pinuppin-up1 winmostbetmostbet az casino

Suasana yang digeruni kebanyakan pelajar sama ada yang berada di peringkat pengajian bawah dan tinggi juga tidak terlepas kita yang menuntut di bumi Mesir ini. Setiap manusia tidak akan terlepas daripada mengahadapi imtihan sama ada imtihan dunia ataupun akhirat. Imtihan atau peperiksaan merupakan suatu proses penilaian terhadap segala apa yang telah dipelajari mengikut tahap seseorang. Begitu jugalah buat semua penuntut AlAzhar yang akan menghadapi Imtihan tidak lama lagi. Beberapa tips atau cara terbaik untuk mengahadapinya adalah sepertimana berikut :-

1-Murajaah Setiap daripada kita hendaklah berusaha membaca kitab kuliah berulang kali. Hal ini kerana dengan cara berikut akan membantu untuk kita lebih memahami setiap apa yang telah diterangkan daripada dewan kuliah serta melalui kelas tutorial yang telah dihadiri. Selain itu, hendaklah cuba menjadikan kamus sebagai sahabat serta pemudah cara dan bagi meningkatkan lagi pengetahuan bahasa melalui isi di dalam kitab yang agak sukar untuk difahami.

2-Muzakarah Apabila sudah memahami setiap yang dipelajari, maka cara yang seterusnya adalah dengan bermuzakarah bersama sahabat dengan membentuk kumpulan kecil. Dengan cara begini akan membantu menguatkan lagi pemahaman dan ingatan seseorang. Cara yang lebih berkesan adalah dengan membahagikan kepada setiap seorang mengikut bab-bab yang telah dipelajari. Cara ini juga menjimatkan masa serta merupakan teknik belajar berkesan.

3-Nota Ringkas Setiap pelajar mempunyai teknik belajar yang tersendiri. Akan tetapi, kebanyakan mereka yang berjaya telah menggunakan teknik membuat nota ringkas iaitu dengan cara mengambil isi-isi penting yang terkandung di dalam kitab, membuat peta minda dan sebagainya. Hal ini supayaseseorang itu tidak perlu bersusah payah menghafal mengikut ayat-ayat daripada kitab semata-mata atau dengan kata lain menggunakan ayat sepenuhnya daripada kitab tersebut.

4-Doa dan Tawakkal kepada Allah Menjaga hubungan dengan Allah dan manusia juga memberi impak yang besar dalam menggapai kejayaan. Setelah berusaha dengan pelbagai cara, seseorang itu hendaklah sentiasa berdoa serta bertawakkal kepada Allah kerana ilmu dan kejayaan adalah anugerah daripada-Nya. Kita hendaklah sentiasa memohon pertolongan daripada Allah selain berusaha bersungguh-bersungguh dalam menginginkan kejayaan. Selain itu, redha ibubapa juga sangat penting kerana berkat doa merekalah sebahagian daripada cara Allah memudahkan urusan hamba-Nya. Berusahalah dalam menjaga hubungan kita dengan Allah, kedua ibubapa dan orang di sekeliling kerana akan memperoleh keberkatan serta membawa kita untuk cemerlang dunia dan akhirat.

Sama-samalah kita berusaha sehabis baik serta membuat persediaan serapi mungkin bagi menghadapi imtihan yang akan datang. Kejayaan tidak akan datang kepada kita dengan sekelip mata, sebaliknya kitalah yang perlu berusaha mencari kejayaan tersebut. Mereka yang hanya mengharapkan pertolongan daripada Allah semata-mata tanpa berusaha terdiri daripada golongan mereka yang rugi dan sifat sebegini tidak sewajarnya ada dalam kalangan para penuntut Azhari. Semoga berjaya!

Maryam binti Imran,

Syariah Islamiyyah, Al Azhar, Kaherah

Muat turun PDF Risalah Fajar Jumaat siri 434

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.

keyboard_arrow_up