pinuppin-up1 winmostbetmostbet az casino

Bersugi merupakan salah satu sunnah Rasulullah s.a.w, dan para sahabat. Bersugi juga ialah salah satu sunat wuduk tetapi secara umumnya umat islam tidak mengetahui akan kelebihan bersugi ini. Sedangkan diriwayatkan dalam sebuah hadis oleh Imam Ahmad, “Bahawa solat yang dikerjakan dengan bersugi adalah 70 kali lebih baik daripada solat yang dikerjakan tanpa bersugi”.

Kebaikan kayu sugi sebenarnya telah terbukti sama ada secara saintifik mahupun tradisi bagi menjaga kebersihan dan kesihatan gusi dan gigi. Dalam kitab ‘Sirah Nabawi’, ternyata bahawa Rasulullah s.a.w dan para sahabat mengamalkan sugi sebelum berperang dan juga sebelum menunaikan solat 5 waktu. Sejak turun temurun, kayu sugi ini telah digunakan terutamanya di timur tengah.

Kajian menunjukkan kayu sugi mempunyai kelebihannya yang tersendiri dan ia boleh dibandingkan dengan agen-agen anti plak dan penyahjangkit mulut sekiranya digunakan di dalam konsentrasi yang tinggi. Di samping menguatkan gusi, mengelakkan kereputan gigi dan mengurangkan sakit gigi, kayu sugi juga dapat menghindarkan nafas berbau.

Kayu sugi juga boleh dihancurkan menjadi habuk dengan menggunakan bioteknologi yang ada di Institut Kemahiran Swasta. Habuk kayu sugi itu boleh dicampurkan dengan ubat gigi supaya lebih putih dan lebih berkesan. Tambahan pula, habuk kayu sugi boleh menanggalkan hakisan karat pada gigi sedikit demi sedikit.
Dalam sebuah hadis daripada Saidatina Aishah r.a berkata, maksudnya: “Bersugi itu menyucikan mulut, Allah s.w.t meredhai ke atasnya dan menerangkan penglihatan mata”, (Riwayat Imam At-tabrani dan Imam Bukhari).

Menurut Imam AlMawardi di dalam kitabnya ‘Al-Hawi’, menyatakan bahawa bersugi disunatkan pada setiap masa, dan amat dituntut pada keadaankeadaan tertentu, antara salah satunya ketika berubah bau mulut.

Antara faedah bersugi ialah: 1.Membersihkan mulut. 2.Menguatkan gusi. 3.Menghilangkan gelema. 4.Mewangikanmulut. 5.Menghapuskan safra’ (sejenispenyakit). 6.Menguatkan penglihatan mata. 7.Menghilangkan bau busuk pada mulut.

Justeru, kayu sugi bukan sahaja menguatkan gigi dan memutihkan gigi bahkan gigi lebih bersinar dan terjaga sehingga ke usia tua. Oleh itu, amalkan bersugi sebelum solat dan juga selepas makan.

Muhamad Norhisyam Bin Hazeman

Kuliah Syariah Islamiah, Universiti Al-azhar, Kaherah.

Muat turun PDF Risalah Kesihatan siri 50

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.

keyboard_arrow_up