijalankan dan dapat diakses secara random. Fungsi RAM adalah mempercepat pemprosesan data pada laptop.
Penyelesaian:
– Pemasangan RAM dengan cara yang betul dan tidak berlaku ralat.
– Cuci dan gosok RAM pada bahagian yang berwarna keemasan menggunakan tisu atau lain-lain.
– Pastikan RAM serasi dengan mainboard laptop.

Hardisk – Tempat penyimpanan memori kekal tidak sama dengan RAM.
Penyelesaian:
– Periksa hardisk menggunakan HDD Docking atau lain-lain dan melihat kestabilannya. Kemudian jalankan program ‘Check Disk’.

Overheat (Kepanasan)
Penyelesaian:
– Menguji dan memantau suhu dengan menggunakan perisian yang sesuai seperti SpeedFan, HWMMonitor, Open Hardware Monitor dan sebagainya.
– Sekirannya terlalu panas, pengguna perlu membersihkan debu pada penyejuk prosesor dan kipas prosesor.

II. SKRIN MEMBEKU (FROZEN)
Ini berlaku boleh dikatakan berpunca dari RAM yang tidak mencukupi, konflik registry, fail korup atau hilang dan spyware. Pengguna berisiko kehilangan apa-apa kerja yang masih belum disimpan.

Penyelesaian:
– Anda perlu reboot atau restart laptop dengan tekan dan tahan butang kuasa sehingga laptop mati.
– Kemudian hidupkan kembali untuk kerja-kerja permbersihan sistem menggunakan Ccleaner dan Defragment supaya ia tidak berulang.

III. SERANGAN VIRUS DAN SPYWARE
Serangan virus ini dapat menghilangkan file mahupun aplikasi pada laptop, virus juga dapat membuat laptop anda tidak boleh bertahan lama.

Penyelesaian:
– Scan terlebih dahulu pendrive atau pemacu tanpa terus membukanya.
– Mengaktifkan dan sentiasa up-to-date Windows Defender yang telah sedia ada bersama windows. Cara mengaktifkannya “ Start > taip defender dalam kotak carian > Windows Defender “.
– Untuk virus short cut, anda boleh menggunakan UsbFix atau HFV dan sebagainya yang boleh didapati secara percuma di web.
– Scan laptop menggunakan antivirus dan sebagainya.
– Kaedah penyelesaian lain adalah, mencari dan delete file virus yang kebiasaannya berada di folder C.
– Format folder C atau tempat simpanan file windows dan sistem adalah jalan penyelesaian yang terakhir.

IV. BLUE SCREEN OF DEATH (BSOD)
BSoD terjadi kerana adanya perisian atau perkakasan yang crash sehingga menyebabkan sistem restart. Penyebabnya pada kebiasaan windows bertemu dengan Error Stop sehingga terjadi Windows Crash dan berhenti bekerja. Error Stop muncul atas pelbagai sebab seperti, perisian rosak, fail Dynamic-Link Library (DLL) korup, masalah dengan pemacu dan sebagainya.

Penyelesaian:
– Kebanyakkan masalah ini hanya memerlukan anda reboot kembali
– Penyelesaian lebih bergantung pada punca masalah tetapi Skrin Biru ini telah menyediakan anda kod yang boleh membantu rujukan anda bagi mengenal pasti dan menyelesai masalah tersebut.

V. PRESTASI LAPTOP SEMAKIN PERLAHAN
Penyelesaian:
– Susun fail menggunakan Defragment dengan kerap.
– Bersihkan laptop dari fail-fail yang tidak perlu menggunakan Ccleaner dan sebagainya dengan kerap.
– Kurangkan fail-fail yang berada di Desktop.
– Padam dan uninstall perisian yang tidak perlu dengan cara Buka “ Control Panel > Programs > Uninstall a Program > Pilih program/perisian > Klick Uninstall “
– Bagi yang berkemampuan, tambahkan Ram dan tukar Hardisk Drive (HDD) kepada Solid-State Drive (SSD) untuk meningkat prestasi kelajuan laptop.

Kesimpulannya, kita hendaklah memastikan laptop sentiasa dalam keadaan baik untuk penggunaan jangka masa yang panjang. Segala penyelengaraan dan pembersihan laptop hendaklah dilakukan secara sistematik bagi mengelakkan risiko dan juga keselamatan bagi pengguna.

Mahmud Muzakkir Bin Mad Yusoff,
Kuliah Usuluddin, Universiti al-Azhar, Kaherah

Rujukan:
http://www.pintarkomputer.com/2014/09/3-komponen-utama-pembangun-sistem-komputer-hardware-software-brainware.html

Masalah Biasa Komputer dan Penyelesaiannya


http://boytriks.blogspot.com.eg/2012/05/tips-mengatasi-kerusakan-pada-bios.html

Muat turun PDF Risalah Multimedia siri 22

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.

keyboard_arrow_up