PEMUDA, JANGAN BERTANGGUH!
Bertangguh adalah sikap suka menangguh sesuatu tugasan yang telah diberikan. Sikap ini sering didapati pada diri anak-anak muda yang semakin hari semakin menjadi-jadi. Jika dibiarkan pasti akan memberi impak yang buruk pada diri dan masyarakat.
Sehubungan dengan itu, Islam tidak menggalakkan umatnya untuk bertangguh-tangguh. Sebagaimana firman Allah SWT di dalam al-Quran, yang bermaksud:
‘’Dan berilah amaran (wahai Muhammad) kepada umat manusia seluruhnya tentang hari penyesalan iaitu hari diselesaikan perbicaraan perkara masing-masing pada masa mereka (yang ingkar) di dunia ini berada dalam kelalaian serta mereka pula yang tidak beriman.’’ (Surah Maryam ayat 39)
Mahasiswa dan mahasiswi pengajian Islam akan menjadi contoh ikutan dan tempat rujukan buat masyarakat di luar sana. Akan tetapi bukan bermakna pengajian selain pengajian Islam tidak penting, secara umumnya semua orang berperanan menghilangkan kejahilan dalam masyarakat, bukan tertumpu kepada pelajar pengajian Islam sahaja.
Namun, jika pelajar pengajian Islam sendiri mengabaikan tanggungjawab mereka dengan menunjukkan akhlak yang buruk, tidak beramal dengan ilmu yang dipelajari, menangguh-nangguh tugasan mereka, lalu siapakah lagi yang akan menjadi contoh dan ikutan jika orang yang belajar agama sendiri bersikap sedemikian rupa? Amat memalukan dan mendukacitakan! Oleh itu, pemuda harus menyedari akan tugas mereka untuk memperjuangkan Islam, membetulkan akidah umat yang kian terpesong serta mengeluarkan mereka daripada belenggu kejahilan.
Mutakhir ini, banyak kecelaruan dan tiada kesefahaman antara kaum yang berlaku. Ditambah lagi dengan isu agama yang ditindas dan pelbagai lagi. Adakah kita memilih untuk menjadi penonton, atau menjadi pendengar atau sekadar memerhati? Masih belum sedar lagikah kita? Tugasan dakwah terus ditunda-tunda dan akhirnya bisu tanpa suara.
’’Nantilah, tengoklah bagaimana, tunggulah dahulu, kita selesaikan sekejap lagi, masih banyak lagi masa’’.
Perkataan inilah yang sering meniti di bibir dan berlegar di minda anak muda. Hakikat sebenar kehidupan kita ini mesti ada tujuan, matlamat dan visi. Tujuan bermaksud, mengapakah kita lakukan apa yang patut kita lakukan? Matlamat bermaksud, apakah yang hendak kita capai? Visi pula bermaksud, bagaimana cara untuk kita melakukan sesuatu yang kita mahukan? Bagi mencapai ketiga-tiga perkara itu, kita mesti pandai bertindak untuk membezakan sesuatu perkara itu positif atau negatif.
Oleh itu, antara salah satu cara untuk mengelakkan diri daripada bertangguh adalah dengan menghargai masa. Wahai pemuda, mujahadahkanlah diri untuk menghargai masa. Kita tidak akan berjaya untuk memanfaatkan masa dengan sebaiknya, tanpa bermujahadah pada dua perkara ini iaitu syaitan dan hawa nafsu. Dalam bermujahadah, kita mestilah melatih dan memaksa diri untuk:
1) Membuang sikap malas, leka dan lalai.
2) Memberi perhatian kepada perkara-perkara aulawiyat (utama/penting).
3) Membuang sikap suka bertangguh.
Jika di lihat dari sudut pandang yang lain, sikap bertangguh ini dianggap satu perkara yang remeh atau biasa-biasa sahaja. Namun impaknya sangat besar sehingga boleh mengakibatkan seseorang individu itu mengalami tekanan dari segi mental ataupun fizikal.
Sebagai contoh, seseorang diberikan satu tugasan untuk diselesaikan dalam tempoh seminggu, akan tetapi dia menangguh tugasan itu dari hari ini kepada keesokan harinya sehinggalah tinggal sehari sahaja lagi tempoh masa yang berbaki. Disebabkan itu, fikiran mulai kusut, akal kalut memikirkan alasan apa yang sesuai untuk diberikan, tugasan yang lain turut tertangguh dan jiwa mulai rasa tidak tenteram. Lantas diri mula menyalahkan individu lain. Persoalan di sini, salah siapa?
Adakah contoh ini yang kita harapkan dari pemuda kita? Masa yang sepatutnya diisi dengan perkara bermanfaat dibaziri dengan perkara yang sia-sia. Tanpa sedar, kita telah pun menjadi seorang pencuri iaitu ’’pencuri masa’’.
Holistiknya, kehidupan manusia adalah bergantung kepada penggunaan masanya. Oleh itu, Islam sangat mengambil berat tentang masa. Kita sepatutnya menyedari bahawa setiap detik dalam hidup kita sangat berharga. Allah SWT sendiri bersumpah dengan masa dalam firman-Nya, yang bermaksud:
‘’Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.’’ (Surah Al-Asr ayat 1-3)
Persoalannya, adakah kita mampu untuk membuang sifat bertangguh ini? Ya, kita mampu untuk mengubah dan melawannya kerana jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Bagaimana cara untuk mengubah sikap ini? Pertama sekali, kita mesti melatih diri untuk menyiapkan tugasan dengan mengikut tempoh yang telah ditetapkan. Seterusnya, jangan mencampur adukkan tugasan itu dengan perkara lain selagi tugasan itu tidak selesai .
Kesimpulannya, kita mestilah bangkit dan melawan sikap ini dengan keazaman yang tinggi. Jangan mencipta beribu alasan jika benar-benar mahu berubah kerana hendak seribu daya tak hendak seribu dalih.
Noor Arisha Karimah bt Mohd Hashim,
Syariah Islamiah, Universiti Al-Azhar
Rujukan: Islam Solusi, Mindtools.com,Procrastinating-HOW CAN I STOP? Kata-kata Prof Dr Muhaya.
Muat turun PDF Risalah Fajar Jumaat464-PEMUDA,JANGAN BERTANGGUH
Recent Posts
Recent Comments
Archives
- June 2023
- May 2023
- April 2023
- March 2023
- January 2023
- December 2022
- November 2022
- October 2022
- September 2022
- August 2022
- July 2022
- June 2022
- May 2022
- April 2022
- March 2022
- February 2022
- January 2022
- December 2021
- October 2021
- September 2021
- August 2021
- July 2021
- June 2021
- May 2021
- April 2021
- March 2021
- February 2021
- December 2020
- October 2020
- September 2020
- August 2020
- July 2020
- June 2020
- May 2020
- April 2020
- March 2020
- February 2020
- January 2020
- December 2019
- November 2019
- October 2019
- September 2019
- May 2019
- April 2019
- March 2019
- February 2019
Categories
Recent Posts
- RISALAH KESIHATAN SIRI 112 – DEHIDRASI, BAHAYA ATAU TIDAK? June 2, 2023
- RISALAH FAJAR JUMAAT SIRI 501 – SUDAHKAH KITA BERSYUKUR May 19, 2023
- MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2023 (LEBARAN ‘23) May 10, 2023
- MINI BAZAR RAMADAN 2023 (JUADAH ’23) May 10, 2023