Allah S.W.T mengurniakan 5 pancaindera (mata, telinga, hidung,lidah,sentuhan) penting kepada hambanya untuk berkhidmat sepanjang masa sebagaimana Firman Allah S.W.T : “Dan tidaklah aku ciptakan manusia melainkan untuk beribadah”. Maka kita sebagai hambanya yang bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan dengan menjaga nikmatnikmat ini dengan sebaiknya. Kali ini Risalah Kesihatan membawakan anda punca kerosakan dan cara penjagaan mata.
Punca kerosakan mata:
Cahaya matahari
Pendedahan kepada sinaran ultraungu daripada cahaya matahari secara berpanjangan misalnya boleh menyebabkan katarak. Walaupun sinaran UV bersifat lut sinar atau tidak nampak dengan mata kasar, ia boleh menyebabkan kerosakan pada beberapa bahagian mata. Dalam jangka panjang, ia boleh menyebabkan keadaan yang tidak dapat dibaik pulih jika kita tidak berusaha untuk melindungi mata. Elakkan berada di luar tanpa penjagaan mata yang betul terutama sekitar jam 12 tengah hari kerana sinaran UV ketika itu berada dalam pancaran paling kuat. Pastikan cermin mata gelap yang digunakan boleh menghalang kedua-dua jenis sinaran iaitu UVA dan UVB secara berkesan. Meskipun kita mengenakan cermin mata gelap, usah memandang tepat ke arah cahaya matahari.
Skrin komputer
Memandang skrin komputer untuk jangka masa lama juga akan meletihkan mata dan boleh menyebabkan kerosakan. Apabila menggunakan komputer, pastikan mata dapat berehat seketika. Alihkan pandangan dari skrin dan pandang objek lain selama 10 saat bagi setiap 10 minit. Selain itu, pada setiap jam pastikan mata mendapat rehat secukupnya. Jangan lupa untuk mengelipkan mata kerana mata yang kurang berkelip boleh mengurangkan air mata bagi melincirkan mata sekali gus menyebabkan mata kering dan tidak selesa. Kekalkan jarak yang sepatutnya antara mata dan skrin dengan kejelasan skrin yang betul. Kedudukan yang baik juga membantu untuk mengelakkan diri daripada mudah rasa sakit di bahagian otot dan belakang badan. Skrin komputer pula seharus nya berada pada jarak 20 hingga 30 inci dari mata, iaitu kira-kira setengah depa.
Membaca
Cahaya yang mencukupi sangat penting untuk membaca. Bagi mereka mempunyai penglihatan yang normal, cahaya lampu 60 watt hingga 100 watt paling sesuai. Bagi mereka mempunyai tahap penglihatan kurang baik, pastikan cahaya lampu berada dalam lingkungan 150 watt hingga 200 watt. Usah berbaring ketika membaca. Bahan bacaan
pula harus berada pada jarak 33 sentimeter (sm) hingga 40 sm. Seeloknya, jarak televisyen dari mata haruslah berada kira-kira dua meter. Jika anda gemar menonton televisyen dari jarak dekat, lakukan ujian penglihatan kerana menonton pada jarak sedemikian memang tidak elok diamalkan. Sekiranya mempunyai masalah seperti mata merah, sakit teruk pada mata, penglihatan kabur, benda asing di dalam mata apatah lagi kecederaan pada mata dapat kan nasihat doktor.
Cara penjagaan mata :
1. Setiap kali mandi atau berwudhu’ pastikan jangan pejamkan mata anda. Biarkan air yang mengalir melalui mata anda, sebaliknya kelip-kelipkan mata anda beberapa kali, biar air mandian itu mencuci mata anda. Memang mata kita akan terasa pedih sikit.
2. Untuk menyegarkan mata yang letih atau rasa gatal-gatal akibat sakit mata, ambil beberapa helai daun sirih muda, basuh bersih-bersih. Ramas-ramaskan sampai lumat dan didihkan seketika. Tapis airnya dengan kain bersih ke dalam mangkuk dan biar hingga suam-suam kuku. Lepas tu rendamkan atau jirus pada mata anda sambil kelip-kelipkan mata berulang kali. Insya Allah mujarab.
3. Amalkan senaman untuk mata anda. Bukan badan sahaja perlukan senaman, mata pun perlu bersenam juga.
Caranya:
a. Anda pergi ke luar rumah, lihat satu objek berdekatan anda, kemudian beransur-ansur lihat pula objek yang lebih jauh, dan jauh, jauh lagi, sejauhjauhnya la. Lepas tu balik semula beransur-ansur lihat objek yang berdekatan anda. Ulang proses ini beberapa kali sampai anda naik bosan atau naik menyampah. Dalam proses tadi sekiranya anda ternampak satu objek menarik bolehlah fokuskan sekejap pada objek itu.
b. Gerakkan mata anda ke kanan semaksimum mungkin, berhenti sekejap, kemudian ke kiri, berhenti sekejap, seterusnya ke atas, bawah dan tengah (sampai mata naik juling), beransur-ansur lajukan proses ini.
c. Setelah 1-2 jam di depan komputer, berhenti sekejap, lihatlah objek-objek berwarna hijau di luar rumah anda, seperti pokok-pokok dan sebagainya. Sesungguhnya warna hijau itu menenangkan & merehatkan mata anda.
d. Amalkan makan makanan yang kaya dengan vitamin A & C seperti susu, sayur (terutama carrot & brokoli) dan buah-buahanan (terutama aprikot & anggur)
Fatnin Afiqah bt Sa’adun
Kuliah Perubatan Tahun 2
Muat turun PDF Risalah Kesihatan siri 63
Recent Posts
Recent Comments
Archives
- June 2023
- May 2023
- April 2023
- March 2023
- January 2023
- December 2022
- November 2022
- October 2022
- September 2022
- August 2022
- July 2022
- June 2022
- May 2022
- April 2022
- March 2022
- February 2022
- January 2022
- December 2021
- October 2021
- September 2021
- August 2021
- July 2021
- June 2021
- May 2021
- April 2021
- March 2021
- February 2021
- December 2020
- October 2020
- September 2020
- August 2020
- July 2020
- June 2020
- May 2020
- April 2020
- March 2020
- February 2020
- January 2020
- December 2019
- November 2019
- October 2019
- September 2019
- May 2019
- April 2019
- March 2019
- February 2019
Categories
Recent Posts
- RISALAH KESIHATAN SIRI 112 – DEHIDRASI, BAHAYA ATAU TIDAK? June 2, 2023
- RISALAH FAJAR JUMAAT SIRI 501 – SUDAHKAH KITA BERSYUKUR May 19, 2023
- MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2023 (LEBARAN ‘23) May 10, 2023
- MINI BAZAR RAMADAN 2023 (JUADAH ’23) May 10, 2023