pinuppin-up1 winmostbetmostbet az casino

Tarikh 25 Disember merupakan tarikh terpenting bagi penganut agama kristian di seluruh dunia. Hal ini kerana pada hari tersebut, mereka akan meraikan perayaan sempena memperingati kelahiran Nabi Isa mengikut kepercayaan mereka. Menurut pegangan mereka, Nabi Isa merupakan anak kepada Allah S.W.T yang mengorbankan dirinya bagi menebus dosa warisan yang diturunkan dari satu generasi kepada generasi yang lain akibat perbuatan Nabi Adam a.s yang dikeluarkan dari syurga. Namun berbeza pula kita sebagai seorang muslim yang dikurniakan dua perayaan besar iaitu ‘Idulfitri dan ‘Iduladha tanpa mengingkari Nabi Isa adalah sebagai utusan, bukannya anak Allah S.W.T.

Kelahiran Nabi Isa a.s. merupakan satu peristiwa penting yang telah tertulis di dalam Al-Quran. Kelahiran yang amat luar biasa apabila ibunya, Maryam wanita terpilih untuk menghidupkan roh seorang insan agung di dalam rahimnya dengan izin Allah S.W.T. walaupun dirinya ketika itu belum pernah berkahwin dan masih dalam keadaan suci. Malah, Maryam berasa sangat hairan apabila menerima khabar ini kerana beliau tidak pernah disentuh oleh mana-mana lelaki.

Tetapi ia telah dijawab dengan ayat Al-Quran:

Maksudnya : “Ingatlah ketika malaikat berkata,Wahai Maryam! bahawasanya Allah memberikan khabar yang mengembirakanmu, dengan (mengurniakan seorang anak Yang Engkau akan kandungkan semata-mata dengan)kalimah Allah, nama anak itu :Al-Masih, Isa Ibni Maryam, seorang yang terkemuka di dunia dan akhirat, dan ia juga orang Yang didampingkan. Dan ia akan berkata-kata kepada orang ramai semasa ia masih kecil dalam buaian, dan semasa ia dewasa, dan ia adalah orang-orang Yang soleh. Maryam berkata: “Wahai Tuhanku! Bagaimanakah Aku akan beroleh seorang anak, padahal Aku tidak pernah disentuh oleh seorang lelaki pun?”Allah berfirman:”Demikianlah keadaannya, Allah menjadikan apa Yang DikehendakiNYA,apabila ia berkendak melaksanakan sesuatu,maka ia hanyalah berfirman: “Jadilah Engkau”,lalu menjadilah ia.” (Surah Ali ‘Imran:45-47).

Al-Quran telah menjelaskan dengan cukup lengkap berkaitan kisah Nabi Isa a.s. dan ibunya Maryam. Tetapi, pengikut agama kristian menyalahertikan sebaliknya terpesong jauh dan bertentangan dengan syariat Islam. Saban tahun, mereka menyambutnya dengan penuh gilanggemilang dan meriah. Walaubagaimanapun, berbeza dengan umat Islam hari ini kerana ramai dalam kalangan kita hari ini khususnya anak muda meraikan Hari Krismas dengan tujuan sekadar untuk bersuka-ria.

Dalam hal ini Ulama’ telah bersepakat dalam PENGHARAMAN meraikannya atau turut serta apa-apa sahaja bentuk sambutan yang berkaitan dengan perayaan orang kafir. Imam Nawawi telah menjelaskan dalam kitabnya Al-Majmu’ akan tegahan daripada bersama-sama orang kafir di dalam majlis mereka kerana perbuatan tersebut memuliakan mereka dan dikira menyamakan kemuliaan orang mukmin dengan orang kafir, maka perkara tersebut adalah tidak harus. Di antara sebab pengharaman menyambutnya adalah kerana perayaan merupakan suatu hal keagamaan dan lambang aqidah kaum tertentu.

Kesimpulannya, kita selaku umat Islam perlu mengambil berat berkaitan hukum menyambut perayaan ini agar kefahaman terhadap suatu peristiwa dapat diperbetulkan di samping memahami konsep pergaulan yang sebenar dalam mendepani masyarakat berbeza bangsa dan agama kerana Islam merupakan agama yang indah serta merangkumi seluruh aspek kehidupan.

Noor Hazimie bt Che Harata,

Kuliah Syariah Islamiah,Al-Azhar,Kaherah

Muat turun PDF Risalah Fajar Jumaat siri 412

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.

keyboard_arrow_up