pinuppin-up1 winmostbetmostbet az casino

KAHERAH, 16 Mac 2021 – Keluarga Pelajar-pelajar Kelantan Mesir 2020/2021 mengambil peluang keberadaan delegasi Sahibus Samahah Datuk Dr. Luqman bin Haji Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan mengadakan Kuliah Subuh Perdana dengan kerjasama Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir sesi 2021 dan Majlis Ramah Mesra bersama Sahibus Samahah Datuk Mufti Wilayah Persekutuan yang bertempat di Dewan Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra dan secara siaran langsung di halaman rasmi Keluarga Pelajar-pelajar Kelantan Mesir.

Program dimulai dengan Kuliah Subuh Perdana secara siaran langsung pada pukul 5.30 pagi dengan kehadiran Sahibus Samahah Datuk Dr. Luqman bin Haji Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan bersama Sahibus Samahah Ustaz Jamali bin Mohd Adnan, Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan dan Ustaz Muhammad Afiq, Pegawai Khas Mufti serta dihadiri Ustaz Khairul Anuar bin Ismail, Pegawai Kebajikan Pelajar Kelantan Timur Tengah bersama Ustaz Mohd Azrul bin Ismail, Atase Pendidikan Wilayah Persekutuan.

Kemudian, program seterusnya diadakan pada waktu malam iaitu Majlis Ramah Mesra Sahibus Samahah Datuk Dr. Luqman bin Haji Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan bersama anak-anak Kelantan di bumi Mesir. Bermula pada pukul 6.30 petang, ketibaan tetamu menghadiri program di Wisma Tengku Mahkota Kelantan.

Sekitar jam 7.00 malam, aturcara majlis dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh pengerusi majlis dan ucapan aluan-aluan daripada Yang Dipertua Keluarga Pelajar-pelajar Kelantan Mesir 2020/2021, Ustaz Muhammad Adam bin Mohd Rasul serta kalam Pegawai Kebajikan Pelajar Kelantan Timur Tengah, Ustaz Khairul Anuar bin Ismail.

Seterusnya, pengerusi majlis mengalu-alukan Mufti Wilayah Persekutuan, Sahibus Samahah Datuk Dr. Luqman bin Haji Abdullah untuk memberikan perkongsian dan taujihat kepada para hadirin dan penonton siaran langsung. Seusai selesai memberi perkongsian, pengerusi membuka ruang kepada para hadirin dan penonton untuk bertanyakan soalan kepada Sahibus Samahah Datuk Mufti Wilayah Persekutuan.

Majlis diakhiri dengan acara penyampaian hadiah kenang-kenangan daripada pihak KPKM kepada Sahibus Samahah Datuk Dr. Luqman bin Haji Abdullah dan ucapan penangguhan daripada pengerusi majlis. Turut hadir di dalam majlis Ustaz Muhammad Abdul Hadi bin Abd Razak, Pegawai Atase Agama Kaherah dan Ustaz Mohd Azrul bin Ismail, Atase Pendidikan Wilayah Persekutuan.

Kedua-dua program diadakan di Dewan Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra dan secara siaran langsung di halaman rasmi Keluarga Pelajar-pelajar Kelantan Mesir dengan dihadiri oleh beberapa orang ahli KPKM dengan penjagaan SOP yang ditetapkan.

KPKM mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada delegasi Sahibus Samahah Mufti Wilayah Persekutuan atas kesudian mengadakan Kuliah Subuh Perdana dan Majlis Ramah Mesra bersama ahli KPKM.

Disediakan oleh:
Abdullah Khairi bin Abdullah
Setiausaha Agung,
Keluarga Pelajar-pelajar Kelantan Mesir 2020/2021

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.

keyboard_arrow_up