pinuppin-up1 winmostbetmostbet az casino

1 DISEMBER 2020, KAHERAH – Keluarga Pelajar-pelajar Kelantan Mesir  telah menganjurkan Majlis Konvokesyen 2020 yang bertempat di Dewan Sally Mall, Kaherah, Mesir. Majlis ini dianjur bagi meraikan para graduan anak-anak Kelantan yang telah tamat pengajian pada tahun ini. Ianya berlangsung selama sehari dengan menjaga SOP sebagaimana yang telah ditetapkan oleh pihak berwajib.

Majlis ini dimulakan dengan ucapan pengarah program oleh Ustaz Muhammad Nur Hakim bin Osman, kemudian disusuli dengan ucapan pegawai oleh Ustaz Khairul Anuar bin Ismail, Pegawai Kebajikan Pelajar Kelantan Timur Tengah. Turut hadir, Ustaz Haji Nawi bin Salleh, Timbalan Pegawai Kebajikan Pelajar Kelantan Timur Tengah serta pimpinan KPKM. 

Setelah itu, majlis dirasmikan secara maya oleh YB Dato’ Dr. Muhammed Fadzli bin Dato’ Hj. Hassan, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi Negeri Kelantan khusus untuk anak Kelantan yang telah tamat pengajian.

Seterusnya, majlis diteruskan dengan ucapan tausiah yang bertajuk “Peranan Para Graduan di Medan Dakwah” daripada Ustaz Ahmad Baihaqi bin Rashid, Mantan Penasihat Badan Kebajikan Mahasiswa/i Islam Pahang Mesir 2018/2019.

Majlis Konvokesyen pada tahun ini terdapat sedikit kelainan jika dibandingkan dengan tahun-tahun sebelum ini, dek kerana norma baharu yang diamalkan bagi membendung penyebaran wabak COVID-19. Buat masa sekarang, kebanyakan aktiviti dan pengisian program disiarkan secara atas talian di media rasmi KPKM.

“Menerajui Ilmuwan Berwawasan” merupakan tema yang dibawa bagi program kali ini, dan di antara objektif utama penganjuran majlis ini adalah untuk meraikan kejayaan anak-anak Kelantan yang telah tamat pengajian dan menjadi pemangkin semangat untuk semua anak Kelantan dalam menuntut ilmu sehingga ke puncak kejayaan. Selain itu, ia juga bertujuan bagi menerapkan usul dan pembawaan KPKM ke dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan.

“Menerajui Ilmuwan Berwawasan” merupakan tema yang dibawa bagi program kali ini, dan di antara objektif utama penganjuran majlis ini adalah untuk meraikan kejayaan anak-anak Kelantan yang telah tamat pengajian dan menjadi pemangkin semangat untuk semua anak Kelantan dalam menuntut ilmu sehingga ke puncak kejayaan. Selain itu, ia juga bertujuan bagi menerapkan usul dan pembawaan KPKM ke dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan.

Bagi mewarnai lagi majlis kali ini dan meraikan para graduan, ianya diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada semua peserta yang mana telah disempurnakan oleh Ustaz Khairul Anuar bin Ismail, Pegawai Kebajikan Pelajar Kelantan Timur Tengah kepada 57 orang graduan.

Majlis ini berakhir dengan sesi bergambar beramai-ramai, para graduan bersama Pegawai Kebajikan Pelajar Kelantan Timur Tengah, AJKT KPKM dan semua penggerak Majlis Konvokesyen 2020.

Semoga para graduan dapat mengambil mutiara hikmah dari pengisian yang terdapat didalam majlis yang telah dianjurkan dan menjadi ejen penyatuan ummah di Malaysia nanti.

Sekalung penghargaan dan tahniah diucapkan kepada AJK pelaksana program yang telah bertungkus-lumus bagi menjayakan program pada kali ini, tidak dilupakan juga semua ahli KPKM yang turut sama mengambil bahagian memeriahkan Majlis Konvokesyen pada tahun ini. Moga Allah Taala mengampun segala dosa kita serta menerima segala amal soleh dan kebajikan kita.

Disediakan oleh:
Mohd Syahir bin Pandak Jabo
Setiausaha Majlis Konvokesyen 2020,
Keluarga Pelajar-pelajar Kelantan Mesir 2019/2020

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.

keyboard_arrow_up