pinuppin-up1 winmostbetmostbet az casino

EKSPEDISI SINAI 2023 (TOUR ’23)

SINAI & DAHAB, 12, 13 & 14 FEBRUARI 2023 – Sekitar suasana program Ekspedisi Sinai 2023 (TOUR ’23) anjuran Lajnah Kebudayaan, Kesenian dan Sukan, Keluarga Pelajar-pelajar Kelantan Mesir 2022/2023. Program jaulah ini bermula dengan slot pendaftaran pada pukul 12.30 pagi. Peserta mula bertolak pada pukul 2.30 pagi dan telah tiba di Nokhtah Hasanah pada pukul 4.30 pagi. Kemudian, program diteruskan dengan taklimat perasmian ringkas yang disempurnakan oleh Ustaz Muhammad Khairul Amri bin Mohd Nasir, Setiausaha Agung KPKM 2022/2023, seterusnya disambung dengan aktiviti melawat Kubu Bar Lev di muhafazah Sinai. Sekitar pukul 3.00 petang, peserta TOUR ’23 telah melawat makam Nabi Soleh AS, makam Nabi Harun AS dan ukiran lembu Samiri.

 

 

 

 

 

 

 

Kemudian, pada waktu Maghrib, para peserta telah check in ke tempat penginapan Abu Saleem Garden dan diikuti dengan aktiviti pengisian yang disampaikan oleh Ustaz Hamdan bin Ariffin, Aktivis KPKM 2022/2023 dan makan malam bersama unggun api di sana. Para peserta telah memulakan pendakian seawal pukul 2.00 pagi dan telah berjaya tiba di puncak Gunung Sinai tepat ketika matahari terbit. Di sana juga terletaknya ruang khalwat Nabi Musa AS bersama Allah SWT.

Seterusnya, para peserta telah sampai ke Hotel Octopus di kawasan persiaran Dahab sekitar waktu Asar. Kemudian, program diteruskan dengan aktiviti bebas membeli belah di Pasar Dahab, aktiviti pengisian santai dan jamuan Barbeque. Program TOUR ’23 diteruskan dengan aktiviti ATV Quad Bike di sekitar pantai Dahab dan kawasan bukit-bukau. Kemudian, para peserta telah check out daripada Hotel Octopus selepas waktu Zohor dan memulakan perjalanan pulang ke Kaherah.

Terima kasih diucapkan kepada semua peserta dan penggerak Ekspedisi Sinai 2023 (TOUR ’23). Semoga semua peserta beroleh manfaat di samping menambah thaqafah dan pengetahuan sepanjang jaulah ini sekaligus dapat mengeratkan ukhuwah islamiah sesama kita.
Disediakan oleh,
Setiausaha Ekspedisi Sinai 2023 (TOUR ’23),
Lajnah Kebudayaan, Kesenian dan Sukan,
Keluarga Pelajar-pelajar Kelantan Mesir 2022/2023

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.

keyboard_arrow_up