pinuppin-up1 winmostbetmostbet az casino

Seperti yang kita tahu jika dahulu sebelum wujudnya telefon pintar, kita menyunting video dengan menggunakan PC, namun sekarang tidak lagi, dengan teknologi pada hari ini kita mampu menyunting video hanya dengan menggunakan smartphone. Berikut adalah 7 aplikasi video editing yang sudah saya rangkumkan untuk membantu kita dalam urusan menyunting video.

#1. Magisto Video Editor & Maker Aplikasi Magisto

Video Editor & Maker ini merupakan aplikasi video editing yang paling mudah untuk digunakan. Aplikasi ini memiliki ciri-ciri yang standard antaranya adalah trimming, transition dan filtering. Aplikasi ini sangat sesuai bagi yang ingin mencipta atau pun membuat video acah-acah. Ianya sangat mesra pengguna atau erti kata lain sangat mudah digunakan, dan aplikasi ini juga mempunyai kualiti yang bagus dari segi backsound music.

#2. Video Maker Pro

Aplikasi Video Maker Pro ini juga boleh dikatakan satu aplikasi yang professional. Aplikasi ini juga memiliki kualiti yang cukup baik, sehingga mampu melakukan pelbagai editing. Sekiranya kita ingin menggunakan aplikasi ini, pastikan smartphone android yang kita gunakan perlulah mempunyai minimal processor quad core dengan RAM 1 GB.

#3. VidTrim Aplikasi

VidTrim ini juga cukup userfriendly dan cukup popular dalam kalangan para pengguna smartphone android. VidTrim juga boleh dikatakan mempunyai special attraction, yang mana memfokuskan kemampuan pada video trimming. Contoh lain seumpamanya seperti video converter dan video organizer juga dapat digunakan dengan mudah. Kita juga boleh mengubah file video yang mengandungi format file video yang sesuai mengikut kemampuan smartphone kita.

#4. Skype Qik

Aplikasi ini asalnya dicipta oleh Skype dimana aplikasi skype hanya boleh digunakan untuk chatting, tetapi dengan wujudnya aplikasi Skype Qik ini membolehkan kita untuk mengumpul data dan juga menyunting video yang kita lakukan saat menggunakan aplikasi Skype. Skype dan Skype Qik ini merupakan aplikasi yang harus di muat turun secara berasingan.

#5. Social Cam

Aplikasi Social Cam ini akan terus berhubung dengan media sosial. Jadi pastinya akan lebih mudah untuk mendapatkan respond daripada kenalan kita yang melihatnya. Kualitinya seperti aplikasi yang lain juga seperti trimming dan filtering. Penggunaannya sangat mudah, hanya dikongsi sahaja ke media sosial dan juga boleh dijadikan simpanan untuk koleksi kita.

#6. Video Movie Maker Editor

Aplikasi ini menawarkan full service video editing, kualiti daripada aplikasi ini agak cukup lumayan dan lengkap untuk digunakan semasa menyunting. Aplikasi ini juga tidak kalah menariknya dengan aplikasi-aplikasi sebelumnya kerana ia mampu berhubung dengan orang-orang yang ada di media sosial secara terus. Penggunaannya yang mesra dan mudah sesuai bagi yang masih baru dalam dunia pembuatan video.

#7. VideoShow:

Video Editor & Maker Aplikasi ini juga sama dengan dua aplikasi di atas iaitu aplikasi Social Cam dan Video Movie Maker Editor kerana ianya terhubung terus dengan media sosial, kualitinya juga hampir sama dengan yang lain dan hasilnya pun cukup bagus. Selain boleh dikongsi ke media social, aplikasi ini juga boleh berhubung terus ke Youtube, justeru para pengguna boleh memuatnaik hasil suntingan video terus ke youtube. Kemampuan inilah yang menjadikan aplikasi ini kerap digunakan oleh para pengguna android.

Inilah di antara aplikasi-aplikasi yang dapat kita gunakan untuk menyunting video pada telefon pintar, walaupun video yang kita sunting dengan menggunakan telefon pintar tidak sebagus video yang disunting melalui PC. Semoga dengan aplikasi-aplikasi yang telah disebutkan dan dijelaskan di atas dapat menjadi bahan rujukan bagi kita semua.

Rujukan : by dimas bimantoro, 25/04/17 https://www.mastekno.com > android

Ustazah Basyirah binti Mohd Ghani
Kuliah Syariah Islamiah Universiti Al-Azhar, Kaherah.

Muat turun PDF Risalah Multimedia siri 29

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.

keyboard_arrow_up