pinuppin-up1 winmostbetmostbet az casino

Pernahkah anda mendengar ungkapan Acidosis? Mungkin sesetengah kita pernah mendengar ungkapan sedemikian. Namun apakah yang dimasudkan oleh ungkapan Acidosis itu sebenarnya?
Acidosis merupakan ungkapan yang berasal daripada bahasa Inggeris yang menerangkan suatu keadaan di mana kandungan asid di dalam tubuh kita yang terlalu tinggi.
Keadaan yang disebut sebagai Acidosis ini biasanya disebabkan oleh pengambilan asid yang terlalu banyak di dalam diet seharian seperti beras putih, gula, roti (gandum), jagung dan pelbagai makananmakanan yang lain. Memang secara zahirnya semua makanan yang disebutkan di atas tidak mempunyai rasa masam yakni berasid, namun semua makanan tersebut akan memberi kesan yang berasid ke atas sistem tubuh kita.
Acidosis merupakan salah satu peyumbang besar kepada pelbagai jenis penyakit dengan bertindak sebagai medium kepada pelbagai penyakit. Antaranya seperti:

1) Jangkitan kuman

Setiap hari, berbilion mikro organisma memasuki tubuh kita, samada melalui pemakanan, pernafasan, kulit dan sebagainya, yang mana akan mengakibatkan kita jatuh sakit. Patogenpatogen (mikroorganisma) ini hanya akan berkembang di dalam keadaan yang berasid. Sebaliknya, jika keadaan
tubuh kita beralkali, patogen-patogen tersebut tidak akan dapat bertahan dan dengan mudah sistem imunsasi di dalam tubuh kita menyingkirnya keluar dari badan kerana patogen-patogen tersebut tidak dapat hidup di dalam medium yang beralkali.

2) Osteoporosis

Osteoporosis adalalah suatu penyakit kerapuhan tulang yang disebabkan oleh kekurangan kalsium di dalam tulang. Selalunya penyakit ini dianggap salah satu penyakit yang disebabkan oleh perubahan hormon di dalam tubuh apabila wanita mengalami “menopause”. Biasanya pesakit yang menghidap osteoporosis diberi nasihat agar mengambil hidangan daripada susu kerana ia kaya dengan kalsium. Sebenarnya, sebab utama kepada Osteoporosis ini adalah kandungan asid yang terlalu tinggi di dalam tubuh. Oleh itu, walaupun pesakit itu mengambil hidangan susu dengan banyak sekalipun, osteoporosis akan terus menyerang, kerana kalsium dari susu itu sebenarnya telah diambil oleh tubuh untuk meneutralkan asid yang terlalu tinggi di dalam tubuh dan susu itu sebenarnya juga adalah tergolong daripada “acidforming food”. Begitu juga masalah pereputan gigi yang mengalami masalah yang sama (iaitu kekurangan kalsium).

3) Gaut

Penyakit gaut terjadi apabila asid urik (yang datang daripada daging dan makanan yang berprotein tinggi) berkumpul pada bahagian sendi kaki yang menyebabkan bengkak pada sendi dan kesakitan yang teramat. Biasanya doktor akan menasihatkan pesakit agar menjauhi makanan kekacang kerana ia menghasilkan asid
urik. Ia sememangnya betul. Sememangnya kekacang adalah tergolong dalam “acid-forming food” yang membawa kepada Gaut. Akan tetapi, para doktor, tidak menasihati pesakit agar menjauhi hidanganhidangan yang bersumberkan daging, gula, gandum atau makanan-makanan “acid-forming food” yang lain yang mana juga menyumbang kepada penyakit Gaut. Dengan itu, walaupun pesakit itu telah menjauhi makanan kekacang, namun kesakitan tetap akan dirasai. Sebenarnya penyakit Gaut ini mudah untuk disembuhkan (dengan izin Allah) iaitu dengan mengurangkan pengambilan makanan “acid-forming food” dan memperbanyakkan makanan yang mengandungi kandungan alkali yang tinggi (alkaline-forming food) seperti sayursayuran.

Setiap kejadian yang diciptakan di dunia ini, ada pasangannya. Pabila adanya penyakit, ada penawarnya dan adanya asid, ada alkalinya. Terdapat banyak sumber makanan yang mempunyai kandungan alkali yang tinggi seperti tumbuhan Alfalfa, kubis, lobak merah, bawang putih, tomato, ubi kentang dan sebagainya. Selain adanya makanan “alkalineforming food”, sumber air yang beralkali juga merupakan salah satu penyumbang besar kepada kandungan alkali di dalam tubuh. Dan air yang paling bermutu, berkhasiat dan mempunyai pH yang paling tinggi adalah air Zam Zam, yang mempunyai nilai pH 14.5. Disebabkan mengandungi pH yang tinggilah, air zam zam adalah alternatif yang paling baik untuk mengimbangkan pH darah kita. Apabila tubuh kita berada dalam keadaan beralkali, maka tubuh kita lebih ampuh untuk diserang penyakit, kerana tubuh yang berasidlah yang menjadi punca kepada pelbagai penyakit.

Wan Muhamad Fakhrullah Wan Shukri

Kuliah Perubatan, Al-Azhar, Kaherah

Muat turun PDF Risalah Kesihatan siri 28

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.

keyboard_arrow_up