IHYA TARBAWI RAMADAN 2023 (IHTIRAM ’23)
KAHERAH, MAC & APRIL 2023 – IHYA TARBAWI RAMADAN 2023 (IHTIRAM ’23) anjuran Lajnah Dakwah dan Tarbiah, Keluarga Pelajar-pelajar Kelantan Mesir 2022/2023 dengan Kerjasama Pejabat Pegawai Kebajikan Pelajar Kelantan Timur Tengah bertemakan “Madrasah Ramadan, Tarbiah Daripada Tuhan” yang diadakan di Wisma Sultan Muhammad V, Wisma Tengku Mahkota Kelantan dan kediaman ahli masing-masing.
Program IHTIRAM ’23 pada kali ini bermula pada 1 Ramadan sehingga 30 Ramadan 1444 Hijrah bersamaan 23 Mac sehingga 20 April 2023 Masihi. Program ini bertujuan untuk menghidupkan bulan Ramadan dengan pengisian yang bermanfaat, memberi kefahaman yang sebenar berkaitan konsep ibadah, melahirkan modal insan yang kuat dari sudut rohani, jasmani, emosi dan intelek, serta mengukuhkan ukhuwah islamiah dalam kalangan ahli dan BKAN Taakhi. Objektif utama program IHTIRAM ’23 dianjurkan adalah bagi menghidupkan bulan Ramadan dengan pengisian-pengisian yang bermanfaat.
Majlis Perasmian IHTIRAM ’23 didahulukan sebagai acara pembuka tirai IHTIRAM ’23 yang berlangsung pada 22 Mac 2023 yang bertempat di Surau Wisma Sultan Muhammad V. Majlis perasmian IHTIRAM ’23 dimulakan dengan ucapan aluan yang telah disampaikan oleh Ustaz Ahmad Syuraih Fiqhi bin Mohd Saa’ufi, Pengarah Ihya Tarbawi Ramadan 2023 (IHTIRAM ’23). Majlis juga telah dirasmikan oleh Ustaz Hanifulfuad bin Hussin, Pegawai Latihan Yayasan Amanah Tok Kenali (YTK) Negeri Kelantan. Seterusnya majlis diteruskan lagi dengan tadarus al-Quran juzuk 1 secara beramai-ramai selepas solat Maghrib kemudian diteruskan dengan Solat Isyak dan Solat Tarawih berjemaah. Majlis diserikan lagi dengan tazkirah tarawih yang disampaikan oleh Ustaz Che Muhammad Zulfattah bin Che Zulkifli, Ketua Lajnah Dakwah dan Tarbiah KPKM 2022/2023 merangkap Ex-Officio IHTIRAM ’23. Majlis bersurai dengan moreh jamaie.
Program IHTIRAM ’23 dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti yang dijalankan secara rutin harian, mingguan dan aktiviti-aktiviti khas sempena bulan Ramadan. Antara aktiviti harian yang telah dilaksanakan ialah pengisian tazkirah tarawih, tadarus al-Quran, solat sunat tarawih secara berjemaah di Wisma Sultan Muhammad V dan Wisma Tengku Mahkota Kelantan dengan diserikan lagi jemputan imam Shoubra setiap malam Jumaat.
Seterusnya, pihak IHTIRAM’23 telah melaksanakan aktiviti secara mingguan seperti qiamullail, sahur beramai-ramai, tukaran juadah antara ahli dan dimeriahkan lagi dengan kuiz spontan yang dilontarkan selepas kuliah subuh setiap hari Jumaat. Selain itu, pihak program turut mengatur aktiviti-aktiviti ziarah rumah negeri ke rumah sewa di sekitar Kaherah. Di samping itu, pihak program membuka peluang kepada mahasiswi KPKM untuk menunaikan solat tarawih di masjid-masjid pilihan di sekitar Kaherah. Penyertaan aktiviti ziarah masjid dibuka seramai 39 orang. Masjid terpilih yang dikunjungi ialah Masjid Hasan El-Syarbatly dan Masjid Amru Al-As.
