pinuppin-up1 winmostbetmostbet az casino

KESIHATAN merupakan aset penting bagi seseorang individu untuk memastikan keseluruhan sistem koordinasi badan berada dalam keadaan stabil dan normal.Sesungguhnya,Allah telah menciptakan manusia dengan sebaik-baik kejadian.Firman Allah Ta’ala: sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. ( surah at-Tiin 95:4 )
Namun dewasa ini,kadar peningkatan penyakit berbahaya di Malaysia semakin parah dan merungsingkan banyak pihak. Antara pembunuh utama 90% rakyat Malaysia hari ini ialah penyakit jantung dan kanser.Adakah kalian semua tidak mensyukuri nikmat sihat yang dikurniakan Allah? Rasulullah s.a.w bersabda”; rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Antaranya ialah sihat sebelum sakit”.
Tahukah kalian bahawa jantung merupakan satu organ yang diciptakan Allah untuk mengepam darah ke seluruh badan kita dan membolehkan segala aktiviti yang kita lakukan seharian berjalan dengan lancar dan tersusun?. Jantung ibarat ‘center region’ yang berfungsi sebagai butang kawalan dalam badan kita yang mengepam dan memastikan perjalanan aliran darah ke organ atau sel tertentu dalam keadaan yang sangat bersistematik.
Apakah sebenarnya penyebab utama penyakit fizikal ini timbul? Faktor pemakanan yang tidak seimbang menjadi punca utama kepada permasalahan ini. Rata-rata masyarakat hari ini lebih cenderung memilih makanan segera seperti makanan yang diintikan, serbuk-serbuk perasa yang mengandungi monosodium glutamate (MSG) ,sejenis bahan kimia yang digunakan untuk memberi kesedapan kepada makanan dan beberapa produk makanan segera yang lain. Kesemua jenis makanan ini memberikan impak negatif terhadap pertumbuhan tubuh dan memudaratkan sistem imun tubuh terhadap serangan antigen perosak dari luar. Setiap penyakit mesti ada penawarnya.Namun,pencegahan awal
lebih baik darpada mengubati walaupun penyakit yang dihadapi masih di tahap pertama iaitu tahap kawalan. Ramai orang menginginkan berat badan yang ideal iaitu BMI (Body mass index) tidak melebihi 24 kg/m2 dan tumbesaran yang sihat. Pengamalan diet dalam pemakanan seharian amat dititikberatkan dan perlu dipatuhi.Diet merupakan method yang berkesan
untuk mengatasi masalah pelbagai jenis penyakit bagi seseorang individu.Namun,harus berwaspada kerana diet yang berlebih-lebihan akan menyebabkan timbulnya penyakit lain seperti aneroksia nervosa dan bulimia.Biasanya penyakit ini selalu menyerang wanita kerana interpretasi dan persepsi wanita terhadap berat badan yang unggul amat dititikberatkan.Oleh itu,mereka akan mengambil diet yang berlebihan sehingga boleh memberi kemudaratan kepada diri sendiri.
Jika dulu,pengamal perubatan pemakanan mengesyorkan diet mengikut piramid makanan berpaksikan 4 kumpulan makanan yang kita makan setiap hari iaitu kumpulan kabohidrat,protein,lemak dan air.Namun,pelaksanaan sistem ini didapati kurang berkesan dan kurang sistematik kerana dari masa ke masa,pertambahan bahan kimia dalam makanan semakin meningkat dek mengikut arus sosio-budaya masyarakat yang semakin dihimpit kesibukan kerjaya dan dunia tanpa memikirkan soal pemakanan yang mereka ambil sama ada mengkut piawaian piramid makanan ataupun tidak.
Oleh itu,Peter D-adamo,seorang saintis dari barat telah memperkenalkan sejenia diet yang amat mudah untuk diamalkan.Apa yang anda perlu lakukan ialah memastikan kumpulan darah anda, dan diri anda sendiri telah bersedia untuk mengikuti pengamalan diet seperti ini.Mudah bukan?Hasilnya pun bakal memberikan 1001 impak positif kepada anda. Diet mengikut kumpulan darah masing-masing.pada mulanya,hasil kajian beliau ditentang.Namun,beliau tidak berputus asa malah dengan berbekalkan sekelumit semangat yang ada,beliau bangkit dengan menerbitkan satu buku bertajuk ‘Eat right for your type’ dan buku ini telah mendapat sambutan hangat dari banyak pihak.di seluruh dunia.

Dr.Peter telah mengaplikasikan teori diet mengikut Sunnah Rasulullah s.a.w. Dalam kajian tersebut,beliau menggunakan lentil,sejenis bahan dalam kekacang untuk bertindak balas dengan koordinator tubuh dan menghasilkan tindak balas motor yang mengurangkan tindakan kawalan fizikal badan untuk melakukan aktiviti seharian .Maksudnya,badan kita sentiasa berada dalam keadaan istirahat dan pembinaan protein untuk tumbesaran tubuh berjalan dengan pesat. seterusnya,beliau mengatakan untuk kumpulan darah jenis O,individu terbabit dikategorikan sebagai ‘meat hunter’,kumpulan darah A dikenali sebagai vegetarian,kumpulan B dan AB lebih kepada omnivore.Rasulullah sendiri tidak menggalakkan umatnya makan daging bersama susu dan ikan bersama susu.ini amat bertepatan sekali untuk kumpulan darah A di mana individu tersebut tidak boleh minum susu dan makan daging sebaliknya dineutralkan dengan pengambilan sayur-sayuaran yang banyak agar kesihatan terjaga dengan sempurna. Lihatlah betapa indahnya Islam!
Tuntasnya,pengamalan diet mengikut jenis kumpulan darah ini masih baru lagi pada persepsi masyarakat sekalian.Amalan diet mengikut kaedah ini dipercayai berkesan membantu mengembalikan semula berat badan yang ideal dan normal seterusnya dapat mencegah daripada penyakit berbahaya seperti kanser jantung,kanser peparu,diabetes mellitus yang banyak menyerang masyarakat kita sekarang terutama masyarakat Melayu.Mungkin kerana penyediaan resepi masakan yang mengandungi banyak lemak,tinggi kandungan kolesterol dan peningkatan kadar glukosa dalam makanan hatta nasi yang kita makan setiap hari dan tiga kali sehari jua mampu mengundang penyakit kencing manis!.
HTTP.

 

Nur Fatin Hanira Abd Patar

Tahun 2 Kuliah Perubatan Universiti Kaherah

 

Muat turun PDF Risalah Kesihatan siri 4

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.

keyboard_arrow_up