Kemudian, didatangkan juga Program Muhadharah Nuzul Quran dan Iftar Maan bersama BKAN Taakhi Zon B yang dianjurkan oleh BKAN Taakhi Zon B dengan kerjasama Pejabat Pegawai Kebajikan Pelajar Kelantan Timur Tengah di Surau Wisma Sultan Muhammad V. Majlis dimulakan dengan alunan qasidah dan kemudian Muhadharah Nuzul Quran yang disampaikan oleh al-Fadhil Prof. Dr. Sheikh Atiyah Lasyin, Pensyarah Fiqh dan Ahli Lembaga Fatwa Universiti Al-Azhar. Setelah itu, majlis diserikan lagi dengan ucapan yang disampaikan oleh Ustaz Che Khairuleffendi bin Che Kamaruzzaman, Pegawai Kebajikan Pelajar Kelantan Timur Tengah.
Kemudian diakhiri dengan Majlis Berbuka Puasa Bersama BKAN Taakhi (Iftar Ma’an) bersama Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM) dan Dewan Perwakilan (MAQAZ) Shoubra dengan menjemput sekitar 600 orang ahli KPKM serta BKAN Taakhi.
Pada 10 Ramadan yang terakhir, aktiviti-aktiviti program IHTIRAM ’23 digandakan dengan melaksanakan qiamullail secara harian dan sahur secara berjemaah pada setiap malam-malam ganjil. Pada tanggal 20 April 2023, program IHTIRAM ’23 melabuhkan tirai program tahunan ini dengan mengadakan Majlis Perasmian Penutup berserta Iftar Jamaie Anak-anak Kelantan. Majlis Khatam Al-Quran juga berjaya dilakukan pada 29 Ramadan 1444H bertempat di Surau Wisma Sultan Muhammad V. Seterusnya majlis memberi ruang kepada ahli untuk membuat persiapan Hari Raya Aidilfitri untuk menghias dan mendekorasi kawasan-kawasan wisma.
Semoga aktiviti-aktiviti Ihya Tarbawi Ramadan 2023 (IHTIRAM ’23) di bawah Lajnah Dakwah dan Tarbiah KPKM ini dapat melahirkan modal insan yang hebat dari sudut rohani, jasmani, emosi dan intelektual serta dapat menjadikan program ini sebagai lubuk pahala pada bulan Ramadan.
“Madrasah Ramadan, Tarbiah Daripada Tuhan”
Disediakan oleh:
Maryam Husna Rabbani binti Mazlan
Setiausaha Ihya’ Tarbawi Ramadan 2023 (IHTIRAM ’23),
Lajnah Dakwah dan Tarbiah
Keluarga Pelajar-pelajar Kelantan Mesir 2022/2023 dengan kerjasama Pejabat Pegawai Kebajikan Pelajar Kelantan Timur Tengah
Recent Posts
Recent Comments
Archives
- June 2023
- May 2023
- April 2023
- March 2023
- January 2023
- December 2022
- November 2022
- October 2022
- September 2022
- August 2022
- July 2022
- June 2022
- May 2022
- April 2022
- March 2022
- February 2022
- January 2022
- December 2021
- October 2021
- September 2021
- August 2021
- July 2021
- June 2021
- May 2021
- April 2021
- March 2021
- February 2021
- December 2020
- October 2020
- September 2020
- August 2020
- July 2020
- June 2020
- May 2020
- April 2020
- March 2020
- February 2020
- January 2020
- December 2019
- November 2019
- October 2019
- September 2019
- May 2019
- April 2019
- March 2019
- February 2019
Categories
Recent Posts
- RISALAH KESIHATAN SIRI 112 – DEHIDRASI, BAHAYA ATAU TIDAK? June 2, 2023
- RISALAH FAJAR JUMAAT SIRI 501 – SUDAHKAH KITA BERSYUKUR May 19, 2023
- MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2023 (LEBARAN ‘23) May 10, 2023
- MINI BAZAR RAMADAN 2023 (JUADAH ’23) May 10, 2023